Ponniyin Selvan: I
Ponniyin Selvan: I | |
---|---|
Fail:PonniyinSelvanPoster.jpg | |
Pengarah | Mani Ratnam |
Lakon layar |
|
Dialogues by | B. Jeyamohan[1] |
Berdasarkan | Ponniyin Selvan oleh Kalki Krishnamurthy |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Ravi Varman |
Disunting oleh | A. Sreekar Prasad |
Muzik oleh | A. R. Rahman |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Lyca Productions |
Tarikh tayangan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Ponniyin Selvan: I atau PS-I (terj. Anak Lelaki Ponni) adaalah sebuah filem drama sejarah berbahasa Tamil India akan datang yang diarahkan oleh Mani Ratnam. Filem ini adalah bahagian pertama daripada dua bahagian sinematik berdasarkan novel tahun 1955, Ponniyin Selvan, karya Kalki Krishnamurthy.Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon ensemble Karthi, Trisha Krishnan, Vikram, Aishwarya Rai Bachchan, Jayam Ravi, Aishwarya Lekshmi, Sobhita Dhulipala, Prabhu, R. Sarathkumar, Vikram Prabhu,Jayaram,Prakash Raj dan R. Parthiban. Muzik filem ini digubah oleh A. R. Rahman, dengan sinematografi dikendalikan oleh Ravi Varman, penyuntingan dilakukan oleh A. Sreekar Prasad dan reka bentuk produksi oleh Thota Tharani.
Adaptasi untuk novel ini telah dirancang oleh pelakon dan pengarah terkenal dari persaudaraan filem, sejak novel itu mendapat populariti, tetapi tidak menjadi kenyataan kerana beberapa sebab.Selepas percubaan yang gagal oleh M. G. Ramachandran pada akhir 1950-an, Mani Ratnam cuba mengadaptasi novel pada pertengahan 1990-an dan awal 2010-an, yang menjadi tidak berjaya. Menyatakannya sebagai "projek impiannya", Mani Ratnam menghidupkan semula adaptasi itu pada Januari 2019, dengan Lyca Productions dibawa bersama untuk membiayai projek itu. Filem ini mula pengembaran pada pertengahan Disember 2020 dan terpaksa dihentikan pengembaraan dua kali kerana wabak Covid-19.
Ponniyin Selvan dipecahkan kepada dua bahagian. . Filem ini telah dikeluarkan di pawagam seluruh dunia pada 30 September 2022 dalam format standard dan IMAX. Ia mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem, wartawan dan penonton. Filem ini memperoleh kutipan lebih ₹423 crore (AS$53 juta), memecahkan beberapa rekod dan menjadi filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2022 dan filem Tamil dengan kutipan keempat tertinggi sepanjang zaman. Filem ini juga muncul sebagai filem Tamil dengan kutipan tertinggi sepeanjang masa di Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan filem India yang mendapat kutipan tertinggi ke-5 di Amerika Syarikat di belakang Baahubali: The Beginning,Baahubali 2: The Conclusion, RRR dan K.G.F: Chapter 2
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pada Abad ke-10, Dinasti Chola memerintah dengan makmur di seluruh India Selatan, di bawah pemerintahan Sundara Chozhar. Anak-anaknya, Putera Aditha Karikalan dan Arulmozhi Varman, sangat berjaya dalam penaklukan mereka untuk empayar Chola di Kanchi dan Sri Lanka. Sekumpulan askar Pandya yang setia (Aabathudavigal raja Pandiyan) merancang untuk membalas dendam demi Raja mereka, Veerapandiyan, yang dibunuh dalam pertempuran oleh Putera mahkota Chola, Aditha Karikalan. Sejajar dengan ini, di tengah malam, sekumpulan pembesar kerajaan kerajaan Chola berkumpul secara diam-diam, dengan agenda untuk merampas takhta daripada Aditha Karikalan dan meletakkan bapa saudaranya, Madurantakan, sebagai raja. Vandiyathevan, seorang pemuda yang berani berangkat menyeberangi tanah Chola untuk menyampaikan perutusan daripada Putera Mahkota Adithya Karikalan. Kakaknya Kundavai cuba membawa kembali Arulmozhivarman untuk mewujudkan keamanan politik di negara yang kelihatan dilanda kekacauan.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Karthi sebagai Vallavariyiyan Vanthiyadevan, a powerful and brave warrior, Adhitha karikalan's friend, Kunthavai's love intrest the main protagonist of the story
- Jayam Ravi sebagai Raja Raja Chola 1 aka Arunlmozhivarman (Ponniyin selvan) Adhithya Karikalan and kunthavai brother crown prince the Central Character of the story
- Vikram sebagai Adhithya Karikalan the elder brother of kunthavai and Arunlmozhivarman
- Aishwarya Rai Bachchan double role as sebagai Nandhini and oomai rani nandhini's mother
- Trisha Krishnan sebagai Kundavai Pirattiyar,juga dikenali sebagai Ilaya Piratti, puteri Chola dan anak perempuan Maharaja Sundara Chola
- Aishwarya Lekshmi sebagai Poonguzhali, juga dikenali sebagai Samuthira Kumari (terj. "Puteri lautan").
