[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sailor Moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sailor Moon
Watak Utama Sailor Moon (Anime)
GenreShōjo, mahō shōjo
Manga
Sailormoon
PengarangNaoko Takeuchi
PenerbitKodansha
Anime
Sailor Moon
PengarahJun'ichi Satoh, Kunihiko Ikuhara, Takuya Igarashi
StudioToei Animation
Penyiaran AsalJepunTV Asahi,
Malaysia TV2, ntv7, TA-DAA!
Indonesia RCTI, TPI, TV7, Spacetoon, B-Channel,
Dikeluarkan pada7 Mac 19928 Februari 1997
Siri Muzikal

•Sailor Moon Muzical (Seramyu): 25 persembahan muzikal tentang Sailor Moon yang dilancarkan antara 1993 dan 2005.

Filem

•Bishoujo Senshi Sailor Moon,
•Bishoujo Senshi Sailor Moon Super
•Bishoujo Senshi Sailor Moon Super S Sailor 9 Senshi Shuuketsu! Black-Dream-Hole no Kiseki
•Ami-chan no Hatsukoi (Cerita pendek)

Portal Anime dan Manga

Sailor Moon (美少女戦士セーラームーン, Bishōjo Senshi Sērā Mūn) merupakan tajuk siri terkenal yang asalnya dikarang sebagai manga oleh Naoko Takeuchi yang kemudiannya turut dijadikan anime, teater muzikal, permainan video dan tokusatsu, iaitu aksi hidup.

Cerita ini berkisar tentang kumpulan pelindung yang telah diberikan kehidupan baru setelah kerajaan mereka musnah yang melindungi sistem suria dari kejahatan musnah.

Sailor Moon secara amnya telah mempopularkan konsep sentai iaitu (kumpulan) perempuan yang mempunyai kuasa berbanding anime yang hanya memaparkan seorang perempuan.

Watak protagonis Sailor Moon ialah Usagi Tsukino, yang hidup sebagai gadis sekolah menengah yang biasa hinggalah dia ditemui oleh seekor kucing yang bercakap bernama Luna. Melalui Luna, Usagi mendapati yang dunia akan diserang oleh Kerajaan Gelap yang pernah wujud suatu masa dahulu dan memusnahkan Nusa Bulan. Kuasanya kemudian dibangkitkan untuk mempertahankan Bumi menentang anasir jahat, dan dia dibawa bertemu dengan sekumpulan rakan untuk menyertainya dalam pertarungan kali ini.

Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon, dan semakin cerita berkembang, dia mempelajari yang lebih banyak musuh yang ditentangnya. Lama kelamaan, dia mendapati kebenaran tentang kelahirannya semula, cinta sebenarnya dan kemungkinan bagi masa depan Sistem Suria.

Plot berkisarkan lima cerita utama, setiap satunya dipaparkan dalam kedua-dua manga dan anime, lazimnya dengan nama yang berbeza. Pembahagiannya ialah plot Kerajaan Gelap, plot Black Moon (Sailor Moon R), plot Infiniti (Sailor Moon S), plot Mimpi (Sailor Moon Supers), dan plot Bintang (Sailor Stars). Anime menambah lengkuk cerita kecilan pada pemulaan siri kedua, dan menghabiskan beberapa episod pertama Sailor Stars untuk merangkumkan plot dari siri sebelumnya.

Sebuah sequel rilis, Berjudul Bishōjo Senshi Sailor Moon Crystal tayang di Jepun pada 2014 hingga 2017.

