[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pergunungan Balkan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergunungan Balkan
Stara Planina, Стара планина
A view from Kom Peak in western Bulgaria.
Titik tertinggi
PuncakBotev Peak
Ketinggian2,376 m (7,795 ka)
Koordinat42°43′00″N 24°55′04″E / 42.71667°N 24.91778°E / 42.71667; 24.91778
Dimensi
Panjang530 km (330 bt) west-east
Lebar15–50 kilometer (9–31 bt) north-south
Luas11,596 km2 (4,477 bt2)
Geografi
NegaraBulgaria and Serbia
Koordinat banjaran43°15′N 25°0′E / 43.250°N 25.000°E / 43.250; 25.000Koordinat: 43°15′N 25°0′E / 43.250°N 25.000°E / 43.250; 25.000
Geologi
Jenis batuangranite, gneiss, limestone

Pergunungan Balkan (bahasa Bulgaria dan bahasa Serbia:Стара планина, Stara planina, "Gunung tua") adalah banjaran di bahagian timur Semenanjung Balkan. Pergunungan Balkan terjajar sepanjang 560 km dari Puncak Vrashka Chuka di sempadan antara Bulgaria dan timur Serbia ke arah timur melalui Bulgaria tengah ke Tanjung Emine di Laut Hitam. Titik-titik tertinggi Pergunungan Balkan berada di Bulgaria tengah. Titik tertingginya adalah Puncak Botev (2,376 m), terletak di Taman Negara Balkan Tengah (dirasmikan pada 1991). Gunung ini memberikan nama Semenanjung Balkan. Pergunungan Balkan memainkan peranan penting dalam sejarah Bulgaria dan perkembangan negara dan bangsa Bulgaria.

Pada zaman kuno, gunung ini dipanggil sebagai Haemus Mons. Para sarjana memandang bahawa Haemus (Yunani 'Aimos) terbit dari perkataan Trakia yang tidak diuji, *saimon, bermakna 'banjaran'. Nama-nama lain yang lazim digunakan untuk memanggil gunung ini pada zaman yang berlainan adalah Aemon, Haemimons, Hem, Emus, bahasa Slovania Matorni gori, bahasa Turki Kodzhabalkan, dan Balkan.[1] Bagaimanapun, istilah "balkan" berasal dari bahasa Parsi, dibawa ke tenggara Eropah oleh bangsa Turki dari Asia Tengah. Istilah ini bermaksud 'bukit yang menggulung' (dari bahasa Parsi, Barkhwan/Barkhan/Balkhan). Di tempat-tempat seperti Turkmenistan dan pesisir timur Laut Kaspia masih mengenali nama tersebut, misalnya Semenanjung Balkan dan Wilayah Balkan di Turkmenistan.

  1. ^ "SummitPost - Stara Planina (Balkana) -- Climbing, Hiking & Mountaineering" - www.summitpost.org - Diakses pada 14 Oktober 2008.