[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pemadam api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemadam api jenis karbon dioksida (kiri) dan air (kanan) di United Kingdom.

Pemadam api ialah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengawal kebakaran kecil, seringkalinya dalam situasi kecemasan. Ia tidaklah digunakan untuk kebakaran di luar kawalan, misalnya jika kebakaran tersebut telah mencecah siling, membahayakan pengguna (yakni tidak ada jalan keluar, asap, letupan bahaya dan sebagainya), atau jika ia memerlukan kepakaran profesional. Biasanya, pemadam kebakaran terdiri daripada kebuk tekanan silinder mudah alih yang mengandungi agen yang boleh dilepaskan untuk memadamkan api. Alat pemadam api yang dibuat dengan kebuk tekanan bukan silinder juga wujud, namun ia kurang biasa didapati.

Klasifikasi

[sunting | sunting sumber]

Dalam peringkat antarabangsa, terdapat beberapa kaedah klasifikasi yang diterima untuk pemadam api mudah alih. Setiap pengelasan ini berguna dalam memadam kebakaran yang berpunca daripada bahan bakar tertentu.

Perbandingan kelas api
Amerika Eropah UK Australia/Asia Sumber bahan api atau haba
Kelas A Kelas A Kelas A Kelas A Bahan mudah terbakar biasa
Kelas B Kelas B Kelas B Kelas B Cecair mudah terbakar
Kelas C Kelas C Kelas C Gas mudah terbakar
Kelas C Tidak dikelaskan Tidak dikelaskan Kelas E Peralatan elektrik
Kelas D Kelas D Kelas D Kelas D Logam mudah terbakar
Kelas K Kelas F Kelas F Kelas F Minyak atau lemak masakan

Jenis agen pemadam

[sunting | sunting sumber]

Bahan kimia kering

[sunting | sunting sumber]

Agen ini berasaskan serbuk yang memadamkan api dengan memisahkan mana-mana daripada tiga unsur kebakaran - yakni menghalang tindak balas kimia yang melibatkan haba, bahan api dan oksigen (pembakaran), seterusnya memadamkan api tersebut. Semasa pembakaran, bahan bakar diuraikan kepada radikal bebas yang sangat reaktif yang bertindak balas dengan oksigen. Bahan-bahan kimia kering dalam alat pemadam ini boleh menghentikan proses ini.

Digunakan pada kebakaran bahan bakar api dalam bentuk beraspirasi (bercampur dan berkembang dengan udara dalam satu paip berasingan) atau tidak beraspirasi untuk menghasilkan lapisan atau litupan busa di atas api yang menghalang kemasukan oksigen. Tidak seperti pemadam jenis serbuk, pemadam busa boleh digunakan untuk memadamkan api secara berterusan tanpa kilas balik.

Jenis air

[sunting | sunting sumber]

Menyejukkan bahan yang terbakar. Sangat berkesan pada kebakaran perabot, kain, dan sebagainya (termasuk dalam duduk kebakaran), namun ia hanya selamat digunakan jika tiadanya punca elektrik.

Agen pembersih halon (atau bahan penggantinya) dan karbon dioksida

[sunting | sunting sumber]

Agen bersih memadamkan api dengan menyingkirkan oksigen (CO2 atau gas lengai), mengeluarkan haba dari kawasan pembakaran (Halotron-1, FE-36, Novec 1230) atau menghalang tindak balas rantai kimia (Halon). Agen-agen ini dianggap "bersih" kerana tidak meninggalkan apa-apa sisa setelah pelepasannya - hal ini ideal untuk melindungi komponen elektronik yang sensitif, pesawat, kereta perisai dan simpanan arkib, muzium dan dokumen-dokumen yang berharga.