[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lao Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lao Airlines
Syarikat Penerbangan Lao Airlines
ການບິນລາວ
IATA ICAO Pengenal
QV LAO LAO
Ditubuhkan19 Januari 1976; 48 tahun yang lalu (1976-01-19)
HabLapangan Terbang Antarabangsa Wattay (Vientiane)
Lapangan Terbang Luang Phabang (Luang Prabang)
Program kesetiaanChampa Muang Lao
Pesawat12 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi44 (jumlah keseluruhan destinasi)
23[1]
15 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Ibu pejabatLaos Vientiane, Laos
Orang pentingMr (Encik) Khamla Phommavanh
Pekerja1000
Laman webwww.laoairlines.com
www.laos-airlines.com
Lao ATR72

Lao Airlines, juga dikenali sebagai Lao Aviation ditubuhkan pada 1976 dan merupakan penerbangan kebangasaan Laos.

Logo Lao Airlines
  • Kod IATA : QV
  • Kod ICAO : LAO
  • Panggilan: Lao

Am / Perihal

[sunting | sunting sumber]

Lao Airlines State Enterprise [2] ialah syarikat penerbangan nasional Laos, yang beribu pejabat di Vientiane. Ia mengendalikan perkhidmatan domestik dan antarabangsa ke negara-negara seperti Kemboja, Republik Rakyat China, Jepun, Korea Selatan, Negara Thai, dan Vietnam. Pangkalan operasi utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane. [3][4] syarikat penerbangan Ini tunduk kepada Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. [5]

Pada Bulan September Tahun 1976, syarikat ini dibentuk dari penggabungan syarikat penerbangan sedia ada iaitu Royal Air Lao dan Lao Air Lines. [6] Syarikat ini menjadi Lao Aviation pada Tahun 1979.

Pada Tahun 2000, usaha sama antara Syarikat Penerbangan dari China iaitu Yunnan Airlines dan pemerintah Lao dibentuk, yang memiliknegarakan semula Syarikat Penerbangan Lao Aviation.

Pesawat siri A320 adalah pesawat jet pertama yang dibeli oleh Syarikat Penerbangan Lao Airlines dan mempunyai susun atur dua kelas yang menempatkan 126 penumpang di kabin utama dan 16 di Kelas Perniagaan dan dikuasakan oleh enjin CFM56 CFM International. [7]

pada penghujung bulan November 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Lao Airlines, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu secara terhad ke Korea Selatan (Republik Korea), dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Vientiane dan Cheongju, yang akan dimulakan pada 30 Disember 2023, dan 31 Januari 2024 [8].

pada bulan Februari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Lao Airlines, telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa antara Savannakhet dan Bangkok/Suvarnabhumi, yang akan dimulakan pada 15 Mac 2024 [9].

juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Lao Airlines telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa ke Kemboja, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Vientiane dan Phnom Penh, yang akan dimulakan pada 19 Mac 2024 [10].

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

Lao Airlines yang berpengkalan di Vientiane terbang ke kesemua bandar-bandar di Laos dan juga ke bandar-bandar utama negara jirannya iaitu Republik Rakyat China, Negara Thai, Kemboja dan Vietnam.

Perjanjian Perkongsian Kod

[sunting | sunting sumber]

Syarikat Penerbangan Lao Airlines memiliki perjanjian perkongsian kod dengan syarikat Penerbangan berikut :

sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Lao Airlines dengan siri ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane
sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Lao Airlines dengan siri ATR 72-200 (RDPL-34132) dengan livery (cat warna) plumeria di Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse, Laos

Setakat Oktober 2019, Armada Syarikat Penerbangan Lao Airlines merangkumi jenis pesawat berikut:[11]

Armada Lao Airlines
Pesawat Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
J Y Total
Airbus A320-214 4 16 126 142
8 150 158
ATR 72-500 4 70 70
ATR 72-600 4 70 70
Total 12 0

Armada Bersara

[sunting | sunting sumber]
Armada Bersara Lao Airlines
Pesawat Armada Tahun Diperkenalkan Tahun Bersara Nota
Boeing 737-200 Tidak Diketahui 1994 2003
Douglas DC-4 Tidak Diketahui 1976 Tidak Diketahui
Mil Mi-8 Tidak Diketahui 1976 Tidak Diketahui

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Lao Airlines (QV)

[sunting | sunting sumber]

Syarikat Penerbangan Lao Airlines mempunyai warna plumeria pada penstabil menegak. Plumeria merupakan bunga kebangsaan rasmi Republik Demokratik Rakyat Lao (Laos). Perkataan "Lao Airlines" yang berwarna biru.

