Laluan 10 (Kereta Api Bawah Tanah Beijing)
Laluan 10 | |
---|---|
Umum | |
Nama lain | M10 (pelan) |
Jenis | Transit aliran deras |
Sistem | Kereta Api Bawah Tanah Beijing |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Daerah Haidian, Chaoyang, dan Fengtai, Beijing |
Stesen | 45 |
Penumpang harian | 1,931,000 (waktu puncak, 2018)[1] 2,076,500 (waktu puncak, 2014)[2] |
Operasi | |
Dibuka | 19 Julai 2008 |
Pengendali | Beijing Mass Transit Railway Operation Corp., Ltd |
Ciri | Bawah tanah |
Depot | Wanliu, Wulu, Songjiazhuang |
Stok kereta api | Enam gerabak jenis B (DKZ15, DKZ34, DKZ46) |
Teknikal | |
Panjang aliran | 57.024 km (35.4 bt)[3][4] |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
Pengelektrikan | V AT 750 rel ketiga |
Kelajuan operasi | 80 km/j (50 mph) |
Laluan 10 dalam perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing (Cina ringkas: 北京地铁10号线 ; pinyin: běijīng dìtiě shíhào xiàn) merupakan sebuah laluan kereta api bawah tanah jenis transit aliran deras di kawasan metropolitan Beijing, China. Laluan 10 bertindakan sebagai laluan gelung (loop line) dengan panjangnya mencecah 57.024 km (35.4 bt),[3] bakal melewati petempatan-petempatan manusia di sekitar Daerah Haidian, Daerah Chaoyang, dan Daerah Fengtai, China. Secara keseluruhannya, Laluan 10 mempunyai 45 stesen kereta api dengan 24 stesen pertukaran.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rancangan
[sunting | sunting sumber]Mengikut pelan, rangkaian sistem pengangkutan Kereta Api Bawah Tanah Beijing sepatutnya hanya mempunyai satu sahaja laluan gelung (loop line) iaitu Laluan 2.[6] Ekonomi Beijing yang berkembang dengan pesat di samping kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Beijing menyebabkan Laluan 2 dibina berdasarkan permintaan; namun kapitisi muatan yang telah dirancang melebihinya. Maka, pada tahun 2001 dan 2002, Akademi Perancangan dan Reka Bentuk Bandar China (Cina: 中国城市规划设计研究院; pinyin: Zhōngguó Chéngshì Guīhuà Shèjì yán Jiùyuàn) telah melakarkan dua garisan trek kereta api yang berbentuk huruf "L" yang dinamakan Laluan 10 dan 11. Kedua-dua laluan ini membentuk gelungan kedua dalam rangkaian Kereta Api Bawah Tanah Beijing demi mengurangkan tekanan di Laluan 2.[7]
Fasa 1
[sunting | sunting sumber]Pembinaan bagi Fasa 1 Laluan 10 dimulakan pada 27 Disember 2003 bagi persedian Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[8] Fasa 1 bagi Laluan 10 dalam perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing mula dibuka kepada orang ramai pada 19 Julai 2008 menjelang pembukaan rasmi Sukan Olimpik Musim Panas dengan panjangnya mencecah 24.680 km (15.335 bt).[9] Fasa 1 bagi Laluan 10 mempunyai 22 stesen bermula dari setsen Bagou ke stesen Jingsong; yang terdiri daripada bahagian utara dan timur gelungan dalam bentuk segi empat tepat yang dimana membentuk huruf "L" yang terbalik.
