[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Saka haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saka haiwan dalam budaya Melayu, merupakan orang yang mengamalkan ilmu yang mendampingkan diri dengan jin haiwan bagi tujuan melindung diri ataupun mengawal haiwan tersebut. Sebagai contoh, orang yang mengamal saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.

Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.

Keburukan

[sunting | sunting sumber]

Walaupun pengamal dapat mengawal haiwan dengan bantuan jin haiwan itu, terdapatnya beberapa keburukan seperti berikut:

  • Pengamal ilmu sihir adalah dianggap syirik menurut agama Islam.
  • Pengamal sukar mati sekiranya saka tersebut perlu tidak dibuang.
  • Pengamal mungkin diserang sakanya sendiri sekiranya terlanggar pantang.
  • Saka itu mungkin meresap dan menyusahkan keturunan pengamal sekiranya tidak diwarisi dengan betul.

Jenis Saka Haiwan

[sunting | sunting sumber]