[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stacy Anam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stacy

Kelahiran
Stracie Angie Anam

(1990-08-18) 18 Ogos 1990 (umur 34)
Nama lainUmmu Shaikhah Stacy binti Anam
Bunga Cantik
Pusat pendidikanLimkokwing University Of Creative Technology
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008–kini
Kampung asalPenampang, Sabah
PasanganAkim Ahmad (k. 2016)
Anak-anak
  • Bella Deluna
  • Eshaal
  • Isa
Ibu bapa
  • Anam Bayar (ayah)
  • Agnes Kaloos (ibu)
SaudaraChaQ (abang)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Maestro Records
(2008-2009)
Astro Entertainment/Rocketfuel Entertainment
(2009–2018)
Warner Music Malaysia
(2011-kini)
Nova Music Malaysia
(2018-kini)
Rhythm & Rhyme Entertainment
(2019-kini)
Pengkarya berkait
Adam AF2,
Adira,
Akim Ahmad
Shila Amzah
Altimet
SonaOne
Faizul Sany,
Audi Mok,
Firman Bansir,
KRU,
Ungu,
SM*SH

Ummu Shaikhah Stacy binti Anam[1] (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.

Stacy dilahirkan di Kota Kinabalu. Beliau belajar di Sekolah Menengah St. Michael Penampang. Oleh kerana masalah kewangan keluarganya, dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berhenti sekolah pada usia 16 tahun ketika dia tingkatan 4. Untuk menyara keluarganya, dia menjadi seorang penyanyi di kelab-kelab tempatan. Sebelum uji bakat beliau untuk AF6, Stacy mencuba untuk lain yang ketara rancangan realiti nyanyian, seperti One in a Million 1, dan juga Gang Starz yang dia bekerjasama dengan abangnya, untuk membentuk satu kumpulan yang dinamakan E-Voke. Walau bagaimanapun, dia hanya berjaya ke separuh akhir sebelum mereka tersingkir. Keputusan untuk uji bakat untuk AF diperoleh daripada cadangan ibunya sebaik sahaja dia berusia 18 tahun. Stacy juga diberi biasiswa penuh untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Limkokwing Teknologi Kreatif.

Beliau meneruskan pelajaran dalam bidang diploma muzik dan seni, dan mula semester pertama pada Februari 2010. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti "Aku Stacy", "Pakai Buang", "Gagap, Bosan, Gila Lah!" dan "Not For Sale".

Pada 25 Ogos 2015, Stacy menukar agama daripada Kristian kepada Islam. Beliau memilih nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sambil disaksikan oleh bapa dan ibunya.

Akademi Fantasia 6

[sunting | sunting sumber]

Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam diterima masuk dalam AF6 dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Panel penilai dan pengkritik sering memberikan pujian serta komen positif kepada Stacy setiap minggu kerana beliau sering memberikan persembahan nyanyian yang konsisten. Sepanjang pertandingan, Stacy kekal di kedudukan tiga teratas apabila sesi pengundian ditutup pada penghujung setiap konsert, dengan empat undian tertinggi kolektif.

Menurut pengetua AF6 Dato' Ramli M. S., Stacy merupakan pelajar yang sangat berdisiplin dan sangat serius dalam mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Menurutnya, Stacy sentiasa fokus pada setiap pelajaran dan mengaplikasikan segala pengajaran yang dipelajarinya melalui persembahan di atas pentas Akademi Fantasia (musim 6). Setiap ilmu dan teguran yang diberikan dapat diterima dengan baik oleh Stacy.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim keenam bersama Riz, Nubhan, Toi, dan Nadia. Pada 17 Mei 2008, beliau telah dinobatkan selaku Juara Akademi Fantasia Musim 6 sekaligus mengungguli takhta juara AF kepada kaum wanita buat kali kedua secara berturut-turut selepas Mila iaitu Juara Akademi Fantasia (musim 5). Beliau juga mencipta sejarah sebagai Juara Akademi Fantasia pertama yang berasal dari Malaysia Timur (Borneo).

