[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sukan di Afrika Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Afrika Selatan merupakan masyarakat yang "gila" sukan. Namun sukan disini berbeza mengikut ras. Dikalangan kaum kulit hitam, sukan yang paling popular ialah bola sepak dengan pasukan kebangsaan yang dipanggil Bafana Bafana atau 'The Boys'(Budak-budak lelaki). Kebanyakan kaum kulit putih bermain ragbi, dan ia amat diminati oleh kaum Afrikaner, yang mendominasi pasukan kebangsaan, "the Springboks", dan juga kriket, yang secara tradisi dimain oleh kaum British. Sejak dikaitkan dengan apartheid, pasukan "the Springboks" atau 'Boks' hendak menjadi sebahagian 'Afrika Selatan Baru', dengan menyarungkan Presiden Nelson Mandela dengan jersi Springbok, yang sebelum ini hanya dipakai oleh kaum kulit putih, pada Piala Dunia pada tahun 1995.