Stadium Sultan Ibrahim
Stadium Sultan Ibrahim | |
---|---|
Nama penuh | Stadium Sultan Ibrahim |
Lokasi | Iskandar Puteri Johor Bahru |
Koordinat | 1°28′53″N 103°37′09″E / 1.481513°N 103.619120°E |
Pecah tanah | 30 Januari 2016 |
Dibuka | 22 Februari 2020 |
Pemilik | Tengku azmil perak |
Pengendali | Ipoh |
Permukaan | Natural grass (Zeon Zoysia Hybrid) |
Kos pembinaan | RM 200 juta[1] |
Arkitek | Saadon Architect, Beijing Institute of Architectural Design |
Pengurus Projek | CGPV Industrial Building System Sdn Bhd |
Jurutera struktur | Haikal Jurutera Perunding Sdn Bhd |
Jurutera perkhidmatan | Jurutera Perunding FRM Sdn Bhd (M&E), Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd (QS) |
Kontraktor umum | Shanghai Baoye Group (Malaysia) Sdn Bhd |
Kapasiti | 40,000 |
Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan sultan negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. [2]
Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta.[3][4] Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.[5] Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Diilhamkan dari mahkota, konsep dan reka bentuk akhir telah diumumkan oleh Tunku Ismail dalam upacara yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor. Stadium ini terletak dalam 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak 70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 penonton.[6][7] LED merah, biru dan putih (warna bendera Johor ) dipasang di luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam. [8] Stadium ini juga termasuk ibu pejabat kelab, pusat latihan dan megastore. [9]
Ujian terowong angin integral untuk reka bentuk stadium telah dijalankan oleh Guangdong Provincial Research Group Research, anak syarikat Guangdong Construction Engineering Group Diarkibkan 2018-10-02 di Wayback Machine Co Ltd. [10]
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Dengan kos pembinaan stadium baru yang dianggarkan sebanyak RM200 juta,[1] Sultan Johor memberikan dana yang diperlukan untuk pembinaan.[11]
Country Garden Pacificview Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab untuk membina stadium. [7]
Pada bulan Januari 2017, kelab ini telah mengumumkan bahawa pembinaan itu telah ditangguhkan oleh beberapa bulan dan akan selesai antara bulan Julai dan akhir tahun 2018 berikutan pelarasan dibuat oleh Tunku Ismail di lokasi stadium, perubahan teknikal dan reka bentuk. [12][13][14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "JDT owner, captain worried about low attendances ahead of Malaysian champions' move to new stadium". FOX Sports Asia. 5 August 2019. Dicapai pada 28 December 2019.
- ^ "New Johor stadium to carry sultan's name". The Rakyat Post. 27 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada 29 December 2017.
- ^ Zainal, Zulhilmi (28 January 2016). "JDT get Valencia's help in construction of new stadium". Goal.com. PERFORM Media. Dicapai pada 15 October 2017.
- ^ Dampney, James (12 May 2016). "The Crown Prince of ... Asia? An insight into TMJ and his grand plans". FourFourTwo.com. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-30. Dicapai pada 17 October 2017.
- ^ "JDT set to be M-League's 1st RM1 billion club". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 21 December 2019. Dicapai pada 28 December 2019.
- ^ Mohd Yusof, Mohd Fahmi (4 August 2017). "TMJ lancar reka bentuk, konsep Stadium Bola Sepak JDT". BH Online. New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai pada 15 October 2017.
- ^ a b Xiang Yun, Yee (4 August 2017). "New JDT football stadium design unveiled". The Star Online. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 15 October 2017.
- ^ "SULTAN IBRAHIM LARKIN STADIUM TO BECOME INTERNATIONAL FOCUS". JohorSoutherntigers.com.my. 22 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-14. Dicapai pada 13 October 2017.
- ^ "Tahniah JDT atas Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim". Football Association of Malaysia (Official). 22 Februari 2020. Dicapai pada 22 Februari 2020.
- ^ Jingxi, Xu (13 December 2016). "Guangdong Construction to step up overseas play". China Daily. Dicapai pada 27 October 2017.
- ^ Said, Halim (27 January 2016). "Sultan of Johor grants funds for development of new stadium and sports city". NST Online. New Straits Times Press Sdn Bhd. Dicapai pada 8 September 2016.
- ^ "SULTAN IBRAHIM LARKIN STADIUM LATEST DEVELOPMENT". JohorSouthernTigers.com.my. Southern Tigers Sdn. Bhd. 2 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 3 January 2017.
- ^ Shah, Mohd Farhaan (4 January 2017). "New JDT stadium to be completed in July next year". The Star Online. Star Media Group Bhd. Dicapai pada 4 January 2017.
- ^ Kamaludin, Haslina (14 February 2017). "Pembinaan Stadium Sultan Ibrahim Larkin dilanjutkan". Sinar Online. Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Dicapai pada 15 October 2017.