[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nowadays

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NOWADAYS
Nowadays semasa di wadah penampilan sulung mereka di Blue Square Mastercard Hall, Seoul
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
나우어데이즈
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Penampilan sulung
2 April 2024
melalui karya album single NOWADAYS
Tahun aktif2024 (2024)–sekarang
Syarikat pengurusan
Cube
Laman sesawang
www.cubeent.co.kr/nowadays
Facebook: CUBE.NOWADAYS Twitter: CUBE_NOWADAYS Instagram: cube_nowadays Youtube: UCFD41EQGXbR5JCRsvNTb9lw TikTok: CUBE_NOWADAYS Spotify: 1iZwr6w3TWPNezX8yCtRBg Apple Music: 1738393714 Musicbrainz: 982b6eb6-733b-4545-a0bf-64de42e65773 Sunting ini di Wikidata
Ahli
  • Hyeonbin
  • Yoon
  • Yeonwoo
  • Jinhyuk
  • Siyun

Nowadays (Hangul나우어데이즈; RRNaueodeijeu; MRNauŏdeijŭ; dieja dengan semua huruf besar) ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Cube Entertainment pada tahun 2023. Terdiri daripada lima orang anggota, kumpulan muzik ini membuat penampilan sulung mereka pada 2 April 2024 dengan album single pertama mereka Nowadays.

Nama kumpulan muzik Nowadays mengandungi aspirasi yang kuat untuk membuat orang ramai dan peminat ingin tahu tentang "Now" dan ia adalah cita-cita yang berani untuk memberikan kenangan istimewa untuk "Days" kumpulan itu, mencipta bersama pada masa hadapan.[1]

2019–2023: Prapenampilan sulung dan pembentukan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2019, Hyeonbin mengambil bahagian dalam siri rancangan realiti kendalian Mnet Produce X 101, di mana beliau tersingkir pada episod 11 dan berada di kedudukan ke-30 secara keseluruhan.[2][3]

Pada 30 Oktober 2023, Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan kumpulan lelaki baharu yang terdiri daripada lima orang anggota pada suku pertama tahun 2024.[4] Pada 9 November 2023, telah disahkan bahawa Hyeonbin akan debut dalam kumpulan lelaki baharu Cube itu.[5]

2024–kini: Persediaan dan penampilan sulung

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mac, Cube secara rasmi memperkenalkan Nowadays dan membuka akaun media sosial mereka.[6] Sebuah video juga telah dikeluarkan termasuklah perkataan "Now, A," "Days," "Curious," "Dreamy" dan "Youthful", yang membayangkan konsep dan tema kumpulan itu.[7] Pada 7 Mac, kesemua anggota kumpulan yang terdiri daripada lima orang diperkenalkan secara rasmi kepada awam.[8] Pada 13 Mac, Nowadays melancarkan gerakan logo untuk album single eponim mereka, [9] dan pada 19 Mac Nowadays mengeluarkan video persembahan untuk lagu mereka, "Now" yang kemudiannya akan disertakan di dalam album single.[10]

Pada 2 April, Nowadays secara rasminya membuat penampilan sulung dengan album single itu dan single utamanya "OoWee" bersama-sama dengan video muzik.[11] Mereka juga mengadakan sidang akhbar dan wadah peminat di Blue Square Mastercard Hall di kejiranan Hannam, daerah Yongsan, Seoul, masing-masing pada petang dan malam hari yang sama.[12][13]

Pada 11 Julai, Nowadays mengumumkan di akaun media sosial bahawa mereka akan melancarkan "Rainy day (비가 오는 날엔 (2024 Remake ver.))", single digital buatan semula daripada lagu oleh kumpulan Beast pada 16 Julai. Anggota Hui daripada kumpulan muzik Pentagon mengambil bahagian dalam penghasilan keseluruhan lagu termasuk menulis seni kata dan mengarang lagu.[14]

Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Hyeonbin Kim Hyeon-bin
(김현빈 · 金炫彬)
  • Tarikh lahir: (2002-08-31) 31 Ogos 2002 (umur 22)
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan: Ketua kumpulan, penyanyi vokal dan rap
Yoon Lee Yoon
(이윤 · 李潤)
  • Tarikh lahir: (2003-08-27) 27 Ogos 2003 (umur 21)
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan: Penyanyi vokal
Yeonwoo Jeong Yeon-woo
(정연우 · 鄭然宇)
  • Tarikh lahir: (2003-09-23) 23 September 2003 (umur 20)
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan: Penyanyi vokal
Jinhyuk Jang Jin-hyuk
(장진혁 · 張振赫)
  • Tarikh lahir: (2004-05-21) 21 Mei 2004 (umur 20)
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan: Penyanyi rap
Siyun Kim Si-yun
(김시윤 · 金詩潤)
  • Tarikh lahir: (2004-08-24) 24 Ogos 2004 (umur 20)
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan: Penyanyi rap

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album single

[sunting | sunting sumber]
Senarai album single, menunjukkan butiran terpilih, kedudukan carta terpilih dan jualan
Tajuk Butiran Kedudukan tertinggi carta Jualan
Korea Selatan KOR
[15]
Nowadays
Senarai runut
  1. "NOW" (Sekarang)
  2. "OoWee"
  3. "TICKET" (Tiket)
10
Nowhere
  • Dikeluarkan: 27 Ogos 2024
  • Syarikat: Cube Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
Senarai runut
  1. "Why Not?" (Kenapa Tidak?)
  2. "Heart vs Head" (Jantung lwn Kepala)
  3. "걔 말고 너" (Bukan Dia, Awak)
6
Senarai single, menunjukkan tahun pelancaran, kedudukan carta terpilih dan nama album
Runut Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
Korea Selatan KOR
(Muat turun)