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF6 :

Konsert Lagu (penyanyi asal) Rank
Minggu 1 "No One" (Alicia Keys) Ke-2
Minggu 2 "Rela" (Tila) Pertama
Minggu 3 "Pelesit Kota" (Search) Pertama
Minggu 4 "Cinta Khayalan" (Stacy) Ke-2
Minggu 5 "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) Ke-2
Minggu 6 "Don't Speak" (No Doubt) Pertama
Minggu 7 "Hati" (Dato' Siti Nurhaliza) Pertama
Minggu 8 "Gembira Hidup Ini" (Farah Anuar) Ke-3
Minggu 9 "Beat It" (Michael Jackson) Ke-2
Minggu 10 (Akhir) "Atas Nama Cinta" (Rossa) Juara
"Aku Stacy" (Stacy)

Perhatian: Lagu "Cinta Khayalan" pada asalnya adalah "Cinta Terhalang" iaitu single bagi penyanyi Yusrizan Usop atau Bob.

Pada tahun 2012, Stacy telah menyertai satu lagi program realiti TV nyanyian terbaru yang melibatkan seniman-seniman tanah air dimana mereka akan dipilih oleh para penerbit muzik untuk digilap bakat dan menyerlahkan lagi pesona Superstar yang ada pada mereka. Stacy terpilih di bawah empayar merah iaitu dibawah pimpinan Dato' M.Nasir. Berikut adalah lagu persembahan Stacy sewaktu di dalam Mania! :

Konsert Lagu (penyanyi asal) Rank
Konsert 1 "The Edge of Glory" (Lady Gaga) Empayar Merah
Konsert 4 "Toxic" (Britney Spears) Ke-3
Konsert 5 "Suralayar Dalam D Major" (Search) Ke-3
Konsert 6 "Goyang Inul" (Inul Daratista) Ke-3
Konsert 7 "Total Eclipse of The Heart" (Bonnie Tyler
(duet Cliff Umar)
Ke-5
Konsert 8 "Proud Mary" (Tina Turner) + "Fantasia Bulan Madu" (Search) Ke-4
Konsert 9 (Separuh Akhir) "Kasanova" (Stacy) Ke-3
"Hukum Karma" (Wings) Ke-3
Konsert 10 (Akhir) "Takkan Melupakanmu" (Radja) Naib Juara
"Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti)
(duet Fiq Halim)

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]

Peringkat Akhir AJL

[sunting | sunting sumber]
Tahun Edisi Kategori Lagu Komposer Penulis Lirik Keputusan
2008 Ke-23 Pop Rock "Aku Stacy" Intan Norul Azlina Intan Norul Azlina & Layla Ismail Tercalon
2009 Ke-24 "Pakai Buang" Edry Abdul Halim Penyanyi Paling Popular
2010 Ke-25 "Jahat" Tercalon
2012 Ke-27 "Pelangi Senja" Taja Tun Teja Tercalon
2013 Ke-28 "Bosan" Audi Mok, Omar K & Kimberly Chin Omar K Tercalon
2014 Ke-29 "Gilalah" Mike Chan & Omar K Stacy Tercalon
2015 Ke-30 "Not For Sale"

(featuring Altimet)

Mike Chan & Omar K Mike Chan, Omar K & Altimet Tercalon
  • Pada AJL edisi 2008, itu merupakan tahun terakhir AJL mengadakan kategori sejak 1992 sebelum dimansuhkan pada AJL edisi 2009. Edisi ini juga merupakan edisi pertama dan terakhir Stacy bertanding dalam kategori Pop Rock.


Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Edisi Lagu Komposer Penulis Lirik Catatan
2010 Ke-25 "Menggegar Dunia"
(feat Adam)
Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Tercalon
2011 Ke-26 "Kisah Dongeng" Tercalon
2012 Ke-27 "Kasanova" Tercalon
2013 Ke-28 "Kembali" (feat Akim) Akim Ahmad Akim Ahmad Tercalon
2016 Ke-31 "Romeo" Tercalon
2018 Ke-33 "Cakap Ke Tangan" Hang Nadim & Laq Hang Nadim Tercalon
2020 Ke-35 "Khayal" Hang Nadim & Bunga Cantik Bunga Cantik Tercalon
"Aku Kau Dan Muzik"

(feat Akim)

Hang Nadim, Bunga Cantik & Freddy Hang Nadim & Bunga Cantik Tercalon
  • Mimi Fly telah menggantikan tempat Stacy sebagai penyanyi untuk menyampaikan lagu Romeo ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 31 disebabkan ketika itu Stacy tengah sarat mengandung anak pertama dan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Aku Stacy (2009)
  2. Stay~C (2011)
  3. #1 (2014)

