Surah Al-Insyirah
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti:bukankah Kami telah melapangkan.
Isi kandungan
[sunting | sunting sumber]Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.
Terjemahan ayat
[sunting | sunting sumber]بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
- وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
- الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
- وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
- فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
- إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
- فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
- وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Hubungan dengan surat At-Tin
[sunting | sunting sumber]Dalam surat Alam Nasyrah, Allah SWT menjelaskan perintah kepada Nabi Muhammad SAW selaku manusia sempurna. Maka dalam surat At-Tin, diterangkan bahawa manusia itu adalah makhluk Allah yang mempunyai kesanggupan baik lahir maupun batin. Kesanggupannya itu menjadi kenyataan bilamana mereka mengikuti jejak Nabi Muhammad SAW.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]
Surah Sebelumnya: Surah Adh-Dhuha |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah At-Tin |
Surah 94 |