[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Selubung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selubung
PengarahShuhaimi Baba
Penulis
  • Nora Ariffin
  • Shuhaimi Baba
Lakon layarShuhaimi Baba
Dihasilkan olehAbdullah Omar
Dibintangi
SinematografiJamal Maarif
Disunting oleh
Muzik olehM. Nasir
Syarikat
penerbitan
Identify Entertainers[1]
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 29 Oktober 1992 (1992-10-29) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Selubung merupakan sebuah filem romantik ngeri Malaysia 1992 arahan Shuhaimi Baba. Filem ini mengisahkan Mastura (Deanna Yusoff), seorang graduan yang menjadi sukarelawan untuk membantu orang di Palestin.[2] Filem ini dihasilkan dalam bentuk filem warna. Filem ini mula ditayangkan pada 29 Oktober 1992 di pawagam seluruh negara. Filem ini mengaut banyak kemenangan dalam Festival Filem Malaysia ke-10 seperti Filem Terbaik (dikongsi dengan Bintang Malam) dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Deanna Yusoff.

Mastura, E.J, Halim, Zakariah dan Wn Ng merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Perth, Australia. E.J terpikat dengan Brother Musa, seorang pendakwah dengan fahaman Islam yang agak sempit. E.J mengambil keputusan untuk berhenti belajar agar dapat menjadi isteri kedua Musa. Ini tidak menyenangkan rakan-rakannya yang cuba untuk menasihatinya. Halim dan Wn Ng juga mengambil keputusan besar untuk membuat kerja sukarelawan di Palestine. Setelah lulus, Mas menziarahi E.J yang sudah melahirkan anak tetapi hanya menjumpai Hani, isteri Musa pertama. Hani telah menjadi tidak siuman dan telah bertindak membunuh bayi E.J ketika dia tiada. E.J. menyalahkan Mas atas kejadian tersebut dan hubungan mereka menjadi renggang.

Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Mas bekerja sebagai seorang jurutera untuk syarikat antarabangsa TCT. Dia juga menjadi sukarelawan untuk badan bukan kerajaan bernama Rescue Aid. Mereka dipimpin oleh Dr.Sardar, seorang pelarian Jordan dan bekerja untuk menyalurkan bantuan ke Palestine. Mastura berjaya mendapatkan dana oleh TCT untuk Rescue Aid. Pada masa yang sama, dia jatuh hati dengan Kamal, Pengarah Urusan syarikat tersebut. Kamal yang memujuk Mastura untuk bertemu dengan E.J apabila dia pulang ke tanah air kerana Musa telah pergi membantu orang di Palestin. Namun, hubungan mereka menemui halangan apabila Kamal rupanya sudah beristeri.

Kamal berjaya mendapatkan semula Mas dengan cara menggunakan pembesar suara di atas lori. Dia juga memberitahu Mas bahawa dia sudah bercerai lalu masuk meminang dengan cara bertemu bapa Mas di Marang, Terengganu. Halim dan Wn Ng terkorban di Palestine, menyebabkan Mas mengaturkan konsert amal untuk mengumpulkan wang agar dapat membiayai usaha Rescue Aid. E.J juga kini bekerja dengan mereka. Pejabat Rescue Aid di Kuala Lumpur juga berjaga-jaga selepas menerima berita bahawa pejabat mereka di London telah dibom oleh pihak yang menentang organisasi tersebut. Namun begitu, pejabat KL jatuh ke nasib yang sama dan menyebabkan Mas cedera parah.

Konsert amal yang diaturkan berjalan dengan lancar. Sahabat dan keluarga Mas mengadakan sesi tahlil untuk mendoakan kesihatan Mas. Kamal masuk ke bilik sakit Mas dan mendapati bahawa terdapat banyak rama-rama. Dia memegang tangan Mas dan menyaut namanya, menyebabkan dia tersedar. Mereka bersama pekerja Rescue Aid yang lain dilihat sedang memuatkan banyak kotak ke dalam helikopter sebelum filem berakhir.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Deanna Yusof sebagai Mastura asal dari Terengganu, graduan kejuruteraan di Perth kemudian bekerja syarikat milik Kamal dan sukarelawan NGO Dr Sadar.
  • M. Nasir sebagai Kamal, pengarah urusan TCT dan seorang duda namun beliau mencintai Mastura.
  • Ida Nerina sebagai E.J, kawan kepada Mastura, Halim dan Win Ng yang tepengaruh dengan Brother Musa
  • Jit Murad sebagai Halim, kawan Mastura dan EJ yang berkhidmat sukarelawan di Lubnan. Namun beliau terbunuh semasa merawat pesakit
  • Harith Iskander sebagai Brother Musa

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Mahmud Jun sebagai Atok Mastura
  • Hattan sebagai Pintu, seorang penyanyi yang meminati kumpulan The Doors dan abang kepada Lin
  • Sulina Kamarul sebagai Lin, Adik Pintu dan kawan sepengajian di Perth
  • Zahim Albakri sebagai Vincent, Petugas NGO Dr Sadar
  • Liza Othman sebagai Doktor Sardar, seorang pelarian Palestin-Jordan yang mengendalikan NGO Rescaid
  • Shazleen Shahbi sebagai Hani
  • Yasmin Yusoff sebagai pensyarah di Perth
  • Amina J. Mokhtar
  • Radhi Khalid sebagai Pembantu Halim

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Sharifah Amani sebagai kanak-kanak Palestin
  • Mohd Najib Mahmud sebagai kanak-kanak palestin

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-10 Filem Terbaik Selubung Menang
Pelakon Wanita Terbaik Deanna Yusoff Menang
Cerita Asal Terbaik Nora Ariffin Fleming Menang
Penata Seni Terbaik Zuraini Anuar Menang
Penata Bunyi Terbaik Peter Lim Menang
Lagu Terbaik M. Nasir Menang
Poster Terbaik Selubung Menang

Pada tahun 1991, Deanna Yusoff telah terpilih untuk menggantikan Julia Rais untuk melakonkan watak utama dalam filem ini di samping M. Nasir.

  1. ^ "Promosi Selubung". Harian Metro. New Straits Times Press. 29 Oktober 1991. Dicapai pada 2022-03-14 – melalui KLiK.
  2. ^ "Selubung terpilih ke Minggu Filem Asean". Berita Harian. New Straits Times Press. 29 September 1992. Dicapai pada 2022-03-14 – melalui KLiK.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]