Perang Teluk (nyahkekaburan)
Penampilan
Perang Teluk (Ogos 1990 sehingga Februari 1991) merujuk kepada perang ke atas Iraq oleh pasukan bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat berikutan dengan serangan Iraq ke atas Kuwait.
Perang Teluk atau Perang Teluk Parsi mungkin juga merujuk kepada beberapa konflik atau perang lain termasuk:
- Perang Iran–Iraq (September 1980 sehingga Ogos 1988), bermula apabila Iraq menyerang Iran, dan berakhir dengan kebuntuan selepas hampir lapan tahun kemudian
- Operasi Rubah Padang Pasir (1998), sebuah kempen pengeboman selama 4 hari semasa krisis perlucutan senjata Iraq
- Perang Iraq (Mac 2003 sehingga Disember 2011), sebuah konflik dua-fasa yang terdiri daripada serangan awal ke atas Iraq oleh pasukan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan UK, dan kemudian fasa kedua selama 7 tahun yang melibatkan pendudukan dan pertempuran dengan pejuang Iraq.
- Pemberontakan Iraq (2011–13), merujuk pada pemberontakan ganas yang terjadi sebaik sahaja tamat Perang Iraq 2003-2011
- Perang Saudara Iraq (2014–kini), sebuah konflik berlanjutan yang bermula apabila pemberontakan awal selama dua tahun merebak pada Januari 2014
- Campur tangan Amerika di Iraq (2014–kini), sebuah kempen pelbagai negara yang bermula pada Jun 2014 untuk menentang pengaruh ISIL di Iraq dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada kumpulan-kumpulan agama minoriti dan etnik Iraq.