[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

NSYNC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NSYNC
Berasal dariOrlando, Florida, Amerika Syarikat
Genre
Tahun aktif1996–2002[2]
Syarikat rakaman
Laman sesawang
nsync.com
Bekas ahli

NSYNC (/ɛnˈsɪŋk/, /ɪn-/; juga digayakan sebagai *NSYNC atau 'N Sync)[3] ialah kumpulan boy band Amerika Syarikat dari Orlando, Florida, yang ditubuhkan pada 1996[2] dan dilancarkan di Jerman oleh BMG Ariola Munich.[4] NSYNC dianggotai oleh Justin Timberlake, JC Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone, dan Lance Bass. Selepas perselisihan faham dan pertikaian antara bekas pengurus mereka Lou Pearlman dan bekas syarikat rakaman lama mereka Bertelsmann Music Group menjadi bahan bualan, album kedua kumpulan ini, No Strings Attached (2000), terjual sebanyak 1 juta salinan dalam masa dua hari dan 2.42 juta salinan dalam seminggu, yang merupakan rekod selama 15 tahun. Antara lagu-lagu kumpulan ini, "I Want You Back", "Bye Bye Bye", "This I Promise You", "Girlfriend", "Pop" dan "It's Gonna Be Me" menduduki 10 teratas dalam beberapa carta muzik antarabangsa, dengan yang terakhir menjadi nombor satu di US Billboard Hot 100. Selain menjadi hos pencalonan Anugerah Grammy, NSYNC telah beraksi di World Series, Super Bowl dan Sukan Olimpik, dan menyanyikan atau merakamkan bersama Elton John, Stevie Wonder, Michael Jackson, Janet Jackson, Britney Spears, Phil Collins, Celine Dion, Aerosmith, Nelly, Left Eye, Mary J. Blige, superkumpulan muzik negara Alabama, dan Gloria Estefan.

Biarpun NSYNC mengumumkan telah berehat pada 2002, kumpulan ini tidak merakamkan album baru sejak itu. Pada tahun 2007, Lance Bass mengesahkan kumpulan ini "telah berpecah".[5] Kumpulan ini telah melengkapkan lima konsert jelajah seluruh negara dan telah menjual antara 50 dan 70 juta rekod, menjadi kumpulan boy band terlaris kelima dalam sejarah.[6][7] Rolling Stone mengiktiraf kejayaan segera mereka sebagai salah satu daripada Top 25 Teen Idol Breakout Moments sepanjang zaman.[8] Justin Timberlake menjadi salah seorang artis muzik terlaris di dunia, dengan lebih daripada 56 juta rekod yang dijual sepanjang kerjaya solonya.[9]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Utama

Undangan

  1. ^ https://www.billboard.com/music/n-sync/chart-history/hot-r-and-b-hip-hop-airplay
  2. ^ a b Andrea Leahey. "NSYNC". Dicapai pada October 9, 2019.
  3. ^ Gray, Tyler (September 3, 2016). "The Boy Bands' Most Wanted". Billboard: 20.
  4. ^ "Allmusic: *NSYNC (overview)". AllMusic. Dicapai pada June 3, 2018.
  5. ^ Abbott, Jim (October 23, 2007). "Lance Bass book comes out". Orlando Sentinel.
  6. ^ Newman, Melinda (November 14, 2017). "*NSYNC And Epic Rights Join Together For Merchandise Line to Celebrate Band's 20th Anniversary: Exclusive". Billboard. Dicapai pada March 9, 2018.
  7. ^ Ryzik, Melena (October 1, 2007). "A Boy-Band Grad's Next Act". The New York Times.
  8. ^ "The Top 25 Teen Idol Breakout Moments – NSYNC". Rolling Stone. Dicapai pada December 15, 2014.
  9. ^ Murgue, Hermance (February 4, 2018). "Super Bowl 2018: depuis le "nipplegate", les mille et unes vies de Justin Timberlake". L'Express. Dicapai pada February 6, 2018.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]