Maktab Rendah Sains MARA Tumpat
Koordinat: 6°13′08″N 102°07′17″E / 6.21897°N 102.12148°E
Maktab Rendah Sains MARA Tumpat
مكتب رنده ساءين س مارا تومڤت | |
---|---|
Alamat | |
Kampung Tujoh D174 Jalan Pengkalan Kubor Tumpat, 16200, Kelantan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Tumpat |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Mei 2010 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Asmah Binti Ahmad Hambadley |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Asmawani binti Ibrahim |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohamed Najib bin Othman |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Stanly Narang Anak Bandang |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Think With A Vision, Act With Wisdom |
Nama alumni | ANSARA Tumpat |
Laman sesawang | tumpat |
Kali terakhir dikemaskinikan: Jun 2024 |
Maktab Rendah Sains MARA Tumpat (singkatan: MRSM Tumpat) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Tujuh, berdekatan dengan Pantai Sri Tujuh, dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. MRSM Tumpat mula menerima pelajar pada 21 Jun 2010. Pada tahun 2011, MRSM Tumpat telah menerima seramai 300 orang pelajar lagi yang terdiri daripada tingkatan 1 dan 4 yang telah mendaftarkan diri mereka pada 7 Februari 2011.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan maktab
[sunting | sunting sumber]MRSM Tumpat mula beroperasi pada 16 Mei 2010 di satu kawasan berhampiran pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber ilmu, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.
Pada 16 Mei 2010, seorang Timbalan Pengetua (HEA) dan seorang guru fizik telah melaporkan diri di MRSM Tumpat. Manakala 6 orang kakitangan melaporkan diri pada 1 Jun 2010 dan 24 orang guru melaporkan diri pada 14 Jun 2010. Pengambilan pelajar pertama adalah pada 21 Jun 2010 yang terdiri daripada 169 orang pelajar tingkatan satu. Pengambilan kedua pula adalah pada 18 Julai 2010 yang terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan satu.
Lagu rasmi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]