[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nadia Brian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadia Brian
ناديا بريان
Kelahiran
Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi

(1991-05-30) 30 Mei 1991 (umur 33)
PendidikanDiploma Seni Teater
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini
PasanganMuizz Nasruddin (k. 2019; c. 2021)

Nadia Najwa Mohamed Rashidi (Jawi: ناديا بريان ; lahir 30 Mei 1991)[a] atau lebih dikenali sebagai Nadia Brian merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis kepada pasangan Mohamed Rashidi dan Cassandra Husmarita Hussein. Beliau dibesarkan di Kelantan serta mempunyai darah campuran Melayu dan Australia di sebelah ibunya kerana datuknya merupakan warganegara Australia yang bernama Brian Goldring Abdullah.[1] Nadia mempunyai kelulusan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

Nama Brian yang digunakan oleh Nadia untuk nama komersial beliau telah lama digunakan dalam keluarga dan rakan-rakan beliau sejak kecil lagi. Beliau juga menggunakan nama ini sewaktu Nadia menceburi bidang peragaan dan melangkah masuk ke bidang lakonan. Nama Brian yang digunakan juga diambil daripada nama datuk kepada ibu beliau iaitu Brian Goldring Abdullah sebagai tanda penghargaan Nadia kepada datuk beliau.[2]

Kehadiran Nadia dalam bidang lakonan mula dikenali selepas membintangi drama Akulah Balqis (2015) sebagai peneraju utama dalam drama tersebut bersama Puteri Balqis. Beliau memegang watak sebagai Milda dan digandingkan dengan Nazim Othman, Aeril Zafrel, dan Nabila Huda. Ini kemudian diikuti oleh drama Sweetie Nanie (2016) lakonan bersama Aidit Noh.

Nadia muncul dalam drama Sape Dari Itali arahan Hazali Ramli terbitan Bright Network yang bersiaran pada 23 Mac 2017 di TV2. Drama yang disiarkan dalam slot Selekta Prima ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 9.00 malam. Drama ini juga dibintangi oleh Syafie Naswip, Geoff Andre Feyaerts, Beego dan pelakon lain.[3]

Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Cik Serba Tahu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd sebagai pelakon pembantu, ditayangkan pada Mac 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD serta dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Beliau memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur dalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda (2020) arahan Bade Hj. Azmi.[4] Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.[5]

Pada tahun 2024, beliau berlakon bersama barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Adi Putra dan Sarimah Ibrahim dalam drama Lelaki Itu yang disiarkan di slot Samarinda TV3 dengan memegang watak sebagai Baiyinah.[6][7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019,[8] pasangan ini bercerai pada April 2021.[9]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Badang Puteri Bunian Filem pertama
Blok 404 Intan
2019 Bu, Kasih Suci Norimah
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Siti
Syif Malam Raya Halimah
2021 Rumah Madu Ku Berhantu Alia
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Elly
TBA Duyung: Legenda Aurora Yaya Cumi Sindiket
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Akulah Balqis Milda TV3 Drama pertama
2016 Rumi & Jawi Maya Astro Prima
Kifarah Mistik Wawa TV3 Episod: "Nifaq"
Sweetie Nanie Nanie Nadira
2017 Sape Dari Itali Lisandra TV2
Cik Serba Tahu Fazlin Astro Ria
Mak Cun (Musim 3) Puteri TV3
My Sweet Lavender Sara TV9
Dendam Aurora Dr. Kamelia Astro Prima
Dia Fatimah (muda) TV3
Dekatkan Jarak Kita Della
2018 Teratai Kemboja Laila TV3
Nafas Alya NTV7
Shah & Zam Mila TV3
Mocha Kau Bahagia 2 Bibah Harun Penampilan khas
Rahasia Kasih Alina NTV7
Aku Cinta Dia Sarina TV3
2019 Cinta Tanpa Henti Zakiah
Lelakimu Yang Dulu Zana
Iktibar Khaisara Episod: "Maafkan Ibu Anakku"
2020 Titian Takdir Latifah
Leon Zalika Dayana TV Okey
2021 Aku Yang Kau Gelar Isteri Raihani TV3
Rudy Vs Jolie Jolie TV Okey
Scammer Tania Astro Ria Penampilan khas
Malaysian Ghost Stories Seroja Episod: “Penunggu Pohon Beringin”
Helena Episod: “Kellie’s Castle”
Kila Episod: “Bidan Nek Nah”
2022 Kuasa Delilah Astro Citra
Suri Hati Laila TV3
Chinta Arjuna Julia Penampilan khas
2023 B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Agent K Astro Ria
Gamers Mangkuk Aleya Astro Premier Pelakon undangan
2024 Lelaki Itu Sharifah Bainah TV3

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 My Stolen First Kiss Raihana Tonton Drama pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Lamar Fara TV3
2017 Sayang Achu Ketat-Ketat Auliyah Insyirah Hypp Sensasi
2018 Super Menantu Qeyra Lyana NTV7
Haluan Wati TV2
2019 Cinta Paling Indah Latifah
Benua Sofea
2021 Epilog : Aku Yang Kau Gelar Isteri Raihani TV3
2022 Istikharahku Dya
Dari Hatiku Ke Hatimu
Bini-Bini Lockdown Tini
Air Mata Zulaikha Zubaidah TV9
2023 Hello Suri Tini TV3
Tahun Tajuk Watak
2015 Bawang Putih, Bawang Merah[10] Melur
2016 Bikers Kental Inspektor Nora Zain
Mok Cun Diwalei[11][12] Julie

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Senang Terhibur Artis Jemputan TV3 Episod 13

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Skrin ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Blok 404 Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Bu, Kasih Suci Top 5
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Scha Al-Yahya yang lapan tahun lebih tua daripadanya.
  1. ^ "Biodata Nadia Brian, Pelakon Cantik Kacukan Melayu-Australia". Azhan.co. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Mac 2017.
  2. ^ "Kisah di sebalik nama Nadia Brian". Agenda Daily. 6 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2017. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  3. ^ "Gambar mesra dengan Nadia Brian hanya untuk promosi drama - Syafie Naswip". mStar Online. 30 April 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  4. ^ Ramlah Zainal (24 November 2018). "Bergelut dengan ular sawa". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2019.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Mac 2018). "Ratu Kala Jengking belajar silat". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (8 Mei 2024). "Nadia Brian tak 'cerewet'". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2024.
  7. ^ Ramlah Zainal (28 Mei 2024). "Impak watak Baiyinah". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2024.
  8. ^ Zaidi Mohamad (9 November 2019). "Nadia Brian bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  9. ^ Nur Emira Saizali (14 Disember 2020). "Suami Nadia Brian failkan perceraian". Kosmo!. Dicapai pada 1 April 2021.
  10. ^ Marina Sahabudin (30 Disember 2015). "Aura Nadia Brian". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2017. Dicapai pada 2 Mac 2017.
  11. ^ Teater Mak Cun D'Walei Tampil Pelakon Kacak Pakistan Youth Bernama. Dicapai pada 12 Mac 2017.
  12. ^ Wanda Idris (27 November 2016). "Curi tumpuan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mac 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]