[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mistletoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mistletoe
Mistletoe Viscum album di atas pohon
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Families
Santalaceae (Viscaceae)
Loranthaceae

Misodendraceae

Mistletoe adalah nama umum yang popular bagi tumbuhan parasit dari order Santalales yang terdiri dari keluarga Santalaceae, Loranthaceae, dan Misodendraceae. Spesies yang dahulunya termasuk dalam keluarga (famili) Santalaceae kini sering digolongkan ke dalam keluarga Viscaceae.

Menurut tradisi kebudayaan Barat, daun mistletoe dilihat tetap berwarna hijau ketika musim dingin sering digunakan sebagai hiasan untuk sambutan Hari Natal. Orang Eropah menggunakan spesies Viscum album, sedangkan spesies Phoradendron leucarpum digunakan di Amerika Utara. Rangkaian daun mistletoe digantung di depan pintu dan orang yang berdiri di bawah mistletoe boleh mencium orang yang disukainya.

Nama mistletoe dahulunya hanya digunakan untuk spesies Viscum album atau dikenali sebagai mistletoe Eropah yang tergolong dalam famili Santalaceae dan satu-satunya spesies mistletoe berasal dari United Kingdom dan daratan Eropah. Mistletoe juga digunakan untuk spesies Phoradendron leucarpum asli Amerika Utara dan tergolong famili Santalaceae. Sebagai contoh evolusi konvergen, beberapa tumbuhan famili Loranthaceae yang memiliki karakteristik yang mirip juga disebut mistletoe.

Spesies Viscum album (mistletoe Eropah) memiliki helaian daun berhadapan, berbentuk lonjong dengan tepi daun yang mulus, dahan berkayu dan memiliki buah yang berkelompok seperti buah beri berwarna krim. Sedangkan Phoradendron leucarpum (mistletoe Amerika) walaupun kelihatan agak mirip dengan spesies "Viscum album", namun ianya memiliki daun yang lebih pendek dan lebar, serta buah yang berkelompok dalam jumlah yang lebih banyak. Di Australia terdapat 71 spesies yang termasuk famili Loranthaceae dan 14 spesies yang termasuk famili Santalaceae.

Sebahagian besar spesies dapat tumbuh dan hidup subur di dahan-dahan berbagai jenis pepohon besar. Walaupun biasanya cuma menghambat pertumbuhan tanaman inang, mistletoe yang menjadi terlalu lebat boleh mematikan tanaman inang. Sebahagian mistletoe bersifat setengah parasit, daun tetap berwarna hijau sepanjang tahun, dapat melakukan fotosintesis sendiri, dan hanya bergantung dari tanaman inang untuk zat mineral dari dalam tanah. Genus Arceuthobium yang tergolong famili Santalaceae adalah salah satu contoh mistletoe yang bersifat parasit penuh, kerana mengandalikan fotosintesis dan mineral dari tanaman inang.


Terminologi dan asal usul nama

[sunting | sunting sumber]

Asal-usul kata "mistletoe" belum diketahui dengan jelas, tetapi mungkin berasal dari bahasa Jerman "Mist" yang bererti kotoran haiwan. Dalam bahasa Inggeris Kuno, "mistel" merupakan sebutan lain untuk tanaman basil.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sejak dulu mistletoe hanya dianggap sebagai hama pembunuh pohon, tapi sekarang mistletoe diakui berperanan penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Berbagai jenis binatang memakan buah, daun, dan tunas mistletoe sambil menyebarkan biji mistletoe yang lengket (lekit) ke mana-mana. Daun-daun mistletoe yang selalu berdaun hijau sepanjang tahun sering dipakai sebagai sarang bagi berbagai jenis burung. Di Australia terdapat lebih dari 240 spesies burung yang bersarang di kerimbunan daun mistletoe, atau kira-kira 75 peratus dari spesies burung yang ada.

Burung yang memakan buah mistletoe membantu penyebaran biji mistletoe. Biji tersebar bersama jatuhan najis burung di ranting-ranting pohon. Selain itu, burung juga boleh menjepit buah mistletoe dengan paruhnya agar biji terlepas dari isi buah. Burung lalu menyeka paruhnya pada ranting terdekat. Biji mistletoe berlapis getah yang lengket (melekit) mampu menempel erat pada dahan tanaman inang.

Mistletoe popular di kalangan ahli pengubatan tradisional di Eropah. Di Jerman, tanaman ini digunakan untuk mengubati penyakit saluran pernafasan (Bronkitis) dan kanser[1] [2]. Selain itu, mistletoe juga sedang diteliti untuk pengubatan tumor. Walaupun penggunaan mistletoe belum diizinkan di Amerika Syarikat, mistletoe sudah diterima baik di Eropah[3] [4].

Mistletoe disebut-sebut dalam mitologi Norse. Dewa bernama Baldur terbunuh dengan senjata yang diperbuat dari mistletoe. Dalam mitologi Kelt dan ritual kepercayaan Druid, mistletoe digunakan sebagai penawar racun.

Pada tradisi orang Rumania, mistletoe (disebut vâsc dalam bahasa Rumania) dianggap sebagai sumber nasib baik. Di daerah pedalaman, tanaman ini masih digunakan sebagai ubat dan dianggap memiliki kekuatan sihir.

Rujukan budaya

[sunting | sunting sumber]

Mistletoe adalah relevan dengan beberapa budaya. Ia dikaitkan dengan Krismas Barat sebagai hiasan, di mana pencinta dijangka bercumbu. Sebab bagi perkara ini adalah kurang jelas. Adalah jelas bahawa Mistletoe telah memainkan peranan yang penting dalam mitologi Druid. Paling menarik ialah Upacara daripada Oak dan Mistletoe.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]