Usagi Tsukino (月野 うさぎ, Tsukino Usagi)
Watak utama dalam siri. Usagi merupakan gadis sekolah yang ceria dan sangat menyayangi semua orang. Dia menjelma menjadi srikandi yang digelar Sailor Moon. Pada permulaan siri, dia digambarkan sebagai perempuan yang kuat menangis, tidak matang, bencikan peperangan, menentang kejahatan dan tidak mahu apa-apa selain menjadi gadis biasa. Lama kelamaan, dia mampu menggunakan kuasa yang ada dan menjaga keamanan. Di dalam Siri pertama, ingatan masa lampaunya dikembalikan, dan dia mendapati dirinya adalah Princess Serenity dari Kerajaan Bulan dan juga di dalam Siri ketiga, dia akhirnya mengetahui bahawa Usagi Kecil adalah anaknya pada abad ke-30. Di dalam Siri Super Sailor Moon, kuasanya meningkat, menjadikan dirinya Super Sailor Moon dan ia ianya berterusan sehingga ke Siri Sailor Star di mana dia akhirnya bergelar Sailor Moon Abadi.
Mamoru Chiba (地場 衛, Chiba Mamoru)
Seorang pelajar yang lebih tua daripada Usagi. Ketika kecil, dia mengalami kemalangan ngeri yang meragut nyawa ibu bapanya serta ingatannya. Ketika dalam siri, dia mempunyai kebolehan prarasa, termasuk mimpi yang mengilhamkannya untuk menyamar sebagai Tuxedo Mask dan berlawan di samping Srikandi Sailor. Selepas perhubungan awal mereka, dia dan Usagi mengingati zaman silam mereka bersama dan jatuh cinta kembali.
Ami Mizuno (水野 亜美, Mizuno Ami)
Seorang pelajar ulat buku yang pendiam di dalam kelas Usagi. Dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, dengan ura-ura mengatakan IQnya mencecah 300,[1] dan mampu bertukar menjadi Sailor Mercury, mempunyai kuasa terhadap semua fasa air. Keghairahan Ami terhadap ilmu pengetahuan dan sikap prihatinnya terhadap orang sekelilingnya ditutupi dengan sifat pemalu beliau. Dia bercita-cita untuk menjadi doktor seperti ibunya dan sering menjadi orang yang praktikal dalam kumpulan. Dalam diam, dia meminati muzik pop dan novel romantik, dan menjadi malu apabila perkara ini diketahui orang.
Rei Hino (火野 レイ, Hino Rei)
Bomoh wanita yang anggun (gadis tokong). Disebabkan pekerjaannya sebagai seorang tokong Shinto, Rei mampu merasa kehadiran dan menghalau kejahatan walaupun dalam bentuk orang biasa. Apabila dia bertukar menjadi Sailor Mars, dia mampu mengawal api. Rei sangat serius dan fokus, tetapi senang terganggu dengan sikap Usagi dan sangat menjaganya. Rei dipaparkan sebagai orang yang tidak meminati bibit romantis dalam manga. Dia menghadiri sekolah Katolik, berlainan dengan yang lain.
Makoto Kino (木野 まこと, Kino Makoto)
Pelajar tomboi yang baru berpindah ke sekolah Usagi. Dia mempunyai badan yang tinggi dan kuat bagi seorang pelajat sekolah Jepun, dan mampu bertukar menjadi Sailor Jupiter Kuasanya termasuklah serangan petir dan mampu mengawal tumbuhan. Kedua-dua ibu bapa Makoto meninggal dunia akibat kapal terbang yang terhempas, dan hal tersebut menyebabkan dia tinggal keseorangan dan menjaga dirinya sendiri. Dia mengembangkan kekuatan fizikalnya disamping minat domestik seperti berkebun, memasak dan menghias rumah. Dia berhasrat untuk berkahwin muda dan memiliki kedai kek dan bunga.
Minako Aino (愛野 美奈子, Aino Minako)