Album Kompilasi/Live

[sunting | sunting sumber]
  1. Best Of Stacy (2008)
Solo
Tahun Judul Album
2008 "Cinta Khayalan" Best Of Stacy
"Aku Stacy" Aku Stacy
"Gagap"
2009 "Pakai Buang"
"Rasa Rasa Cinta" OST Sayang You Can Dance
2010 "Primadona" OST My Spy
"Kisah kita" OST K.I.T.A
"Jahat" Hitman
"Lihatlah Dunia" OST Dottie
2011 "Kisah Dongeng" Stay-C
"Kasanova"
2012 "Pelangi Senja"
2013 "Bosan"
2014 "Gila Lah!" #1
"Patah"
2016 "Romeo" Single
"Bila-Bila"
2017 "Cakap Ke Tangan"
2018 "Raja"
2019 "Khayal" OST Demi Rindumu
2021 "Peluk" Single
2022 "Duit"
2023 "Teriak" Single
Duet/Kolaborasi
Tahun Judul Bersama Album
2008 "Indera" Nubhan OST 'Raya AF6
2009 "Menggegar Dunia" Adam OST My Spy
2010 "Kata Kau" Daly Filsuf Lagu Tema "Kata Kau"
2011 "Jahatnya Cinta" Akim Lagu Tema Cornetto
2013 "Tanahair" Aizat Amdan, Suki Low &
2014 "Kembali" Akim Akim Ahmad
"Hello" SM*SH #1
"Not For Sale" Altimet
2015 "Berteman Sepi" Ungu Mozaik
"Siapalah Kita" Adira, Firman & Faizul Tribute "Gempa Bumi Sabah 2014"
2016 "Rentak Bahagia" Akim Lagu Tema Iklan Yeos
2020 "Aku Kau Dan Muzik" Single
2022 "Drama Sangat" Ismail Izzani & Noki K-Clique Lagu Tema "Anugerah Drama Sangat"
2023 "Ritma & Rima" Akim Single
2024 "Cara U" Killa Driz Lagu Tema "U Mobile Borneo Plan"

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kau & Aku Dirinya sendiri Astro Ria Kemunculan khas sebagai penyanyi undangan

Televisyen show

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Akademi Fantasia (musim 6) Peserta / Juara AF6 Astro Ria
2012 Mania! Peserta / Naib Juara Astro Ria
2014 Pop Krew Jurulatih / Finalis TV9
2019 Mentor Milenia 2019 Mentor / Pemenang Tempat Keempat TV3
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Peserta /Juara Minggu 4 TV3
2021 Festival Muzik AJL Artis undangan (eps. 3) TV3
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta (Bunga Matahari) / Juara Astro Warna
The Hardest Singing Show Peserta / Tempat Ketiga Astro Ria

