Muzik klasikal abad ke-20
Sejarah muzik klasikal | |
Muzik era pertengahan | (476 – 1400) |
Muzik era pembaharuan | (1400 – 1600) |
Muzik era barok | (1600 – 1760) |
Muzik era klasikal | (1730 – 1820) |
Muzik era romantis | (1815 – 1910) |
Muzik klasikal abad ke-20 | (1900 – 2000) |
Muzik klasikal kontemporari | (1975 – kini) |
Muzik klasikal abad ke-20 adalah sangat luas maknanya, bermula dari pengakhiran era muzik romantis Sergei Rachmaninoff, impresionisme Claude Debussy dan Maurice Ravel, dan bersambung menerusi Zaman Pertengahan neo-klasikisme Igor Stravinsky, dan berada dalam lingkungan bunyi-suara serialism lengkap oleh Pierre Boulez, keharmonian mudah dan irama penggubah-penggubah minimalis seperti Steve Reich, dan Philip Glass, musique concrète oleh Pierre Schaeffer, muzik mikrotonal oleh oleh Harry Partch, Alois Hába dan lain-lain, muzik aleatorik oleh John Cage, muzik elektronik oleh Karlheinz Stockhausen, dan polystylisme oleh Alfred Schnittke.
Antara penggubah-penggubah terkemuka abad ke-20 adalah Béla Bartók, Gustav Mahler, Richard Strauss, Giacomo Puccini, Luigi Russolo, Claude Debussy, Maurice Ravel, Charles Ives, Edward Elgar, Frederick Delius, Arnold Schoenberg, Jean Sibelius, Elliott Carter, Sergei Rachmaninoff, Sergei Prokofiev, Gabriel Fauré, Alberto Ginastera, Peter Sculthorpe, Edgard Varèse, Igor Stravinsky, Dmitri Shostakovich dan ramai lagi.
Banyak teknik-teknik dipelopori oleh penggubah-penggubah di atas telah diterima pakai untuk muzik-muzik popular hari ini seperti yang ditunjukkan oleh The Beatles, Deep Purple, King Crimson, Pink Floyd, Emerson, Lake & Palmer, Mike Oldfield, Enigma, Vangelis, Jean Michel Jarre dan dalam skor-skor filem untuk menarik ramai penonton.
Corak muzik romantis
[sunting | sunting sumber]Pada sebahagian awal abad ke-20 terutamanya, ramai penggubah menulis muzik yang bercorakkan penambahan dari muzik era romantis abad ke-19 muzik. Irama ditulis penuh dengan keharmonian, walaupun kadangkala kompleks, bertonaliti, dan bercorak kumpulan alat muzik tradisional seperti orkestra dan kuartet alat muzik bertali seperti kebiasaannya. Bentuk tradisional seperti simfoni dan konserto kekal digunakan.
Ramai penggubah terkemuka, antaranya Dmitri Borisovich Kabalevsky, Dmitri Shostakovich, Maurice Ravel dan Benjamin Britten telah membuat kemajuan penting dalam gaya dan teknik dan dalam masa yang sama masih mengekalkan melodik, harmonika, bahasa struktur dan tekstur yang berkaitan dengan muzik abad ke-19. Perubahan mereka ini boleh diterima oleh para pendengar biasa (merujuk kepada pendengar bukan peminat muzik klasikal).
