[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mario Roatta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mario Roatta
Nama samaranHaiwan Hitam[1]
Kelahiran(1887-02-02)2 Februari 1887
Modena, Kerajaan Itali
Meninggal dunia7 Januari 1968(1968-01-07) (umur 80)
Roma, Italy
Kesetiaan Kerajaan Itali (1861–1946)
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Kerajaan Itali (1861–1946) Tentera Diraja Itali
Tahun perkhidmatan1906–1943
PangkatJeneral
Arahan
Pertempuran
PasanganInes Mancini[2]

Mario Roatta (2 Februari 1887 - 7 Januari 1968) ialah seorang jeneral Itali semasa Perang Dunia I dan II. Selepas berkhidmat dalam Perang Dunia I, beliau ditunjuk untuk memimpin Corpo Truppe Volontarie dalam menyokong kekuatan Francisco Franco semasa Perang Saudara Sepanyol. Beliau adalah Timbalan Ketua Turus Tentera Diraja Itali dari Oktober 1939 sehiingga Mac 1941. Dari pertengahan Mac 1941 sehingga Januari 1942, ia mendapat misi memulakan serangan pencerobohan ke atas Yugoslavia.

Beliau terkenal dengan kekejamannya semasa berperang menentang partisan Yugoslavia di wilayah etnik Slovene dan Croat.[3] Dia pernah menjanjikan kepada orang Croat apabila mereka mahu meyokong kerajaan, maka Itali akan ikut menyokong penubuhan Negara Croatia baharu yang Merdeka, terpisah dari kuasa Yugoslavia. Kepada orang Slovene, Roatta memaksa lebih daripada 25,000 penduduk memasuki kem konsentrasi Itali di Rab, Gonars, Monigo (Treviso), Renicci d'Anghiari, Chiesanuova dan tempat lain.

Sebab kekejamannya, dia mendapat nama cembung "Haiwan Hitamnya Yugoslavia".[4]

  1. ^ Carroll 2001.
  2. ^ "Ines Roatta". GENi. 26 May 2020. Dicapai pada 24 June 2022.
  3. ^ Burgwyn 2004.
  4. ^ Holland 2020.