[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sukan Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Asia Tenggara
Logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara
Bendera rasmi Persekutuan Sukan Asia Tenggara
SingkatanSEAG
Edisi pertamaSukan Semenanjung Asia Tenggara 1959 di Bangkok, Thailand
Diadakan pada setiap2 tahun (setiap tahun ganjil)
Edisi seterusnyaSukan Asia Tenggara 2025 di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla, Thailand
KegunaanAcara pelbagai sukan untuk negara-negara di benua kecil Asia Tenggara
Ibu pejabatBangkok, Thailand
PresidenCharouck Arirachakaran
Laman sesawangSEAGFoffice.org
Logo dan bendera lama Persekutuan Sukan Asia Tenggara lama

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEA Games (Southeast Asian Games)), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Sukan Asia Tenggara ialah salah satu daripada lima Sukan subregional Majlis Olimpik Asia (OCA).[1]

Penyertaan negara

[sunting | sunting sumber]
Kod IOC Negara / IOC Tahun penyertaan Kod ISO Nota
CAM  Kemboja 1959 CAM -
LAO  Laos (kod IOC: Republik Demokratik Rakyat Laos) 1980 LAO -
MAS  Malaysia 1959 MYS -
MYA  Myanmar 1959 MYR BIR 1948-1992
SIN  Singapura 1959 SIN -
THA  Thailand 1959 THA -
VIE  Vietnam (kod IOC: Viet Nam) 1959 VIE -
BRU  Brunei (kod IOC: Brunei Darussalam) 1988 BRU -
INA  Indonesia 1977 INA IHO 1952
kod-FIFA IDN
PHI  Filipina 1977 PHI -
TLS  Timor Leste 2003 TLS IOA 2008

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand pada masa itu. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan kepada negara-negara semenanjung Asia Tenggara. Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Komiti Persekutuan Sukan SEAP mula dibentuk selepas itu.

Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.

Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.

Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.

Untuk melihat senarai acara sukan terkini yang dipertandingkan, lihat acara sukan Sukan Asia Tenggara.

Sukan Semenanjung Asia Tenggara

[sunting | sunting sumber]
Tahun Edisi Bandar raya tuan
rumah
1959 I Thailand Bangkok
1961 II Myanmar Yangon
1963 Dibatalkan Kemboja Phnom Penh
1965 III Malaysia Kuala Lumpur
1967 IV Thailand Bangkok
1969 V Myanmar Yangon
1971 VI Malaysia Kuala Lumpur
1973 VII Singapura Singapura
1975 VIII Thailand Bangkok

Sukan Asia Tenggara

[sunting | sunting sumber]
Tahun Sukan Bandar raya tuan rumah
1977 IX Malaysia Kuala Lumpur
1979 X Indonesia Jakarta
1981 XI Filipina Manila
1983 XII Singapura Singapura
1985 XIII Thailand Bangkok
1987 XIV Indonesia Jakarta
1989 XV Malaysia Kuala Lumpur
1991 XVI Filipina Manila
1993 XVII Singapura Singapura
1995 XVIII Thailand Chiang Mai2
1997 XIX Indonesia Jakarta
1999 XX Brunei Bandar Seri Begawan
2001 XXI Malaysia Kuala Lumpur
2003 XXII Vietnam Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh3
2005 XXIII Filipina Manila
2007 XXIV Thailand Nakhon Ratchasima5
2009 XXV Laos Vientiane
2011 XXVI Indonesia Jakarta dan Palembang6
2013 XXVII Myanmar Naypyidaw
2015 XXVIII Singapura Singapura[2][3]
2017 XXIX Malaysia Kuala Lumpur
2019 XXX Filipina Filipina
2021 XXXI Vietnam Vietnam
2023 XXXII Kemboja Kemboja
2025 XXXIII Thailand Thailand
2027 XXXIV Malaysia Malaysia
2029 XXXV Singapura Singapura
2031 XXXVI Laos Laos
2033 XXXVII Filipina Filipina

Kedudukan penganjuran

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan penganjuran dari 1959 ke 1975.

Negara Temasya dianjur Tahun
 Thailand
3
1959, 1967, 1975
 Malaysia
2
1965, 1971
 Myanmar
2
1961, 1969
 Singapura
1
1973
 Kemboja
1
1963
 Laos
-
 Vietnam
-

Kedudukan penganjuran dari Sukan Asia Tenggara 1977–semasa.
Negara Temasya dianjur Tahun
 Indonesia
4
1979, 1987, 1997, 2011
 Malaysia
4
1977, 1989, 2001, 2017
 Filipina
4
1981, 1991, 2005, 2019
 Singapura
3
1983, 1993, 2015
 Thailand
3
1985, 1995, 2007
 Brunei
1
1999
 Laos
1
2009
 Myanmar
1
2013
 Vietnam
2
2003,2021  Kemboja
-
2023  Timor Leste
-

1Kemboja sepatutnya menganjurkan Sukan Asia Tenggara ke-3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan
2Singapura telah diberi hak penganjuran Sukan Asia Tenggara ke-27 tetapi ia memilih untuk melepaskan hak tersebut kemudian

Pungutan pingat sepanjang masa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga Sukan Asia Tenggara 2021
Jadual pingat Sukan Asia Tenggara sepanjang masa[1]
KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1 Thailand (THA)1885193019435758
2 Indonesia (INA)1824170317805307
3 Malaysia (MAS)[2]1303127316854261
4 Filipina (PHI)1067119314773737
5 Singapura (SGP)947100213633312
6 Vietnam (VIE)[3]9289679912886
7 Myanmar (MYA)[4]5647419922297
8 Kemboja (CAM)[5]69115258442
9 Laos (LAO)6993319481
10 Brunei (BRU)1656163235
11 Timor-Leste (TLS)362635
Jumlah (11 NOC)867590791099728751

  • ↑[1]  - 2017 Southeast Asian Games medal counts are not yet included in these medal standings due to ongoing doping cases during those games
  • ↑[2]  – Competed as Malaya in the inaugural games until 1961.
  • ↑[3]  – The Republic of Vietnam was dissolved in July 1976 when it merged with the Democratic Republic of Vietnam (North Vietnam) to become the Socialist Republic of Vietnam, also known as Vietnam. Therefore, the medal counts for this country are considered to be as until 1975. In the 1989 edition, a unified Vietnam rejoined the games with a new name and flag. Medals won by South Vietnam are already combined here. The International Olympic Committee (IOC) does not use codes for South Vietnam anymore after the unification with North Vietnam.
  • ↑[4]  – Competed as Burma until 1987.
  • ↑[5]  – Competed as Kampuchea, and Khmer Republic.
  1. ^ Games page laman web Majlis Olimpik Asia; Diarkibkan 2010-12-11 di Wayback Machine; retrieved 2010-07-09.
  2. ^ http://www.channelnewsasia.com/stories/sportsnews/view/1165016/1/.html
  3. ^ "Sea Games - SINDOnews". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-04-06.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]