Lateen
Penampilan
Lateen (daripada bahasa Inggeris, lateen, daripada bahasa Perancis, latine, bermaksud "Latin"[1]) atau "tali-menali Latin" ialah layar bentuk tiga segi yang dipasang pada yard (spar pada bahagian bawah layar) dan diletak senget (bersudut) pada tiang layar. Duduknya mengikut arah luan-buritan.
Layar lateen berasal daripada zaman Rom kuno dan sering dijumpai di wilayah Laut Mediterranean, Sungai Nil, dan wilayah barat laut Lautan Hindi di mana ia merupakan tali-menali standard buat kapal dhow dan falukah. Layar lateen masih digunakan sebagai tali-menali kapal ikan di Mediterranean, dan ia terkenal di kalangan pengguna bot layar kecil seperti dingi.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lateen |
- The ship's development during the Middle Ages, lihat bawah halaman bagi terjemahan bahasa Inggeris
- PolySail International arahan membina layar lateen yang seperti Sunfish
- I. C. Campbell, "The Lateen Sail in World History", Journal of World History (University of Hawaii), 6.1 (Musim Bunga 1995), hlmn. 1–23