Fasa 2
[sunting | sunting sumber]Pembinaan bagi Fasa 2 Laluan 10 pula bermula pada 28 Disember 2007. Pelan asal bagi Laluan 11 tidak dimasukkan ke dalam reka bentuk rangkaian kereta api yang akhir namun sebaliknya ia diserpakan dan menjadi gabungan dalam Laluan 10.[10] Pada 30 Disember 2012, bahagian pertama Fasa 2, yang terdiri daripada bahagian selatan dan barat gelungan telah dibuka kepada awam. Dengan pembukaan Fasa 1 dan Fasa 2 Laluan 10 telah menjadi bentuk huruf "C".[11] Fasa 2 Laluan 10 terbahagi kepada dua seksyen iaitu seksyen Xiju–Bagou (ikut arah jam) dan Jingsong–Shoujingmao (Capital Univ. of Economics & Business) (lawan arah jam). Seksyen Xiju ke Bagou mempunyai 9 stesen; melibatkan stesen dari Xiju ke Bagou melewati stesen Liuliqiao, Gongzhufen dan Cishousi dengan panjangnya 13.843 km (8.602 bt).[3][11] Manakala, seksyen Jingsong ke Shoujingmao pula mempunyai 11 stesen; melibatkan stesen dari Jingsong ke Shoujingmao melewati stesen Songjiazhuang dan Caoqiao dengan panjangnya mencecah 15.932 km (9.900 bt).[3][11]
Gelungan Lalaun 10 telah ditutup sepenuhnya dan melengkapi suatu gelungan pada 5 Mei 2013 dengan pembukaan stesen Fengtai dan Niwa, serta stesen isian iaitu Jiaomendong.[5][9][12][13] Pada mulanya, perkhidmatan Laluan 10 hanya terdiri daripada perkhidmatan "gelungan penuh" yang memakan masa perjalanan selama 104 minit sekiranya melalui kesemua stesen, dan kereta api "gelungan separa" yang beroperasi daripada Chedaogou di barat laut ke Songjiazhuang di tenggara sebelum berpatah balik.[5] Dengan penghantaran lebih banyak gerabak kereta api, kereta api "gelungan separa" telah dimansuhkan dan semua kereta api bakal berkhidmat dengan gelungan penuh Laluan 10 dengan kekerapan 2 minit dan 15 saat.
Penumpang
[sunting | sunting sumber]Menjelang tahun 2014, gelungan Laluan 10 yang telah siap telah membawa 1.69 juta penumpang setiap hari secara purata.[14] Menjelang tahun 2019, sebahagian besar bagi Laluan 10 beroperasi melebihi kapasiti 100%, terutamanya bahagian timur dan utara. Susulan itu, Kereta Api Bawah Tanah Beijing telah bertindak balas dengan meningkatkan jumlah kekerapan kereta api kepada setiap dua minit dan telah mengalihkan beberapa tempat duduk di kereta api untuk meningkatkan kapasiti penumpang di dalam tren.[15][16]
Stesen-stesen
[sunting | sunting sumber]Nama stesen | Pertukaran | Sambungan bas (Beijing Bus) |
Masa ketibaaan | Jarak km[3][17] |
Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Perumian | Cina | ||||||
— ↑ laluan gelung - menuju ke Huoqiying ↑ — | -1.495 | ||||||
Bagou | 巴沟* | Xijiao | 74 302 304 307 361 386 424 528 534 539 613 614 630 644 664 夜9 | 0:00 | 0.000 | Haidian | |
Suzhoujie | 苏州街 | 26 302 304 307 361 374 386 424 450 528 613 630 634 644 671 688 夜9 | 0:02 | 1.110 | |||
Haidian Huangzhuang | 海淀黄庄 | 4 | 145 302 304 305 307 320 332 355 365 386 584 614 630 634 653 671 681 夜8 夜9 | 0:04 | 0.950 | 2.060 | |
Zhichunli | 知春里 | 304 323 386 549 579 630 634 653 671 夜9 | 0:06 | 0.975 | 3.035 | ||
Zhichunlu | 知春路 | 13 | 304 311 319 386 579 601 630 653 671 夜9 专168 | 0:08 | 1.058 | 4.093 | |
Xitucheng | 西土城 | Changping | 21 94 304 375 386 478 579 601 603 653 658 671 686 693 夜9 夜14 | 0:10 | 1.101 | 5.194 | |
Mudanyuan | 牡丹园 | 19 | 16 21 22 47 123 135 304 331 345快 425 508 510 579 601 606 618 620 645 653 658 夜4 夜9 | 0:12 | 1.330 | 6.524 | |
Jiandemen | 健德门 | 21 55 143 315 344 345 510 601 618 620 625 653 658 695 夜2 夜9 夜38 | 0:14 | 0.973 | 7.497 | Haidian/Fengtai | |
Beitucheng | 北土城 | 8 | 5 21 81 82 92 113 142 380 409 515 607 620 653 694 夜6 夜9 专8 | 0:16 | 1.100 | 8.597 | Chaoyang |
Anzhenmen | 安贞门 | 108 117 124 142 301 380 409 515 653 694 944 BRT3(快速公交3) BRT3区(快速公交3区) 夜9 夜34 专8 | 0:18 | 1.020 | 9.617 | ||
Huixinxijie Nankou | 惠新西街南口 | 5 | 95 125 361 430 464 515 921 944 夜26 | 0:21 | 0.982 | 10.599 | |
Shaoyaoju | 芍药居 | 13 | 119 515 547 567 696 942快 专22 | 0:24 | 1.712 | 12.311 | |
Taiyanggong | 太阳宫 | 130 132 467 515 567 939 966 专212 | 0:26 | 1.003 | 13.314 | ||
Sanyuanqiao | 三元桥 | Capital Airport | 18 95 104 132 300 300快 302 359 368 379 401 403 404 419 536 604 641 671 847 850 850快 852 915 915快 916 916快 918 935 935快 936 939 980 980快 夜18 夜30 | 0:28 | 1.759 | 15.073 | |
Liangmaqiao | 亮马桥 | 4 95 402 403 405 413 416 418 419 499 516 536 672 675 687 985 夜30 夜32 专114 | 0:31 | 1.506 | 16.579 | ||
Nongye Zhanlanguan (Agricultural Exhibition Center) | 农业展览馆 | 4 95 135 300 300快 302 368 402 405 416 499 516 671 672 675 687 690 夜30 夜32 专114 专142 | 0:33 | 0.914 | 17.493 | ||
Tuanjiehu | 团结湖 | 4 43 95 113 115 117 302 405 406 431 499 650 675 687 690 夜3 夜30 夜34 专5 专114 专142 | 0:35 | 0.853 | 18.346 | ||
Hujialou | 呼家楼 | 6 | 75 113 115 126 140 350 368 405 412 650 671 687 BRT2(快速公交2) 夜6 夜30 夜34 专5 专114 | 0:37 | 1.149 | 19.495 | |
Jintaixizhao | 金台夕照 | 9 98 101 113 118 350 368 405 488 615 650 671 687 BRT2(快速公交2) 夜13 夜30 夜34 专114 | 0:39 | 0.734 | 20.229 | ||
Guomao | 国贸 | 1 | 1 9 11 28 57 58 72 98 113 348 368 382 388 402 405 421 488 561 647 650 666 667 668 669 687 804 805快 806 807 808 809 814 816 817 818 818快 846 848 930 938快 976 夜1 夜27 夜30 专10 | 0:41 | 0.835 | 21.064 | |
Shuangjing | 双井 | 7 | 23 28 54 57 72 98 300 300快 312 348 368 402 637 669 687 805快 846 848 938快 976 夜7 夜29 夜30 专10 专87 专165 | 0:43 | 1.759 | 22.823 | |
Jinsong | 劲松 | 8 28 29 35 41 52 54 72 91 98 352 368 402 457 535 637 638 687 夜19 夜30 | 0:45 | 1.006 | 23.829 | ||
Panjiayuan | 潘家园 | 28 34 63 300 300快 368 378 535 638 687 805快 846 848 938快 976 夜30 | 0:47 | 1.021 | 24.850 | ||
Shilihe | 十里河 | 14 17 | 28 53 300 300快 352 368 378 439 440 513 638 649 680 687 846 848 973 975 976 985 986 995 夜30 专19 专72 | 0:49 | 1.097 | 25.947 | |
Fenzhongsi | 分钟寺 | 352 | 0:52 | 1.804 | 27.751 | Fengtai | |
Chengshousi | 成寿寺* | 25 93 128 665 680 821 985 990 夜23 专189 专196 | 0:54 | 1.058 | 28.809 | Chaoyang | |
Songjiazhuang | 宋家庄* | 5 Yizhuang | 2 39 84 139 141 366 511 524 526 555 576 581 990 夜28 专62 专189 | 0:57 | 1.677 | 30.486 | Fengtai |
Shiliuzhuang | 石榴庄 | 17 120 141 820 829 夜28 专76 专130 | 0:59 | 1.269 | 31.755 | ||
Dahongmen | 大红门 | 54 324 343 622 687 827 BRT1(快速公交1) 专13 专34 专76 专163 | 1:01 | 1.244 | 32.999 | ||
Jiaomendong | 角门东 | 14 54 70 343 501 511 687 957 专13 专34 专76 专145 专176 | 1:03 | 1.130 | 34.129 | ||
Jiaomenxi | 角门西 | 4 | 30 51 72 144 474 501 529 646 954 夜18 专145 专209 | 1:06 | 1.254 | 35.383 | |
Caoqiao | 草桥 | 19 Daxing Airport | 381 410 423 434 456 483 497 529 676 679 夜22 专179 专209 | 1:09 | 1.688 | 37.071 | |
Jijiamiao | 纪家庙 | 1:11 | 1.547 | 38.618 | |||
Shoujingmao (Capital Univ. of Economics & Business) | 首经贸 | Fangshan | 67 351 692 912 专180 专199 | 1:14 | 1.143 | 39.761 | |