- Sobhita Dhulipala sebagai Vaanathi, juga dikenali sebagai Kodumbalur Ilavarasi, seorang puteri Kodumbalur yang pemalu dan minat cinta Arulmozhi.
- Prabhu sebagai Periya Vellar Boothi Vikramakesari
- R. Sarathkumar sebagai Periya Pazhuvettaraiyar.
- Vikram Prabhu sebagai Parthibendra Pallavan, kawan Aditya Karikalan, yang berasal dari keturunan Pallava
- Jayaram sebagai Azhwarkadiyan Nambi alias Thirumalaiappan, seorang perisik beragama Vaishnavisme, yang bekerja untuk Perdana Menteri dan Sembiyan Mahadevi.
- Prakash Raj sebagai Sundara Chola alias Parantaka Chola II, maharaja empayar Chola, bapa Aditya Karikalan, Kundavai dan Arulmozhivarman, juga terkenal dengan kecantikannya yang memberinya nama Sundara.
- Rahman sebagai Madurataka Uttama Chola, anak kepada Sembiyan Mahadevi.
- Ashwin Kakumanu sebagai Senthan Amudhan
Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi dan skor filem ini digubah oleh A. R. Rahman. Lirik untuk versi Tamil ditulis oleh Ilango Krishnan, Kabilan, Siva Ananth dan Krithika Nelson, manakala Mehboob Kotwal, Ananta Sriram, Rafeeq Ahamed dan Jayanth Kaikini dikreditkan sebagai penulis lagu untuk versi Hindi, Telugu, Malayalam dan Kannada,. Single pertama bertajuk "Ponni Nadhi" telah dikeluarkan oleh Tips Music pada 31 Julai 2022
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Panggung
[sunting | sunting sumber]Ponniyin Selvan:1 dikeluarkan pada 30 September 2022 di seluruh dunia.Ia akan menjadi filem Tamil pertama yang dikeluarkan dalam format IMAX.
Pengedaran
[sunting | sunting sumber]Hak pengedaran filem dalam Tamil Nadu telah diperoleh oleh Lyca Productions..[2]
Penstriman
[sunting | sunting sumber]Hak penstriman digital untuk filem itu dibeli oleh Amazon Prime Video dengan harga ₹125 crore (AS$16 juta).
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Box office
[sunting | sunting sumber]Filem ini memperoleh kutipan lebih ₹423 crore (AS$53 juta), memecahkan beberapa rekod dan menjadi filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2022 dan filem Tamil dengan kutipan tertinggi keempat sepanjang zaman [3]. Filem ini memperoleh kira-kira ₹80 crore (AS$10 juta) pada hari pembukaannya di seluruh dunia dan muncul pada rankinh nombor 1 di negara seperti Singapura,Malaysia, Sri Lanka, Australia dan mencapai 3 teratas di AS.[4] By its third day, the film earned around ₹80 crore (AS$12 juta) taking its first weekend worldwide collection to ₹230 crore (AS$34 juta).[5][6][7]
Filem ini muncul sebagai filem Tamil dengan kutipan tertinggi di Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan filem India yang mendapat kutipan tertinggi ke-5 di AS di belakang Baahubali: The Beginning, Baahubali: The Conclusion, RRR dan KGF: Bab 2
Sekuel
[sunting | sunting sumber]Pada 17 September 2022, Ratnam dalam sidang akhbar, mengesahkan bahawa Ponniyin Selvan: II (PS:2) akan dikeluarkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan selepas tayangan teater Ponniyin Selvan: I.Pada 28 Disember 2022, kru produksi telah mengesahkan bahawa PS:2 akan dikeluarkan pada 28 April 2023
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Jeyamohan had penned the dialogues for Karthi, Trisha and Vikram starrer Ponniyin Selvan". Sify. 28 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2020. Dicapai pada 28 December 2019.
- ^ "Ponniyin Selvan release date to be announced soon". The Times of India.
- ^ "Ponniyin Selvan I Box Office Collection: Vikram-Aishwarya Rai starrer sees upward trend on 2nd weekend". Indiatvnews.com. Dicapai pada 9 October 2022.
- ^ "Ponniyin Selvan 1 Box Office Collection Day 2: PS1 Enters Rs 150 Cr Club In Just 2 Days, Rules In US". News18. Dicapai pada 2 October 2022.
- ^ "Ponniyin Selvan box office collection Day 3: Mani Ratnam's film crosses Rs 230 crore globally". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2022. Dicapai pada 3 October 2022.
- ^ "Ponniyin Selvan I box office day 3 collection: Vikram-starrer crosses ₹230 crore worldwide on opening weekend". Hindustan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2022. Dicapai pada 3 October 2022.
- ^ "Ponniyin Selvan 1 Box Office Collection Day 3: PS1 Earns Rs 230 Crore In First Weekend". News 18. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2022. Dicapai pada 3 October 2022.