Orang yang kuat berangan-angan ini pernah menjadi Sailor V buat satu tempoh. Dia ditemani oleh kucing yang dipanggil Artemis yang bekerja bersama dengan Luna dalam memimpin Srikandi Sailor. Minako mampu menjelma kepada Sailor Venus, Srikandi Cinta, dan ketua kepada Pelindung Dalaman Sailor Moon. Dia juga berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal dan idola remaja dan menghadiri uji bakat selagi boleh.
Chibiusa, Usagi Kecil (ちびうさ)
Bakal anak perempuan kepada Usagi dan Mamoru, Chibiusa mengembara dari abad ke-30 untuk mencari bantuan menyelamatkan ibu bapanya, dan kemudian berlatih bersama Sailor Moon untuk menjadi perajurit. Dia belajar untuk bertukar menjadi Sailor Chibi Moon. Perhubungannya dengan ibunya dalam abad ke-20 kadang kala mencetuskan pergaduhan, kerana dia menganggap dirinya lebih matang daripada Usagi, tetapi semakin cerita berkembang, hubungan antara mereka semakin rapat. Chibiusa mahu membesar menjadi wanita seperti ibunya.
Setsuna Meioh (冥王 せつな, Meiō Setsuna)
Seorang wanita yang misteri. Dia mula diperkenalkan sebagai Sailor Pluto, Srikandi Penjaga Masa, yang tugasnya adalah melindungi Pintu Ruang-Masa dari pengunjung yang tidak berkeizinan. Kemudian, dia muncul di Bumi sebagai seorang pelajar kolej. Dia mempunyai personaliti yang tegas tetapi juga mesra dan membantu Perajurit Sailor selagi mampu. Ketika menjaga pintu masa, dia turut merasai kesunyian lalu melembutkan hatinya untuk berkawan dengan Chibiusa.
Michiru Kaioh (海王 みちる, Kaiō Michiru)
Seorang pakar violin yang mempunyi sedikit prarasa. Dia setahun lebih tua dari kebanyakan Srikandi Sailor dan mampu bertukar menjadi Sailor Neptune, yang mampu mengawal kuasa lautan. Dia bekerja bersendirian sebelum bertemu dan jatuh cinta pada rakan hidupnya, Sailor Uranus. Michiru merupakan seorang yang anggun dan baik paras rupa dan dikenali kerana hasil kerja muzik dan lukisannya, tetapi menghentikan cita-citanya itu untuk kehidupan sebagai seorang srikandi. Dia menyerahkan masa sepenuhnya untuk tugasan in dan sedia untuk berkorban kerananya.
Haruka Tenoh (天王 はるか, Ten'ō Haruka)
Gadis maskulin yang kelihatan seperti lelaki secara semula jadi dan menjelma menjadi Sailor Uranus, Srikandi Penjaga Langit. Sebelum menjadi Srikandi Sailor, dia mengimpikan untuk menjadi pelumba dan dia sememangnya berbakat dalam pemanduan kereta. Dia sering berpakaian lelaki. Dia sungguh ramah dan mesra hingga hampir semua tertarik kepadnya. Apabila bertarung dengan musuh, dia tidak mempercayai bantuan luar dan lebih cenderunguntuk bekerja sendirian bersama Sailor Neptune dan, kemudian, Pluto dan Saturn.
Hotaru Tomoe (土萠 ほたる, Tomoe Hotaru)
Gadis muda yang manis dan sunyi. Anak perempuan kepada seorang saintis gila yang telah dirasuk kuasa jahat, dia menjadi sakit dan lemah selepas kemalangan di makmal ketika kecil. Selepas mengatasi kegelapan yang menyelubungi keluarganya, dia mampu menjadi Srikandi Keheningan, Sailor Saturn. Dia memiliki kuasa pemusnah yang sungguh kuat hinggakan dia jarang sekali menggunakan kuasanya. Sifat srikandinya berbeza daripada sifat normalnya. Dia sering murung, dan sebagai manusia, dia mempunyai kuasa yang mampu menyembuhkan orang lain.
  1. ^ Takeuchi, Naoko (July 6, 1992 — September 5, 1996). "Act 2". Bishōjo Senshi Sailor Moon Volume 1. Kodansha. ISBN 4-06-178721-7. Check date values in: |date= (bantuan)