[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Separatisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Separatisme politik ialah suatu gerakan yang bertujuan untuk mendapatkan kedaulatan dan memisahkan suatu wilayah atau komuniti manusia, terutamanya dalam negara pelbagai etnik, di mana etnik itu memiliki kesedaran kebangsaannya sendiri yang berbeza dengan dasar negaranya. Istilah "separatisme" biasanya kurang diterima oleh para kumpulan terlibat kerana dianggap kasar, dan memilih istilah yang lebih positif seperti gerakan kedaulatan atau damai referendum.

Gerakan separatisme biasanya bersifat damai. Terdapat pelbagai gerakan separatisme yang damai di Provinsi Quebec, salah satu negeri Kanada, dan gerakan yang damai juga berlaku semasa perpecahan Czekoslovakia dan Kesatuan Soviet. Terdapat juga gerakan tak bersenjata dari Sabah dan Sarawak yang ingin lepas dari Persekutuan Malaysia dengan cara damai.

Selain itu, separatisme juga boleh berasaslan dari balasan tindakan kasar terhadap suatu pengambilalihan tentera/ketenteraan yang berlaku dahulu. Di seluruh dunia, banyak organisasi pengganas yang menyatakan bahawanya separatisme dengan kekerasan ialah satu-satunya cara untuk meraih tujuan mereka mencapai kemerdekaan. Hal ini berlaku dalam organisasi Basque, ETA di Perancis dan Sepanyol, gerakan separatis Sikh di India pada 1980-an, IRA di Ireland, dan Front de Libération du Québec pada era 1960-an. Tindakan mengangkat senjata seperti ini juga boleh menyebabkan perang saudara seperti yang berlaku di Zaire.