Kemalangan dan Insiden

[sunting | sunting sumber]
  • Pada Tarikh 1 September 1979, Syarikat Penerbangan Lao Aviation dengan pesawat siri Antonov An-26 (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34037) mendarat di ladang jagung di Ban Mai, Negara Thai, kerana kehabisan bahan bakar selepas juruterbang menjadi bingung dalam hujan lebat; kesemua 74 penumpang dan anak kapal terselamat, namun pesawat tersebut mengalami kerosakan; pesawat itu diperbaiki dan diterbangkan kembali ke Bandar Vientiane pada Tarikh 31 Januari 1980 di mana pesawat itu terhapus selepas terhempas semasa mendarat. [12][13]
  • Pada Tarikh 22 April 1990, Syarikat Penerbangan Lao Aviation dengan pesawat siri Antonov An-24RV (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34008) tergelincir landasan di Lapangan Terbang Luang Namtha selepas berlepas; pesawat bertembung dengan sebuah bangunan, membunuh satu orang; ketiga-tiga pesawat itu terselamat. [14]
  • Pada Tarikh 13 Disember 1993, Syarikat Penerbangan Lao Aviation dengan pesawat siri Harbin Yunshuji Y-12-II (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34117) terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Phonesavanh selepas menabrak pokok dalam kabus (jerebu), membunuh semua 18 orang di dalamnya.[15]
  • Pada Tarikh 25 Mei 1998, Syarikat Penerbangan Lao Aviation dengan pesawat siri Yakovlev Yak-40 (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34001) terhempas di dalam hutan semasa hujan lebat (ribut petir) berhampiran Long Tieng, Wilayah Xiangkhouang, membunuh semua 26 orang di dalamnya. Pesawat itu membawa delegasi tentera Vietnam dari Vientiane ke Xiangkhouang. [16]
  • Pada Tarikh 19 Oktober 2000, Penerbangan 703 Lao Aviation, sebuah pesawat dengan siri Harbin Yunshuji Y-12-II (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34130), merempuh kawasan pergunungan dalam cuaca buruk ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sam Neua dalam perjalanan dari Vientiane; lapan dari 17 orang telah meninggal dunia. [17]
  • Pada Tarikh 14 Februari 2002, Syarikat Penerbangan Lao Aviation dengan pesawat siri Harbin Yunshuji Y-12-II (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34118) terhempas di landasan ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sam Neua kerana hembusan angin; kesemua 15 penumpang selamat, tetapi pesawat itu dihapuskan; enjin dihantar ke Singapura untuk dibina semula, badan kapal itu dipotong dan dihantar ke Vietnam untuk besi buruk. [18]
  • Pada Tarikh 16 Oktober 2013, Penerbangan 301, dengan pesawat siri turboprop berkembar ATR 72-600 (dengan Nombor pendaftaran RDPL-34233) yang membawa sebanyak 44 penumpang dan 5 awak kapal, merempuh Sungai Mekong, sekitar jam 16:00 waktu tempatan; semua 49 penumpang meninggal dunia. Pesawat itu terbang dari Vientiane ke Pakse di Wilayah Champasak di selatan Laos, dan cuba mendarat dalam cuaca buruk yang berkaitan dengan Taufan Nari. [19][20]
  1. ^ "Lao Airlines".
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-21. Dicapai pada 2020-10-14.
  3. ^ name="FI"
  4. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-03. m/s. 104–105.
  5. ^ name=Pressrel4
  6. ^ https://web.archive.org/web/20140526234202/http://www.laoairlines.com/aboutus/
  7. ^ http://www.airbus.com/presscentre/pressreleases/press-release-detail/detail/lao-airlines-becomes-new-airbus-operator/%7cTitle=
  8. ^ "LAO AIRLINES ADDS CHEONGJU SERVICE IN DEC 2023/JAN 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 28 November 2023. Dicapai pada 1 Disember 2023. Lao Airlines in December 2023 and January 2024 schedules new service to South Korea, as the airline plans Vientiane – Cheongju route. Between 30DEC23 and 31JAN24, the airline will operate this service every 4 days, with Airbus A320 aircraft.
  9. ^ "LAO AIRLINES RESUMES SAVANNAKHET – BANGKOK IN LATE-1Q24". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 2 Februari 2024. Dicapai pada 13 Februari 2024. Lao Airlines in March 2024 plans to resume Savannakhet – Bangkok Suvarnabhumi service, scheduled to be operated by ATR72 aircraft. The airline will offer this route 3 times weekly, effective 15MAR24.
  10. ^ "LAO AIRLINES ADDS REGULAR PHNOM PENH SERVICE IN MID-1H24". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 9 Februari 2024. Dicapai pada 14 Februari 2024. Lao Airlines from March 2024 plans to offer scheduled service to Cambodia, as the airline schedules Vientiane – Phnom Penh route. The airline's Airbus A320 aircraft will operate this route 3 times weekly, effective 19MAR24.
  11. ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World (October 2019): 19.
  12. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=19790901-0
  13. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=19800131-0
  14. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=19900422-0
  15. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=19931213-1
  16. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=19980525-0
  17. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=20001019-0
  18. ^ https://aviation-safety.net/database/record.php?id=20020214-0
  19. ^ http://www.bangkokpost.com/news/asia/375031/lao-airlines-crash-in-pakse-kills-39
  20. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 2020-10-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]