Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh
Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram., 98050, Marudi, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berusaha Pasti Berjaya |
Autoriti pendidikan | PPD Baram |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | YBB4343 |
Pengerusi PIBG | Encik Denis Ugak |
Guru besar | Encik Hassan bin Seruji |
Tenaga pengajar | 7 |
Jantina | 7 Lelaki dan 12 Perempuan |
Jumlah penuntut | 19 |
Kelas | 4 |
Lagu | LAGU SEKOLAH: BERUSAHA PASTI BERJAYA
Tersergam indah dan gagah di bumi bertuah Tempat mencari ilmu untuk pedoman bangsa Korus: Pendidik yang dedikasi memberi segala pedoman Menyinari kehidupan di masa hadapan Harum segar namamu, SK Kuala Tutoh Berusaha Pasti Berjaya, itulah cogan kata Ulang Korus |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Alva anak Samjun |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Edward Jaya anak Benang |
Penolong Kanan Kokurikulum | Cik Reveylyezrafera Roselley |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100087506232732 |
Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh atau nama ringkasnya SK Kuala Tutoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram..
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh memiliki 7 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 19 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru termasuk pentadbir sekolah dan 2 orang AKP iaitu seorang Pembantu Tadbir Sekolah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh mula beroperasi pada tahun 1959. Sekolah ini terletak di daerah Baram, sebuah kawasan pedalaman dalam Bahagian Miri, Sarawak. Pekan terdekat ialah Marudi, yang berjarak kira-kira 65 kilometer dari Kampung Kuala Tutoh. Pengangkutan utama untuk keluar dari kampung ini adalah melalui pengangkutan air menggunakan Sungai Baram, sungai keempat terpanjang di Malaysia. Kampung Kuala Tutoh didiami oleh masyarakat Kiput, atau dikenali juga sebagai Lakiput, yang merupakan salah satu sub-etnik Orang Ulu.
Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang berfungsi sebagai blok pentadbiran. Seiring dengan perkembangan dan keperluan pendidikan, sebuah lagi bangunan dibina bersebelahan dengan bangunan asal pada tahun 2014. Bangunan baharu ini menempatkan kelas-kelas Tahun 2 hingga Tahun 5. Dua tahun kemudian, sebuah blok tambahan dibina di hadapan bangunan prasekolah, menjadikan keseluruhan sekolah ini memiliki tiga blok utama. Pada asalnya, blok tambahan ini dirancang untuk menempatkan kelas Tahap Dua, namun ia kini berfungsi sebagai blok pentadbiran. Blok pentadbiran tersebut menempatkan beberapa kemudahan seperti Bilik Guru Besar, Bilik Mesyuarat, Bilik Pembantu Tadbir, dan Bilik Guru.
Beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan kayu asal telah dirobohkan kerana struktur kayunya semakin mereput dan membahayakan. Bangunan bersebelahan yang dahulunya hanya menempatkan kelas-kelas Tahun 2 hingga Tahun 5 kini dijadikan sebagai blok akademik sepenuhnya, yang menempatkan semua bilik darjah. Dengan perobohan blok lama itu, SK Kuala Tutoh kini mempunyai dua blok utama, iaitu blok pentadbiran dan blok akademik, tidak termasuk blok prasekolah yang turut menempatkan perpustakaan sekolah.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram.
- 98050, Marudi
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA