[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Margaret Taylor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Margaret Taylor
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam peranan
4 Mac 1849 – 9 Julai 1850
PresidenZachary Taylor
Didahului olehSarah Polk
Digantikan olehAbigail Fillmore
Maklumat peribadi
Lahir
Margaret Mackall Smith

(1788-09-21)21 September 1788
Calvert County, Maryland, Amerika Syarikat
Mati14 Ogos 1852(1852-08-14) (umur 63)
Pascagoula, Mississippi, Amerika Syarikat
Tempat semadiPerkuburan Nasional Zachary Taylor,
Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
PasanganZachary Taylor (k. 1810; m. 1850)
Anak6, termasuk Sarah Knox, Mary Elizabeth, dan Richard Scott Taylor

Margaret "Peggy" Mackall Smith Taylor (21 September 1788 - 14 Ogos 1852) adalah isteri Zachary Taylor. Beliau adalah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari tahun 1849 hingga 1850.

Dengan meningkatnya kerjaya politik Zachary Taylor, isterinya, Peggy Taylor berdoa untuk kekalahannya, kerana amat takut akan kesan peribadi jika Zachary menjadi presiden. Sewaktu beliau menjadi Wanita Pertama, kesukaran ketika mengikuti suami dari kubu ke kubu dan melahirkan beberapa orang anak telah memberi kesan teruk kepadanya.

Tidak sihat sepenuhnya, beliau tetap berada dalam pengasingan di tingkat dua Rumah Putih, meninggalkan tugas pelayan wanita rasmi kepada anak perempuannya Mary Elizabeth "Betty" Bliss.

Dengan kematian mengejut Presiden, kesihatan Margaret merosot dengan cepat.

Margaret "Peggy" Taylor meninggal dunia dua tahun kemudian, pada 14 Ogos 1852, di Pascagoula, Mississippi. Beliau dikebumikan di sebelah suaminya di Louisville, Kentucky .


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran kehormat
Didahului oleh

Sarah Childress Polk

Wanita Pertama Amerika Syarikat

1849 - 1850

Diganti oleh

Abigail Fillmore