Corak penulisan muzik ini ditulis di sepanjang abad ke-20 dan bersambung sehingga ke hari ini. Penggubah-penggubah abad ke-20 yang menulis dengan corak hampir menyamai corak-corak tradisional ini termasuklah:
- Samuel Barber
- Leonard Bernstein
- Aaron Copland
- John Corigliano
- George Gershwin
- Henryk Górecki
- Percy Grainger
- Gustav Holst
- Carl Nielsen
- Giacomo Puccini
- Sergei Rachmaninoff
- Jean Sibelius
Pengaruh penggubahan muzik klasikal dengan Jaz
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai penggubah yang menggabungkan seni jaz dengan muzik klasikal dalam gubahan mereka. Antara yang ketara termasuklah:-
- George Antheil, Jazz Symphony (1925)
- Bruce Arnold, A Few Dozen (1955)
- Malcolm Arnold, Konserto untuk harmonika dan orkestra, op. 46 (1954), Konserto untuk gitar dan orkestra, op. 67 (1959), Konserto No. 2 untuk klarinet dan orkestra, op. 115 (1974)
- Milton Babbitt, All Set (1957)
- Leonard Bernstein, Sonata untuk klarinet dan piano (1941–42), Prelude, Fugue, and Riffs (1949), Senandung untuk biola, alat , alat muzik bertali, harp dan gendang Symposium (1954)
- Boris Blacher, Konserto untuk Orkestra Jazz (1946), Die Gesänge des Seeräubers O'Rourke und seiner Geliebten Sally Brown, beide auf das Felseneiland En Vano Anhelar verschlagen, op. 56 (1958), Plus Minus One untuk kuarter alat bertali dan ensembel jazz (1966), Blues, Espagnola und Rumba philharmonica untuk 12 celo (1972), Stars and Alat muzik bertali s, untuk ensembel jazz dan orkestra alat muzik bertali (1972)
- Marc Blitzstein, The Cradle Will Rock (1936–37), Regina (1946–48)
- Aaron Copland, Three Moods untuk piano (1920–21), Konserto untuk piano dan orkestra (1926), Danzón Cubano (1946), Konserto untuk klarinet dan orkestra (1947–48), Something Wild, skor filem (1961)
- George Gershwin, Rhapsody in Blue (1924), An American in Paris (1928), Porgy and Bess (1935)
- Hans Werner Henze, Boulevard Solitude (1951), Undine (1956–57). Versuch über Schweine (1968)
- Paul Hindemith, 1922 Suite für Klavier (1922)
- Ernst Krenek, Jonny spielt auf (1926)
- Constant Lambert, Elegiac Blues (1927), Konserto untuk p dan Sembilan pemain muzik (1930–31)
- Rolf Liebermann, Konserto untuk kumpulan muzik Jazz dan simfoni orkestra (1954)
- Darius Milhaud, La Création du Monde (1923)[1]
- Maurice Ravel, Konserto piano dalam nada G (1929–1931)
- Gunther Schuller, Konserto untuk kuartet Jazz dan orkestra (1959)
- Elie Siegmeister, Konserto klarinet [2](1956)
- Karlheinz Stockhausen, Kreuzspiel (1951), Mikrophonie II (1965), Tierkreis (1974–75), Luzifers Tanz (1983)
- Igor Stravinsky, Ragtime for 11 instruments (1917–18), L'Histoire du Soldat (1918), Piano-Rag Music (1919), Praeludium (1936–37/53), Scherzo a la russe (1944), Ebony Konserto (1945)
- Kurt Weill, Threepenny Opera (1928)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai penggubah muzik era pertengahan (Medieval)
- Senarai penggubah muzik era pembaharuan (Renaissance)
- Senarai penggubah muzik era barok (Baroque)
- Senarai penggubah muzik era klasikal (Classical)
- Senarai penggubah muzik era romantis (Romantic)
- Senarai penggubah muzik klasikal abad ke-20
- Senarai penggubah muzik klasikal abad ke-21
Pautan Wikipedia bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Muzik impresionis
- (Inggeris) Neoklasikisme
- (Inggeris) Serialism
- (Inggeris) Minimalis
- (Inggeris) Musique concrète
- (Inggeris) Microtonal
- (Inggeris) Muzik Aleatorik
- (Inggeris) Polystylisme
- (Inggeris) Muzik kontemporari
- (Inggeris) Seni akustik
- (Inggeris) Muzikologi
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Projek Avant Garde
- Ircam Paris
- Corak muzikal abad ke-20 oleh Phillip Magnuson Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine
- Dolmetsch.com: Sejarah muzik oleh Dr. Brian Blood
- Laman Art of the States Diarkibkan 2005-07-28 di Wayback Machine
- Rakaman muzik abad ke-20
- Música y filosofía contemporánea; Registros polifónicos de John Cage a Peter Sloterdijk
Pautan luar laman penerbit
[sunting | sunting sumber]- Laman G. Schirmer
- Laman Boosey&Hawkes
- Laman Schott Music
- 4´33" Vierdreiunddreißig München Musikverlag
- Laman Atopos Foundation
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-09. Dicapai pada 2007-08-21.
- ^ "Konserto klarinet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-03. Dicapai pada 2006-04-03.
Buku rujukan
[sunting | sunting sumber]- Teachout, Terry. Masterpieces of the Century: A Finale - 20th century classical music, Commentary Magazine, Jilid: 107 Keluaran : 6 Mukasurat: 55
- Lee, Douglas. Masterworks of 20th-Century Music: The Modern Repertory of the Symphony Orchestra, Routledge; Edisi 1. ISBN 0-415-93847-3, ISBN 978-0-415-93847-1
- Roberts, Paul. Claude Debussy - 20th Century Composers, Phaidon Press. ISBN 0-7148-3512-9, ISBN 978-0-7148-3512-9