Mi bandung
Mi bandung | |
---|---|
Nama alternatif | Mi Bandung Muar |
Jenis | Mi |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Johor |
Dicipta oleh | Muar |
sunting · sunting di Wikidata |
Mi bandung (مي باندوڠ) ialah masakan tradisional terkenal di Malaysia yang berasal daripada Muar, Johor.[1][2][3]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan 'bandung' di sini bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu berganding atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.[4] Umpamanya seperti 'sirap bandung' untuk minuman susu digandingkan dengan sirap berperisa ros ataupun 'rumah berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).[5] Manakala, daerah Muar diketahui dan dikenali ramai sebagai tempat asalnya mi bandung.[2][6][7][8]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mi bandung pada asalnya adalah masakan gandingan mi kuning dan telur ditambah dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan campuran cili, tumisan bawang bersama rempah ratus, belacan dan udang kering.[9] Ia kemudiannya ditambah baik dengan bahan-bahan seperti udang, daging, kek ikan dan sayuran.[3][10] Sajian versi khas ("spesial") telah dihasilkan mengikut peredaran masa dengan penambahan bahan seperti udang galah, udang karang ("lobster") atau tulang kaki lembu yang dikenali juga sebagai "gear box".[3][11]
Ia juga lebih lazim dikenali sebagai 'mi bandung Muar' yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia juga termasuk negara jiran Singapura,[12][13] namun masih diakui dan diketahui umum bahawa mi bandung asli Muar adalah yang terbaik dan terpilih untuk dijamah.[2][3][14][15][16] Ia juga dikatakan kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim, mantan Presiden Singapura, S R Nathan dan juga jurumasak selebriti antarabangsa serta usahawan restoran, Chef Wan.[17]
Mi bandung tidak seharusnya dikelirukan dan disalah anggap berasal atau berkaitan dengan Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya tiada hubungan langsung meskipun namanya digelar sedemikian.[5][18]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Mee Bandung House di Kuala Lumpur.
-
Semangkuk mi bandung.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Muar Mee Bandung". We Love Muar. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Wah San Kopitiam". Vkeong.com - Malaysian Food & Travel Blog. 26 November 2012. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c d Azalea. "Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar". LokaTaste (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Online Keyword Search: Bandung", Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017, dicapai pada 6 April 2021
- ^ a b Di Malaysia : Bandung Mempunyai Arti Berbeda (dalam bahasa Indonesia), Jakarta Indonesia: Mahfudz Tejani: Memaparkan Apa Yang Patut Di Paparkan, 5 July 2014, dicapai pada 6 April 2021
- ^ Dania Zainuddin (17 Oktober 2016). "'More Pages From My Past' papar kisah kehidupan membesar era 50an dan 60an". Astro Awani. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Terus Diwarisi". Mi Bandung Abu Bakar Hanipah Muar. 27 September 2015. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung". Mee Bandung Hjh Milah Muar. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Muar, Johor" (dalam bahasa Inggeris). Eatophilia.com. 27 February 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (4 August 2011). "MEE BANDUNG MUAR". Anim Agro Technology. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Nurul Hani. "5 Restoran Mi Bandung Asli dan Terbaik di Johor". Saji.My. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ "Pelancong/Makanan dan Hidangan/Mi bandung", Portal Rasmi Kerajaan Johor Darul Takzim, Johor, Malaysia: Kerajaan Negeri Johor, 5 March 2009, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-15, dicapai pada 5 April 2010
- ^ Mee Bandung Muar (Malaysian Bandung Noodles), What To Cook Today, dicapai pada 13 April 2021
- ^ Beh Heng Jian (4 November 2018). "Best Mee Bandung in PJ". Food Advisor. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Murano 3.5L X-CVT crossover mewah Nissan, Oleh JOHARDY IBRAHIM, 17/04/2010, Utusan Malaysia.
- ^ Johor Cuisine/Food
- ^ Shaiffulazhar Misri (23 January 2013). "Memang Umph! Mee Bandung Muar". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018 – melalui Berita Muar Dan Ledang.
- ^ Nurul Hidayati (2007-06-04), Mee Bandung di Kuala Lumpur, Jakarta Indonesia: DetikNews, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-21, dicapai pada 2010-04-05
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar - dalam bahasa Inggeris
- Resipi Mi Bandung Diarkibkan 2014-11-02 di Wayback Machine