[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Perceraian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perceraian ialah berakhirnya suatu pernikahan. Perceraian merupakan terputusnya hubungan antara suami dengan isteri disebabkan oleh kegagalan suami dan/atau isteri dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Perceraian dapat difahami sebagai pengakhiran daripada ketidakstabilan perkahwinan antara suami isteri yang kemudian hidup terpisah dan diakui secara sah berdasarkan hukum yang ada.[1]

Perceraian berbeza dengan pembatalan yang mengisytiharkan perkahwinan itu batal dan tidak sah, dengan pemisahan undang-undang atau pemisahan de jure (proses undang-undang di mana pasangan yang sudah berkahwin boleh memformalkan perpisahan de facto tetapi tetap berkahwin secara sah) atau dengan pemisahan de facto (proses di mana suami isteri secara tidak rasmi berhenti tinggal bersama.

Setakat kini, negara-negara yang tidak membenarkan perceraian ialah Filipina dan Kota Vatikan. Di Filipina, perceraian bagi orang Filipina bukan Islam adalah tidak sah melainkan suami atau isteri adalah orang asing dan memenuhi syarat-syarat tertentu. [4] Sementara itu, Kota Vatikan ialah negara gereja yang tidak mempunyai prosedur bagi perceraian.

Dalam agama

[sunting | sunting sumber]

Islam mengizinkan, namun secara umumnya tidak menyarankan perceraian, dan boleh dilakukan oleh suami atau isteri.[2] Pandangan orang Kristian mengenai perceraian pula berbeza-beza: ajaran Katolik hanya membenarkan pembatalan, sedangkan kebanyakan denominasi lain tidak menganjurkannya kecuali dalam kes perzinaan. Agama-agama Dharma pula membenarkan perceraian dalam beberapa keadaan.[3]

  1. ^ Fachrina, Rinaldi Eka Putra (2013). "Upaya Pencegahan Perceraian Berbasis Keluarga Luas dan Institusi Lokal dalam Masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat". Antropologi Indonesia. 34 (2): 102. ISSN 1693-167X.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "Islamic Perspective on Divorce". Mwlusa.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-04. Dicapai pada 2019-09-24.
  3. ^ Mahajan, P. T; Pimple, P; Palsetia, D; Dave, N; De Sousa, A (2013). "Indian religious concepts on sexuality and marriage". Indian Journal of Psychiatry. 55 (Suppl 2): S256–S262. doi:10.4103/0019-5545.105547. PMC 3705692. PMID 23858264.

{{#switch:||Kategori=