[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nadeera Zaini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadeera Zaini
Nama lahirFarah Nadeera binti Zaini
Kelahiran (1993-09-18) 18 September 1993 (umur 31)
Mersing, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
  • Afrozapin Network
  • MAP Music
Pengkarya berkait

Farah Nadeera Zaini (lahir 18 September 1993) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Bakat nyanyiannya mula dikenali setelah beliau menyertai Vokal... Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014 sebagai protege kepada Zainal Abidin. Beliau melancarkan single pertamanya, "Hasrat Hati" pada 2015.[3][4]

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Nadeera memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai Vokal musim kedua pada 2012.[5] Beliau berjaya melepasi peringkat saringan dan terpilih menjadi diantara 11 peserta program realiti tersebut. Meskipun sering berada dikedudukan selesa setiap minggu, namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir.[6] Kegagalan tersebut tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk bergelar anak seni.

Pada tahun 2014, sekali lagi beliau mencuba nasib dengan menyertai Mentor Legend. Pada konsert pengenalan, beliau telah terpilih menjadi protege kepada Zainal Abidin, sekaligus menewaskan Wada, iaitu salah seorang lagi calon protege kepada Zainal Abidin. Namun, kali ini rezeki tetap tidak menyebelahinya sekali lagi apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir kedua. Dua kali mengalami kegagalan dalam program realiti tidak sedikitpun memadamkan semangatnya untuk menjadi seorang penyanyi.[7] Selepas tamat Mentor Legend, Nadeera melancarkan single pertamanya bertajuk "Hasrat Hati" hasil nukilan Amirah Ali dan Sulu Sarawak.[8][9]

Bahkan beliau menggunakan pengalaman yang ada untuk lebih berusaha menaikkan namanya sebagai penyanyi baru ketika itu. Ternyata usahanya berhasil apabila pada tahun 2020 beliau dilamar oleh syarikat rakaman, MAP Music dan menandatangani kontrak bersama mereka, seterusnya muncul dengan single pertamanya bersama label itu, "Nyawa".[10] Dikeluarkan pada 21 Februari 2020, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh lima tahun sejak "Hasrat Hati".[11]

Pada November 2020, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua yang mana beliau berpasangan dengan Khareez Kasbullah. Rezeki berpihak kepada Nadeera apabila beliau dan pasangannya dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.[12][13][14]

Pada 1 Oktober 2021, beliau melancarkan single keempatnya, "Panah".[15]

Pada tahun 2023, Nadeera menjadi salah seorang peserta Big Stage musim kelima.[16] Beliau dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 68.39 peratus sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.[17]

Vokal (musim 2)

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Vokal:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Konsert 1 "Teruskanlah" Agnes Monica SELAMAT
Konsert 5 "Fantasia Bulan Madu" Search SELAMAT
Konsert 7 "Pelangi Senja" Stacy SELAMAT
Konsert 9 "Dedebu Cinta" Misha Omar TERSINGKIR

Mentor Legend

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Mentor Legend:

Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Jar of The Heart" Christina Perri SELAMAT
Minggu 2 Battle 1 "Karena Ku Sanggup" Agnez Mo SELAMAT
"Don't Stop Believing" (duet bersama Zainal Abidin) Journey SELAMAT
Battle 2 "Isn't She Lovely" Stevie Wonder SELAMAT
"Khayalan" (duet bersama Tuah) Black Dog Bone SELAMAT
Battle 3 "Rapuh" Agnez Mo SELAMAT
"Aku Dan Dirimu" (duet bersama Hafiz Suip) Ari Lasso & Bunga Citra Lestari SELAMAT
Minggu 3 Separuh Akhir 1 Medley:
"Sempurna"
"Bring Me To Life"
Andra and the BackBone
Evanescence
SELAMAT
Separuh Akhir 2 Medley:
"Fatwa Pujangga"
"Wrecking Ball"
Eddy Silitongga
Miley Cyrus
TERSINGKIR

Big Stage (musim 5)

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Big Stage 5:

Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Menifesto "Karena Ku Sanggup" Agnez Mo Ke-7
Minggu 2 Flex Your Beat "Levitating" Dua Lipa Pertama
Minggu 3 Asmaraloka "Rahmatun Lil' Alameen" Maher Zain Ke-3
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Bunga-Bunga Cinta" Misha Omar Ke-4
Minggu 5 High School Crush "Engkau Bagaikan Permata" Siti Nurhaliza Ke-4
Minggu 6 Wo-Wa What's Next "Hati Kama" Siti Nurhaliza & Noraniza Idris Ke-3
Minggu 7 Selebriti Memilih "Kembali Tenang" (dipilih oleh Datuk Syafinaz Selamat) Marsha Milan Londoh Pertama
Minggu 8 (Suku Akhir) Juri Pulak Memilih "Problem" Ariana Grande & Iggy Azalea Pertama
Minggu 9 (Separuh Akhir) BBNU Pun Nak Pilih Jugak "Aku Cinta" (duet bersama Khai Bahar) Syamel & Ernie Zakri Pertama
Minggu 10 (Akhir) Ultimatum & Battle Mashup "Never Enough" Lorren Alred JUARA
"Gundah & Semalam" (battle Waode) Ernie Zakri & Aina Abdul

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Farah Nadeera dilahirkan dan dibesarkan di Mersing, Johor dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Selepas tamat Mentor Legend, beliau pernah tinggal bersama mentornya, Zainal Abidin selama dua tahun.[9]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Single
Tajuk Tahun
"Hasrat Hati" 2015
"Nyawa" 2020
"Duka" (duet bersama Dany Seth)
"Panah" 2021
"Dia Penggantimu" 2023
"Emas" 2023
"Boneka Tanpa Hati" 2023
"Udara" (OST Framed) 2024
"Bukan Lagi Kita" 2024

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Vokal (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta TV3
2014 Mentor Legend
2020 Lagu Cinta Kita
2022 All Together Now Malaysia Astro Ria
2023 Big Stage 5
  1. ^ Aini Mawawi (6 Mac 2020). "Nadeera mahu berdiri atas bakat sendiri". Wilayahku. Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^ "Cerita perjalanan seni Nadeera". Utusan Malaysia. 1 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2015. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. ^ "Hasrat hati Nadeera". Kosmo!. 8 Jun 2015. Dicapai pada 18 April 2020.
  4. ^ Mardhiah Munir dan Amira Syazwani Isahak (6 Mei 2015). "'Hasrat Hati' single terbaru Nadeera". Youth Bernama. BERNAMA. Dicapai pada 17 April 2020.
  5. ^ "Vokal: 16 peserta mara ke ujibakat di sebalik tabir". mStar Online. 27 Oktober 2012. Dicapai pada 18 April 2020.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (20 Disember 2012). "Uchop dan Mar ke final "Vokal Bukan Sekadar Rupa"". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2020.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Julai 2015). "Nadeera mula dapat perhatian". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2020.
  8. ^ Michelle Gun (27 April 2015). "Langkah Nadeera". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2020.
  9. ^ a b Ardini Sophia Sina (19 April 2015). "Sibuk rancang buat single". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2020.
  10. ^ Kamaruddin Razal (25 Februari 2020). "Single 'Nyawa' taruhan terbaru Nadeera Zaini". Astro Gempak. Dicapai pada 17 April 2020.
  11. ^ "Nadeera harap single pertama diterima peminat". MH Online. 26 Februari 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  12. ^ Attiqah Mohd (4 Januari 2021). "Khareez dan Nadeera muncul sebagai juara Lagu Cinta Kita 2". XTRA. Dicapai pada 18 April 2021.
  13. ^ Farihad Shalla Mahmud (4 Januari 2021). "Khareez, Nadeera juara LCK2". Berita Harian. Dicapai pada 18 April 2021.
  14. ^ Farihad Shalla Mahmud (5 Januari 2021). "LCK2 satukan hati Khareez, Nadeera". Berita Harian. Dicapai pada 18 April 2021.
  15. ^ Mohammad Shahemy Azmi (22 Oktober 2021). "Nadeera Zaini terus mara jual bakat". Kosmo!. Dicapai pada 3 Mei 2022.
  16. ^ Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (3 Mei 2023). "Nadeera masuk Big Stage 5 demi populariti". Kosmo!. Dicapai pada 13 Julai 2023.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Julai 2023). "Nadeera Zaini juara Big Stage 5". Harian Metro. Dicapai pada 13 Julai 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]