Muhammad Yunus
Muhammad Yunus | |
---|---|
মুহাম্মদ ইউনূস | |
Ketua Pemerintah Sementara Bangladesh | |
Menyandang jawatan 8 Ogos 2024 | |
Presiden | Mohammed Shahabuddin |
Didahului oleh | Sheikh Hasina (sebagai Perdana Menteri Bangladesh) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hathazari, Benggala, British India | 28 Jun 1940
Kewarganegaraan | Bangladesh |
Pasangan | Vera Forostenko (k. 1970; c. 1979) Afrozi Yunus (k. 1983) |
Anak | Monica Yunus Deena Afroz Yunus |
Tempat belajar |
|
Anugerah awam |
|
Tandatangan | |
Laman web | muhammadyunus |
Muhammad Yunus | |
---|---|
Latar belakang akademik | |
Sekolah tradisi |
|
Karya akademik | |
Disiplin | Ekonomi |
Institusi |
|
Karya terkenal |
|
Muhammad Yunus (Benggali: মুহাম্মদ ইউনূস , lahir 28 Jun 1940; umur 84 tahun) ialah seorang usahawan, pegawai bank, ahli ekonomi dan pemimpin masyarakat Bangladesh. Beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 2006 di atas pengasasan Bank Grameen dan mempelopori konsep mikrokredit dan mikrokewangan.[2] Beliau menerima beberapa lagi penghargaan negara dan antarabangsa. Beliau menerima Biasiswa Fulbright daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),[3] kemudian menerima Pingat Kebebasan Presiden AS pada 2009, dan Pingat Emas Kongres A.S. pada 2010.[4] Pada 2020, beliau juga menerima penghargaan daripada daripada Pembiayaan Negara untuk Demokrasi (NED).[5]
Pada 2012, beliau menjadi Canselor Universiti Kaledonia Glasgow di Scotland. Beliau menjawat sehingga 2018.[6][7] Sebelum itu, beliau merupakan profesor ekonomi di Universiti Chittagong di Bangladesh.[8] Beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kerja-kerja kewangannya. Beliau ialah anggota lembaga pengasas Grameen America dan Yayasan Grameen, yang menyokong mikrokredit.[9]
Muhammad Yunus juga berkhidmat di lembaga pengarah Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan kebajikan awam untuk menyokong perjuangan PBB, dari 1998 hingga 2021.[10]
Pada 2024, selepas peletakan jawatan Sheikh Hasina, beliau dinamakan untuk dilantik sebagai ketua Kerajaan Peralihan Bangladesh.[11][12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "List of Independence Awardees". Cabinet Division, Government of People's Republic of Bangladesh (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 29 November 2012.
- ^ "The Nobel Peace Prize 2006". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 June 2020.
- ^ "Muhammad Yunus: Nobel Peace Prize Recipient". International Exchange Alumni (dalam bahasa Inggeris). 2012-11-15. Dicapai pada 2024-08-06.
- ^ "House and Senate Leaders Announce Gold Medal Ceremony for Professor Muhammad Yunus" Diarkibkan 29 Ogos 2018 di Wayback Machine, Press Release, US Congress
- ^ "Covid-19 crisis threatens democracy, leading world figures warn". NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-25. Dicapai pada 2024-08-06.
- ^ "Muhammad Yunus accepts Glasgow Caledonian University post". BBC News. 1 July 2012.
- ^ "Muhammad Yunus Chancellor of Glasgow Caledonian University". UK Parliament. 16 July 2012.
- ^ "Professor Muhammad Yunus". Keough School - University of Notre Dame (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 June 2020.
- ^ "Bangladesh dissolves Parliament; protesters call for Nobel laureate to lead". The Washington Post.
- ^ United Nations Foundation, additional text.
- ^ প্রতিবেদক, নিজস্ব (2024-08-06). "ড. মুহাম্মদ ইউনূসকে প্রধান উপদেষ্টা করে সরকার গঠনের সিদ্ধান্ত". dhakapost.com (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 2024-08-06.
- ^ "Nobel Laureate Muhammad Yunus Named Chief Adviser Of Bangladesh Interim Government: Updates". NDTV.com. Dicapai pada 2024-08-07.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bornstein, David (1996). The Price of a Dream: The Story of the Grameen Bank and the Idea that is Helping the Poor to Change Their Lives. Simon & Schuster. ISBN 0-684-81191-X.
- Kallol, Asif Showkat (1 November 2013). "Female directors vow to stop GB law". Dhaka Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 8 Julai 2015.
- Pakiam, Ranjeetha; Mehrotra, Kartikay (6 November 2013). "Yunus Sees New Law Spelling Beginning of the End for Grameen". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-15. Dicapai pada 8 July 2015.
- "Yunus not enjoying respect he deserves". The Financial Express. Dhaka. 14 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 8 Julai 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Muhammad Yunus di Facebook
- Muhammad Yunus biography at Grameen Bank
- Banker to the Poor 2006 lecture at NobelPrize.org
- Profile and Papers at Research Papers in Economics/RePEc
- Exclusive Interview with Educational Technology Magazine
- "The New York Times". nytimes.com. Dicapai pada 8 July 2015.
- "The never-ending trial of Muhammad Yunus – The Times of India". timesofindia.indiatimes.com. Dicapai pada 8 July 2015.
- "একের পর এক মামলার চাপে ড. ইউনূস". jugantor.com. Dicapai pada 8 July 2015.
- "যে কারণে ইউনূসের বিরুদ্ধে হাসিনা | জাতীয় | কালের কণ্ঠ | kalerkantho". kalerkantho.com. Dicapai pada 8 July 2015.
- Penampilan muhammadyunus di C-SPAN
- Muhammad Yunus di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Karya oleh atau mengenai Muhammad Yunus di perpustakaan (katalog WorldCat)
- Muhammad Yunus koleksi berita dan komen di The New York Times