[18]
"OoWee" 2024 154 Nowadays
"Rainy day (비가 오는 날엔 (2024 Remake ver.))" 138 Single bukan album
"Why Not?" 90 Nowhere
  1. ^ Han, Hae-sun (2 April 2024). "'큐브 신인' 나우어데이즈 "그룹명 뜻? 일상에 특별한 추억+위로 주고 싶다는 뜻"" ['Pendatang Baharu Cube' Nowadays "Makna nama kumpulan? Maksudnya ingin memberikan kenangan istimewa + keselesaan dalam kehidupan seharian."] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  2. ^ Lee, Jung-beom (2 Mei 2019). "'프로듀스 X 101'(프듀 시즌4), 제작진이 꼽은 관전포인트 세 가지는?" ['Produce X 101' (Produce Musim 4), tiga sorotan yang dipilih oleh pasukan penerbitan?] (dalam bahasa Korea). Top Star News. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Nate.
  3. ^ Park, So-young (19 Julai 2019). "이진우·이협에 최수환·김국헌까지..'프듀X101' 탈락자들 작별인사 모음집 [종합]" [Daripada Lee Jin-woo dan Lee Hyeop hingga Choi Soo-hwan dan Kim Kook-heon..himpunan pesanan perpisahan daripada mereka yang tersingkir daripada 'Produce 101' [Umum]] (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  4. ^ Kim, Jin-seok (30 Oktober 2023). "[단독]큐브, 8년만에 보이그룹 론칭... 나우어데이즈(가칭)" [[Eksklusif] Cube melancarkan kumpulan lelaki selepas 8 tahun... Nowadays (nama tentatif)] (dalam bahasa Korea). JTBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2023. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  5. ^ Jang, Jin-ri (9 November 2023). "[단독]'프로듀스X101' 김현빈, 큐브 새 보이그룹 멤버로 정식 데뷔" [[Eksklusif] 'Produce X 101' Kim Hyeon-bin secara rasmi debut sebagai salah seorang anggota kumpulan lelaki baharu Cube] (dalam bahasa Korea). SPOTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  6. ^ Ji, Seung-hun (4 Mac 2024). "큐브엔터, 8년만 새 보이그룹 론칭...그룹명 '나우어데이즈'" [Cube Ent. melancarkan kumpulan lelaki baharu setelah 8 tahun...Nama kumpulan 'Nowadays'] (dalam bahasa Korea). Akhbar Perniagaan Maeil. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  7. ^ Yoon, So-yeon (4 Mac 2024). "Cube Entertainment teases debut of boy band Nowadays". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024.
  8. ^ Kim, Soo-jin (7 Mac 2024). "'큐브 신예' NOWADAYS(나우어데이즈), 멤버별 개인 포스터 첫 공개 '美친 비주얼" ['Pendatang baharu Cube' NOWADAYS, poster individu bagi setiap anggota, 'visual mesra astetik'] (dalam bahasa Korea). Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  9. ^ Park, Kyul (13 Mac 2024). "'큐브 신예' 나우어데이즈, 데뷔 앨범 로고 모션 공개" ['Pendatang baharu Cube' Nowadays mendedahkan gerakan logo album debut] (dalam bahasa Korea). Newsis. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  10. ^ Lee, Min-ji (19 Mac 2024). "'큐브 신인' 나우어데이즈, 강렬한 퍼포먼스 비디오 오픈" ['Pendatang baharu Cube' Nowadays, video persembahan berkuasa dilancarkan] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  11. ^ Lee, Ha-na (2 April 2024). ""어디든 GO" 큐브 신인 나우어데이즈, 괴물신인 향한 첫걸음 'OoWee'[들어보고서]" ["PERGI ke mana sahaja" Pendatang baharu Cube Nowadays, langkah pertama menuju pendatang baharu raksasa 'OoWee' [Laporan pendengaran]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  12. ^ Myung, Hee-sook (2 April 2024). "ko:'프듀' 현빈, 5년 만에 데뷔...나우어데이즈 이끌 리더로 '우뚝' (엑's 현장)[종합]" ['Produce' Hyeonbin debut selepas 5 tahun...'Berdiri tinggi' sebagai ketua Nowadays (Ex's di lapangan) [Umum]] (dalam bahasa Korea). Xports News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  13. ^ Geum, Bit-na (3 April 2024). "'괴물 신인' 나우어데이즈, 데뷔 첫 쇼케이스 마무리...팬들과 함께 만든 첫 추억의 페이지" ['Pendatang baharu raksasa' Nowadays menamatkan wadah pertama mereka selepas debut...Halaman kenangan pertama tercipta bersama peminat] (dalam bahasa Korea). MK Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024 – melalui Naver.
  14. ^ Park, Soo-in (13 Julai 2024). "큐브 신인 나우어데이즈X펜타곤 후이, 비스트 '비가 오는 날엔' 리메이크" [Pendatang baharu Nowadays X Hui daripada Pentagon, membuat semula lagu 'Pada Hari Hujan' oleh Beast] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada 15 Julai 2024 – melalui Naver.
  15. ^ Kedudukan tertinggi di Carta Album Circle:
  16. ^ Jualan Terkumpul bagi Nowadays:
  17. ^ Jualan Terkumpul bagi Nowhere:
  18. ^ Kedudukan tertinggi di Carta Muat Turun:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]