[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Paus buding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paus buding
Julat zaman: Pliosen – kini [1]
Two killer whales jump above the sea surface, showing their black, white and grey colouration. The closer whale is upright and viewed from the side, while the other whale is arching backward to display its underside.
Paus-paus buding dekat Pulau Unimak, timur Kepulauan Aleut, Alaska
Diagram showing a killer whale and scuba diver from the side: The whale is about four times longer than a human, who is roughly as long as the whale's dorsal fin.
Bandingan saiz paus buding dgn manusia 1.8 m
CITES Appendix II (CITES)[3]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Infraorder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. orca
Nama binomial
Orcinus orca
A world map shows killer whales are found throughout every ocean, except parts of the Arctic. They are also absent from the Black and Baltic seas.
       Taburan paus buding
Sinonim
  • Delphinus orca Linnaeus, 1758
  • Delphinus gladiator Bonnaterre, 1789
  • Orca gladiator (Bonnaterre, 1789)

Paus buding (nama saintifik: Orcinus orca)[5][6] ialah spesies mamalia laut jenis lumba-lumba[7] dalam keluarga Delphinidae.[8] Ia spesies lelumba yang terbesar dan mampu membesar sepanjang 18 meter dan beratnya hampir 8 tan.

Spesies ini dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang dikuatkuasakan di negeri Sabah.[6]

Nama paus buding (Jawi: ڤاؤس بوديڠ) digunakan di Sabah.[5][6]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ikan yang jantan berukuran antara 6–8 meter panjang dengan berat timbangan lebih 6 tan metrik. Ikan betina lebih kecil antara 5–7 m dengan berat kira-kira 3–4 tan metrik.[9] Anak yang baru lahir mempunyai berat timbangan kira-kira 180 kg dengan panjang 2.4 m.[10][11]

Suhu badan purata ikan paus ini antara 36–38 °C.[12][13] Ia mempunyai lapisan lemak tebal 7.6—10 sm bawah kulitnya menebatkan haba seperti banyak mamalia laut lain.[12]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Paus ini makan ikan paus lain, sotong, ikan, gajah laut dan anjing laut. Puratanya, seekor paus buding makan sebanyak 227 kg makanan setiap hari.[14]

Ia pemangsa puncak. Ia memburu dalam kawanan besar seperti kawanan serigala.[15]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Orang Barat takut paus ini yang dilihat sebagai pemangsa berbahaya dan buas[16] selepas kelasi-kelasi menyaksikan haiwan ini memburu setasea yang lebih besar.[7][15] Gambaran bertulis pertama paus ini diberikan oleh Plinius yang Tua sekitar tahun 70 Masihi yang menyatakan, "Orca (penampakannya tidak dapat digambarkan, selain daripada sebuah jisim daging bergigi yang buas) merupakan musuh [jenis-jenis ikan paus lain]... menyerang dan menusuk seperti kapal-kapal perang yang berlanggar."[17] Paus buding yang dikurung dalam taman hidupan laut lebih berbahaya dan menyerang manusia daripada paus buding yang berenang di habitat liarnya, sebanyak 24 kes serangan paus buding dalam kurungan yang berlaku sejak 1970-an.[18]

Nelayan-nelayan yang memburu ikan paus di barat laut Amerika Utara dan Iceland menganggap paus buding sebagai pengacau[16] kerana mencari-cari makanan dalam bangkai-bangkai ikan yang diburu mereka.[19]

  1. ^ "Orcinus orca Linnaeus 1758". Fossilworks. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  2. ^ Reeves, R.; Pitman, R. L.; Ford, J. K. B. (2017). "Orcinus orca". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T15421A50368125. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T15421A50368125.en. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  3. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  4. ^ "Orcinus orca (Linnaeus, 1758)". Integrated Taxonomic Information System.
  5. ^ a b Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. m/s. 34. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  6. ^ a b c Wildlife Conservation Enactment 1997 (Sabah No. 6 of 1997) (PDF). Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. 1997. m/s. 77.
  7. ^ a b "Facts about orcas (killer whales)". Whale & Dolphin Conservation USA. 2022. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  8. ^ Wilson, D. E.; Reeder, D. M., penyunting (2005). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, AS: Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 731. ISBN 0-801-88221-4.
  9. ^ Baird, Robin W. (2002). Killer Whales of the World. Stillwater, Minnesota: Voyageur Press. m/s. 129. ISBN 978-0-7603-2654-1.
  10. ^ Olsen, K. (2006). "Orcas on the edge". National Wildlife. Jil. 44 no. 6. m/s. 22–30. ISSN 0028-0402.
  11. ^ Stewart, D. (2001). "Tales of two orcas". National Wildlife. Jil. 39 no. 1. m/s. 54–59. ISSN 0028-0402.
  12. ^ a b "Killer Whales — Adaptations for an Aquatic Environment". Seaworld. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2013.
  13. ^ N. W. Kasting, S. A. L. Adderly, T. Safford, K. G. Hewlett (1989). "Thermoregulation in Beluga (Delphinapterus luecas) and Killer (Orcinus orca) Whales"
  14. ^ Hughes, Catherine D. "National Geographic creature feature". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2010. Dicapai pada 25 Julai 2007.
  15. ^ a b "Orcas (Killer Whales)". MarineBio Conservation Society. Dicapai pada 16 September 2022.
  16. ^ a b Obee, Bruce; Ellis, Graeme (1992). "1". Dalam Jones, Elaine (penyunting). Guardians of the Whales: The Quest to Study Whales in the Wild. Vancouver Utara, Columbia British, Kanada: Whitecap Books. ISBN 978-1-55110-034-0.
  17. ^ Gaius Plinius Secundus. Historia Naturalis 9.5.12 Diarkibkan September 15, 2020, di Wayback Machine (Latin), in Bill Thayer's LacusCurtius: Into the Roman World Diarkibkan Mei 24, 2012, di archive.today. (See also an English translation Diarkibkan Jun 4, 2011, di Wayback Machine by John Bostock and Henry Thomas Riley, 1855.) Retrieved February 19, 2010.
  18. ^ "Killer Whale Attacks SeaWorld Trainer". ABC News. 30 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2010. Dicapai pada 3 January 2010.
  19. ^ Reeves, Randall; Whitehea d, Hal (2005). "Killer whales and whaling: the scavenging hypothesis". Biology Letters. 1 (4): 415–418. doi:10.1098/rsbl.2005.0348. PMC 1626385. PMID 17148221.