[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Order of the German Eagle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Kepujian Helang Jerman
Verdienstorden vom Deutschen Adler
Lencana leher Darjah Helang Jerman
Dianugerahkan oleh Jerman Nazi
JenisDarjah kebesaran
Dizahirkan1 Mei 1937 Sunting ini di Wikidata
NegaraJerman Nazi Sunting ini di Wikidata
KelayakanWarganegara Jerman dan warga asing
Dianugerahkan untukperkhidmatan tentera dan awam
StatusLuput
GredEnam
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Order of Merit of the German Eagle (Jerman: Verdienstorden vom Deutschen Adler) ialah sejenis anugerah rejim Jerman Nazi, terutamanya untuk para diplomat asing. Darjah ini telah dizahirkan pada 1 Mei 1937 oleh Adolf Hitler.[1] Ia tidak lagi dikurniakan selepas kejatuhan Jerman Nazi pada akhir Perang Dunia II di Eropah. Pemakaian darjah Order of Merit of the German Eagle adalah dilarang dalam Republik Persekutuan Jerman.

Order of Merit of the German Eagle ialah anugerah diplomatik dan kehormat yang dikurniakan kepada warga asing ternama, khususnya diplomat.

Selain anugerah kepada bukan Jerman, Menteri Luar Reich dan Penaung Reich Bohemia dan Moravia menerima 'Gred Khas' (Sonderstufe), dengan insignia yang sama dengan Grand Cross of the Order. Sehubungan itu, Menteri Luar Konstantin von Neurath, menerima Darjah Gred Khas, dengan anugerah seterusnya kepada Joachim von Ribbentrop atas pelantikannya sebagai Menteri Luar Negeri pada tahun 1938.[2] Pada tahun 1943 Dr. Wilhelm Frick memerima Gred Khas selepas menjadi Penaung Reich Bohemia dan Moravia.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "AWM Collection Record: RELAWM30337A". Australian War Memorial. September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2012. Dicapai pada 2008-12-01.
  2. ^ Wendel, Marcus. "Holders of the Grand Cross of the Order of the German Eagle in Gold". Axis History Factbook. Dicapai pada 2017-08-12.
  3. ^ David Littlejohn; Colonel C. M. Dodkins. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R.James Bender Publishing California. m/s. 20 confirms all 3 German recipients.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]