Sansoen Phra Barami
Diraja anthem Thailand Lagu kebangsaan Siam | |
Lirik | Narisara Nuwattiwong, 1913 |
---|---|
Muzik | Pyotr Shchurovsky |
Diguna pakai | 1913 |
Sampel audio | |
Lagu Diraja Thai (Instrumental) |
Sansoen Phra Barami atau Sanrasoen Phra Barami (Bahasa Thai: สรรเสริญพระบารมี , lit: Muliakan keunggulannya) ialah lagu diraja Thailand. Lirik dikarang oleh Putera Narisara Nuwattiwong sekitar 1913 dan diubah suai oleh Raja Rama VI. Lagu digubah oleh seorang penggubah lagu Rusia, Pyotr Shchurovsky.[1]
Phleng Sansoen Phra Barami juga merupakan lagu kebangsaan Siam sehingga 1932 sehingga 1932 yang kemudian diggantikan dengan lagu Phleng Chat. Lagu ini sering dimainkan semasa upacara-upacara kenegaraan dan juga semasa raja atau salah seorang anggota keluarga diraja yang berpangkat tinggi hadir untuk suatu acara. Selain itu, lagu ini dimainkan di pawagam setiap kali sebelum filem dimainkan dan juga sebelum persembahan teater atau konsert. Lagu ini juga dimainkan sebagai permulaan dan penutup siaran di televisyen dan radio.
Pada April 2008, dilaporkan bahawa seorang rakyat Thai menghadapi tuduhan jenayah lèse majesté kerana tidak berdiri semasa lagu ini dimainkan di sebuah pawagam di Bangkok.[1]
Lirik
[sunting | sunting sumber]
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Lirik | Transliterasi Thai |
---|---|
ข้าวรพุทธเจ้า | Kha Wora Phuttha Chao |
เอามโนและศิระกราน | Ao Mano Lae Sira Kran |
นบพระภูมิบาล บุญดิเรก | Nop Phra Phummi Ban Bunya Direk |
เอกบรมจักริน | Ek Boromma Chakkrin |
พระสยามินทร์ | Phra Sayamin |
พระยศยิ่งยง | Phra Yotsa Ying Yong |
เย็นศิระเพราะพระบริบาล | Yen Sira Phro Phra Bori Ban |
ผลพระคุณ ธ รักษา | Phon Phra Khun Tha Raksa |
ปวงประชาเป็นสุขศานต์ | Puang Pracha Pen Sukkha[1] San |
ขอบันดาล | Kho Bandan |
ธ ประสงค์ใด | Tha Prasong Dai |
จงสฤษดิ์ดัง | Chong Sarit Dang |
หวังวรหฤทัย | Wang Wora Haruethai |
ดุจถวายชัย ชโย | Ducha Thawai Chai Chayo |
- Nota
- ↑ Sebelumnya disebut sebagai suk.
Terjemahan
[sunting | sunting sumber]- Kami, hamba Duli yang Maha Mulia
- Meletakkan hati dan kepala di kakinya
- Merafak sembah menjunjung kasih
- Kepada raja agung dari Dinasti Chakri
- Yang berdaulat atas Siam
- Semoga kemuliaanmu berkekalan sepanjang zaman
- Rakyat hidup aman damai kerana pemerintahanmu
- Kami berdoa apa saja yang baginda inginkan
- Akan dikurniakan oleh takdir
- Kami menabikmu, Daulat!
Lirik semasa Perang Dunia Kedua
[sunting | sunting sumber]- ข้าวรพุทธเจ้า เอามโนและศิระกราน
- นบพระภูมิบาล บรมกษัตริย์ไทย
- ขอบันดาล ธ ประสงค์ใด
- จงสิทธิดั่ง หวังวรหฤทัย
- ดุจถวายชัย ชโย
Transliterasi
[sunting | sunting sumber]- Kha Wora Phuttha Chao
- Ao Mano Lae Sira Kran
- Nop Phra Phummiban
- Borom Kasat Thai
- Kho Bandan
- Tha Prasong Dai
- Chong Sit Dang
- Wang Wora Haruethai
- Dutcha Thawai Chai
- Chayo
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nicholas Grossman; Dominic Faulder, penyunting (2011). King Bhumibol Adulyadej – A Life's Work: Thailand's Monarchy in Perspective. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. 359. ISBN 978-981-4260-56-5.