Kemunculan TV

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2008 Aku Stacy Dirinya sendiri Astro Ria Program TV khas untuk dirinya bersama dengan finalis AF6.
2010 Konsert Istimewa Penyanyi utama Mini show konsert menampilkan alumni AF
Dari Studio Penyanyi utama Mini show konsert bersama dengan Jaclyn Victor. (Eps. 01)
2011 Akustik - Stacy Dirinya sendiri Mini show khas untuk dirinya.
2016 Romantika Raya Dirinya sendiri Kemunculan bersama Akim[2]
2021 Sepahtu Reunion Al-Raya Kameo Astro Warna
Tahun Produk Peranan Nota
2008 Tea Boh Dirinya sendiri Duta bersama Riz AF6
2010 Clinelle Dirinya sendiri Duta / Jurucakap produk
Intimate Dirinya sendiri Duta produk
2011 Cornetto Dirinya sendiri Duta bersama Akim
Silky Girl Dirinya sendiri Duta produk
2016 Anlene Dirinya sendiri Duta / Jurucakap produk
2020 Maggi Cukup Rasa Dirinya sendiri Duta / Jurucakap produk
Tahun Anugerah dan penghargaan Kategori/Karya Penerima Keputusan
2008 Sabah Ministry Youth & Sports Sabah Youth Icon Award Stacy Menang
Akademi Fantasia (musim 6) 1st Place Winner Stacy Menang
Anugerah Juara Lagu ke-23 Aku Stacy Stacy Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 22 Popular New Female Artist Stacy Menang
Anugerah Planet Muzik Best New Female Artist Stacy Tercalon
Most Popular Malaysian Artist Stacy Tercalon
Shout! Awards Popstar Award Stacy Menang
JCI The Outstanding Young Persons of Sabah Cultural and Artistic Achievement Stacy Menang
Anugerah Juara Lagu ke-24 Pakai Buang Stacy Tercalon
Most Popular Singer Award Pakai Buang Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 Popular Female Singer Stacy Tercalon
HipTV Awards Cutest Artist Stacy Menang
Anugerah Industri Muzik ke-17 Best Pop Album Aku Stacy Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-25 Jahat Stacy Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Popular Female Singer Stacy Tercalon
DiGi WWWOW Awards Fave Malaysian Female Online Celebrity Stacy Menang
2012 Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Artis Stailo Stacy Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Popular Female Singer Stacy Tercalon
Most Popular Female Artist Online Stacy Menang
Anugerah Industri Muzik ke-19 Best Album Stay-C Tercalon
Best Song Arrangement Kasanova Tercalon
Best Music Video Pelangi Senja Tercalon
Anugerah MACP 2012 Malay song: Highest Performance Category Pakai Buang Menang
2013 Anugerah Juara Lagu ke-27 Pelangi Senja Stacy Tercalon
Shorty Awards (Fifth Annual) Best Singer in Social Media Stacy Tercalon
Best Reality Star in Social Media Stacy Tercalon
Best Music in Social Media Stacy Tercalon
Shout! Awards Music Video Award Stacy feat. KRU Menang
Anugerah Industri Muzik ke-20 Best Pop Song Bosan Tercalon
2014 Anugerah Juara Lagu ke-28 Bosan Stacy Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Popular Female Singer Stacy Menang
Duo Artist/Group Popular Stacy with Akim Menang
2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 Gilalah Stacy Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-21 Best Album #1 Tercalon
Best Album Cover #1 Menang
Anugerah Planet Muzik Best Duo/Group (Berteman Sepi) Stacy feat. Ungu Tercalon
Best Collaboration (Berteman Sepi) Stacy feat. Ungu Tercalon
2016 Anugerah Juara Lagu ke-30 Not For Sale Stacy feat. Altimet Tercalon
Anugerah Pilihan Online Best Female Singer Stacy Tercalon[3]
Anugerah Industri Muzik 22 Best Music Video "Not For Sale" Menang[4]
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Couple Meletop Stacy (bersama Akim) Menang[5]
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Couple Meletop Stacy (bersama Akim) Tercalon[6]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Wanita Popular Stacy Tercalon
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Naib Juara - Cinta (Komposer - Bunga Cantik/Hang Nadim) Stacy (bersama Akim) Menang[7]
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Stacy Tercalon
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta Stacy sebagai Bunga Matahari Menang[8]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/stacy-secara-rasmi-memeluk-islam-71133
  2. ^ Kenneth Chaw (1 July 2016). "Singers Akim and Stacy's first Hari Raya as husband and wife". Star2.com. Dicapai pada 16 March 2017.
  3. ^ "Keputusan penuh pemenang APO2016" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 1 July 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Siti Nurhaliza menang besar, bawa pulang empat trofi AIM 2016". 2016-12-19. Dicapai pada 2017-10-16.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (2017-04-24). "Akim, Stacy wakilkan anak terima anugerah" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 2018-06-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ SYAHIRAH MOKHTAZAR (2018-01-24). "(Showbiz) Fans furious 'Fattzura' not listed in AME 2018's Couple MeleTop category" (dalam bahasa English). Dicapai pada 2018-06-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "7 kali bertanding baru merasa menang AJL". Berita Harian. 9 Mac 2022. Dicapai pada 14 Februari 2024.
  8. ^ "Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4". Kosmo!. 19 Februari 2024. Dicapai pada 19 Februari 2024.
  9. ^ "Stacy terharu, bersyukur terima Anugerah Darjah Kinabalu". Harian Metro. 12 Oktober 2024. Dicapai pada 12 Oktober 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]