Sistem pengendalian
Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian atau sistem operasi ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer secara menyelaras dan mengawal kendalian sumber-sumber ini.[1] Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:
- mengawal dan memperuntukkan ingatan;
- menjadualkan permintaan sistem;
- mengawal peranti input dan peranti output;
- memudahkan perangkaian; dan
- menguruskan sistem fail.
Kebanyakan sistem pengendalian membekalkan atur cara penggunaan yang menawarkan antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 1980-an, ia telah digantikan dengan antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.
Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[2] [3] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.
Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.
Contoh sistem pengendalian
[sunting | sunting sumber]- Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
- Mac OS
- DOS
- Windows
- Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
- BeOS
- OS/2
Pengelasan dan istilah
[sunting | sunting sumber]Sistem pengendalian, secara konsep, boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama:
- Antara muka pengguna
- Sistem utiliti tahap rendah (low-level system utilities)
- Inti/kernel
Antara muka pengguna
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua bentuk antara muka pengguna, iaitu antara muka grafik (GUI) dan antara muka baris perintah (CLI). Antara muka pengguna juga dikenali sebagai cangkerang komputer.
Inti
[sunting | sunting sumber]Inti ialah nadi sistem pengendalian yang berhubung terus kepada perkakasan komputer.
Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen-komponen di atas:
Perkakasan <-> Inti <-> Cangkerang <-> Gunaan
Ideologi di sebalik inti termasuk inti monolitik, mikrokernel, dan eksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows, dan Linux mengguna sistem inti yang monolitik. Sistem yang lebih moden seperti QNX, BeOS, dan Windows NT menggunakan sistem mikrokernel. Komputer Terbenam mengguna sistem eksokernel.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sistem pengendalian |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "sistem pengoperasian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 76. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Linux market share set to surpass Win 98, OS X still ahead of Vista
- ^ Linux server market share keeps growing