[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lexus LS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lexus LS
Maklumat
PengilangLexus (Toyota)
Juga dikenaliToyota Celsior (JDM)
Pengeluaran1989–sekarang
PemasanganTahara, Aichi, Jepang
KelasMobil mewah
Gaya badanSedan 4 pintu
Reka letakMesin depan, Penggerak roda belakang
Front engine, all-wheel drive

Lexus LS adalah kereta sedan besar dan mewah. Nama Lexus pada awalnya hanya digunakan untuk pasaran eksport, sedangkan untuk pasaran domestik Jepun menggunakan nama Toyota Celsior. Selepas Lexus secara rasmi dipasarkan di Jepun mulai tahun 2006, nama Celsior tidak lagi digunakan.

Demi menjaga kualiti bangunnya, sejak awal hingga sekarang pembuatannya ada di satu tempat, Tahara Plant yang diakui sebagai tempat perhimpunan kereta yang terbaik sedunia. Jadi, di Amerika Syarikat sekalipun, sebagai pasaran utama, Lexus tergolong sebagai kereta CBU (import bentuk utuh)

Generasi Pertama (1989-1994)

[sunting | sunting sumber]

Sejak Chairman Toyota Eiji Toyoda memutuskan untuk membuat sebuah projek F1 ("Perdana" dan "Kereta No.1"), para pekerja dan krew teknik bekerja keras untuk mewujudkan sebuah sedan mewah untuk pasaran antarabangsa. Projek F1 ini tidak mempunyai budget dan waktu yang ditentukan dan tidak akan menggunakan bahagian-bahagian mahupun platform dari Toyota. Target mereka adalah membuat sedan dengan reka bentuk yang baru, mengalahkan sedan buatan Amerika dan Eropah yang lain, termasuk aerodinamik, kesenyapan kabin, kelajuan, dan kecekapan bahan bakar tinggi. Ada 3,900 pekerja yang tergabung ke dalam projek ini sekaligus ujian lokasi sejauh 2.7 juta kilometer di Amerika, Eropah, Arab Saudi, dan Australia dengan berbagai macam medan. Hasilnya adalah sebuah sedan bernama Lexus LS400 dengan kod platform UCF10 dilancarkan pertama kali untuk pasaran Amerika sebagai produk mewah pertama buatan Toyota yang dijual dengan nama Lexus. Kereta ini dilancarkan bulan Januari 1989 pada pegelaran North American International Auto Show tahun 1990.

Generasi Kedua (1994-2000)

[sunting | sunting sumber]

Penampilan exterior UCF20 sepintas sangat mirip dengan model sebelum ini walaupun semua body panel-nya berbeza. Untuk tahun 1998, model UCF20 mendapat facelift dengan lampu depan yang sedikit lebih membulat, dan ada panel body di antara lampu depan dan grille. Model facelift ini menggunakan transmisi 5-speed automatic, dan tenaga mesin meningkat menjadi 290 bhp.

Generasi Ketiga (2000-2005)

[sunting | sunting sumber]

UCF30 disebut Lexus LS430 kerana menggunakan enjin 4300 cc. Model facelift untuk tahun 2004 hadir dengan lampu depan yang lebih tirus sehingga kelihatan lebih sporty.

Generasi Keempat (2006-kini)

[sunting | sunting sumber]

Sejak pelancaran model baru LS 2007 yang terdiri daripada LS 460, LS 460 L (long wheel base), LS 460H (Hybrid), LS 460 all wheel drive, dan LS 600H, Lexus mula lebih menumpukan mengembangkan pasaran saloon mewahnya ke luar Amerika Syarikat.

Lexus LS membuat penemuan dengan tuntutan kereta pertama di dunia yang menggunakan transmisi 8-speed automatic. Alasan utama adalah mengejar keselesaan, perpindahan gear tanpa sentakan ataupun berhenti seketika. Dan pengilang lain seperti BMW dan General Motors menyatakan tertarikmelengkapi produknya dengan gear 8-speed.

Melengkapi image LS generasi sebelumnya, LS baru tetap kedap suara. Tak hanya itu, Lexus menambah kebanggaan dengan pelbagai teknologi canggih.

Sebahagian ciri adalah pilihan kecuali pada versi teratas. Ciri-ciri canggih itu adalah pengesanan marka jalan automatik, rem electrohydraulic, radar cruise-control, parkir automatik, brake hold system, dan kamera pengawas mata pemandu.