Fengtai | 丰台站 | 16 FTP | 专4 专149 | 1:17 | 1.717 | 41.478 | |
Niwa | 泥洼 | 335 349 395 459 678 845 | 1:19 | 0.954 | 42.432 | ||
Xiju | 西局 | 14 | 83 323 458 480 483 531 830 958 969 973 夜36 | 1:21 | 0.749 | 43.181 | |
Liuliqiao | 六里桥 | 9 | 57 133 477 554 568 603 838 941 941快 982 专3 | 1:24 | 1.584 | 44.765 | |
Lianhuaqiao | 莲花桥 | 62 89 134 323 374 603 890 977 夜30 专3 | 1:28 | 2.392 | 47.157 | Haidian | |
Gongzhufen | 公主坟 | 1 | 1 32 33 40 52 62 64 68 74 76 77 89 94 134 300 300快 308 323 335 337 368 370 374 394 437 603 624 631快 698 977 977快 夜1 夜5 夜30 | 1:30 | 1.016 | 48.173 | |
Xidiaoyutai | 西钓鱼台 | 4 27 33 40 62 85 87 92 97 121 335 414 481 612 627 632 634 653 686 693 698 967 977 977快 BRT4(快速公交4) 夜13 夜16 | 1:33 | 2.386 | 50.559 | ||
Cishousi | 慈寿寺* | 6 | 33 40 61 73 85 481 507 632 夜3 专98 | 1:35 | 1.214 | 51.773 | |
Chedaogou | 车道沟* | 33 40 85 87 114 334 347 360 360快 424 437 450 481 604 609 610 632 658 夜12 | 1:37 | 1.590 | 53.363 | ||
Changchunqiao | 长春桥 | 33 74 355 360 365 424 425 437 539 644 664 688 921 | 1:39 | 1.205 | 54.568 | ||
Huoqiying | 火器营 | 74 424 437 专75 | 1:41 | 0.961 | 55.529 | ||
— ↓ laluan gelung - menuju ke Bagou ↓ — | 1.495 | 57.024 | |||||
Set gerabak kereta api
[sunting | sunting sumber]Model | Imej | Pengilang | Tahun dibina | Dalam Perkhidmatan | Nombor Armada | Depoh |
---|---|---|---|---|---|---|
DKZ15 | CRRC Changchun Railway Vehicles Beijing Subway Rolling Stock Equipment CRRC Dalian |
2007 | 43 | W401–W443 | Wanliu Wulu Songjiazhuang | |
DKZ34 | 2011 | 41 | 10 044–10 084 | |||
DKZ46 | 2013 | 32 | 10 085–10 116 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 北京市人大代表丁树奎:地铁10号线客流压力大 建议修建复线. Nanfang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-15.
- ^ 2014年4月30日综合交通总体运行情况. 北京市交通信息中心 北京市交通运行监测调度中心. 2014-05-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
- ^ a b c d e "10号线线路网车站站间距信息". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-02.
- ^ "站间公里数 北京地铁官方网站".
- ^ a b c Chen Lin (陈琳); Liu Yang (刘洋); Zhang Lu (张璐) (2013-05-06). 北京地铁10号线贯通全长57公里 跑一圈近2小时. Beijing Morning News.
- ^ "北京地铁诞生记:周总理称筹建地铁是为备战(第一部分)". 北京日报. 新华网. 2007-09-28. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2009. Dicapai pada 2009-01-23.
- ^ "北京城市轨道交通线网调整规划". 郭春安. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-05. Dicapai pada 2009-07-29.
- ^ 北京地铁10号线一期奥运前竣工 解读全部站点. 搜狐. 2007-10-08. Dicapai pada 2009-07-29.
- ^ a b (Chinese) 北京地铁10号线二期12月28日开工 京华时报 Nov. 4, 2008
- ^ "北京:地铁10号线二期12月28日开工 2013年竣工". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-03. Dicapai pada 2009-07-29.
- ^ a b c "4条地铁新线12月30日试运营". 北京市重大项目建设指挥部办公室. 2013-01-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2013-01-20.
- ^ (Chinese)"北京地铁10号线拟明年5月全线"O"形贯通". 北京晨报. Dicapai pada 19 December 2012.
- ^ "BII Line 10 Phase II page" (dalam bahasa Cina).
- ^ 北京地铁10号线贯通一个月客流增近八成. chinanews. Dicapai pada 2013-06-06.
- ^ "北京地铁10号线拆座椅增运力,但最拥挤的还不是这条线|界面新闻". 2019-05-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-08. Dicapai pada 2022-04-14.
- ^ "北京地铁10号线试点拆部分座椅,网友:4号线6号线了解一下? | 北晚新视觉". www.takefoto.cn. Dicapai pada 2022-04-14.
- ^ "站间公里数 北京地铁官方网站".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Laluan 10 (Kereta Api Bawah Tanah Beijing) di Wikimedia Commons