[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Musala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musala (Arab: Musolla) adalah tempat atau rumah kecil yang digunakan bagi menunaikan solat dan digunakan sebagai tempat mengaji Al-Quran dan solat bagi Umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Surau atau langgar.

Sungguhpun ia digunakan sebagai tempat bersolat, menyerupai Masjid, namun ada beberapa hal yang membezakannya dengan Masjid, iaitu:

  • Tidak boleh digunakan untuk mendirikan Solat Jumaat
  • Tidak boleh digunakan untuk iktikaf
  • Kadangkala musolla adalah milik peribadi seseorang
  • Umumnya berukuran lebih kecil dari pada Masjid

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]