Pontianak Harum Sundal Malam II
Pontianak Harum Sundal Malam II | |
---|---|
Pengarah | Shuhaimi Baba |
Penulis |
|
Lakon layar | Shuhaimi Baba |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Mohd Filus Ghazali |
Disunting oleh | Kamaruddin Abu |
Muzik oleh | Shamsul Cairel |
Diedarkan oleh | Pesona Pictures |
Tarikh tayangan | 24 November 2005 (Malaysia) |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pontianak Harum Sundal Malam II ialah sebuah filem seram Malaysia 2005 yang telah diarahkan oleh Shuhaimi Baba.[1] Ia diterbitkan oleh Pesona Pictures, dan merupakan filem susulan bagi Pontianak Harum Sundal Malam. Tayangan perdana pada 24 November 2005.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Selepas kematian Marsani, Meriam terus menghantui seluruh keturunan Marsani. Bermula dengan membuatkan Zali hilang ingatan lalu menghilangkan diri. Serta merampas anak Asmadi kerana beranggapan itu adalah anaknya. Meriam bersumpah untuk membalas dendam selagi miliknya tidak dipulangkan sepenuhnya. Maria kemudian bertemu Joyo, seorang guru kuda kepang, telah diamanahkan untuk menjaganya. Namun begitu, Joyo mengkhianati amanah ini apabila beliau dikuasai nafsu dan ingin memiliki Meriam yg kini telah bersatu dengan Maria. Manakala Bayang kini diamanahkan untuk memujuk Meriam agar mengembalikan semula jasad Maria kepada mereka, sekaligus menamatkan segala dendam diantara Meriam dan keturunan Marsani.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Maya Karin sebagai Meriam/ Maria
- Rusdi Ramli sebagai Zali/Joyo
- Rosyam Nor sebagai Asmadi/Madi
- Ida Nerina sebagai Bayang
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Kavita Kaur sebagai Anna
- Nanu Baharuddin sebagai Laila
- Zahim Albakri sebagai Tok Guru
- Aziz Sattar sebagai Tok Selampit
- Haiza sebagai Zai
- Pierre Andre sebagai Purnama
- Zaibo sebagai Penarik Beca
- Sharifah Aryana sebagai Maria (kecil)
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Shahronizam Noor sebagai Danial
- Dilla Ahmad sebagai Kalsom
- Khir Rahman sebagai Tok Urut
- Aznil Nawawi sebagai Pasangan Kekasih Lelaki
- Raja Azura sebagai Pasangan Kekasih Wanita
- Romi Suhendra sebagai Pengangkat Najis
- S. Shamsuddin sebagai Bapa Sitam & Bayang
- Rosnani Jamil sebagai Mak Long
- Mariani Ismail sebagai Mak Mah
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Azri Iskandar sebagai Marsani
- Yusmal Ghazali sebagai Sarjono
- Eizlan Yusof sebagai Norman
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-19 | Pengarah Filem Terbaik | Suhaimi Baba | Menang |
Filem Terbaik | Pontianak Harum Sundal Malam 2 | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Rusdi Ramli | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Maya Karin | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Suhaimi Baba, Halina Samad | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | Suhaimi Baba | Tercalon | |
sinematografi Terbaik | Mohd Filus | Tercalon | |
Penyunting Terbaik | Kamaruddin Abu | Tercalon | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Shamsul Cairel | Tercalon | |
Penata Seni Terbaik | Kamarul Nizam, Aida Buyong | Menang | |
Penata Bunyi Terbaik | Ibrahim Ellias | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Ida Nerina | Tercalon | |
Lagu Tema Asal Terbaik | Ku Seru - Ajai | Menang | |
Pereka Costum/Busana Terbaik | Dee Hasnan | Tercalon | |
Poster Terbaik | Pesona Pictures Sdn Bhd | Tercalon |
Lagu tema
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Ku Seru" (nyanyian Misha Omar) | Shuhaimi Baba | Ajai | 4:25 | ||||||
Jumlah masa: 4:25 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Ulasan Filem : Pontianak Harum Sundal Malam 2". www.sultanmuzaffar.blogspot.com. 2005-11-11. Dicapai pada 2020-04-07.