[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang Amis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Amis
Amis
Pangcah
Jumlah penduduk
223,921 orang (2024)[1]
Kawasan ramai penduduk
Taiwan
Bahasa
bahasa Amis, bahasa Mandarin Taiwan
Agama
Animisme, agama Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
orang Sakizaya

Orang Amis (amis dalam bahasa Amis bermaksud "utara", juga mengenal diri sebagai Pangcah "manusia"; Bahasa Cina: 阿美族pinyin: Āměi-zú) adalah etnik peribumi asli rumpun Austronesia di Taiwan. Tanah adat mereka di sepanjang lembah sempit antara Banjaran Tengah dan Banjaran Sawaliyan/Pesisir menjangkau timur pulau Taiwan sampai Semenanjung Hengchun (Palidaw); mereka juga banyak mendiami kota-kota. Kependudukan mereka dikira seramai 223,921 orang mengikut banci 2024[1] dan antara puak asli terbesar bangsa Taiwan;[2] mereka pernah orang asli paling ramai menurut bancian 2014 sebanyak 37.1 peratus.[3][4] Bahasa mereka bahasa Amis.

Pada masa sekarang, orang Amis juga berkahwin campur dengan orang Cina ataupun penduduk asli lainnya.[5] Susur galur keturunan asal mereka mengikut darah sebelah ibu.[6] Genetik mereka sangat dekat dengan penduduk kepulauan Filipina.[7][8]

Pembahagian puak

[sunting | sunting sumber]

Menurut buku Taiwanese Aboriginal History, bangsa Amis dibahagikan kepada lima puak:

  • Puak Utara terletak di Daratan Chihlai/Hualien (Kalinko)
  • Puak Tengah terletak di barat Pegunungan Pesisir/Sawaliyan
  • Puak Pesisir terletak di timur Pegunungan Pesisir/Sawaliyan
  • Puak Falangaw terletak di Daratan Chenggong dan Taitung
  • Puak Hengchun terletak di Semenanjung Hengchun/Palidaw
  1. ^ a b "阿美族"[1] Diarkibkan Jun 27, 2023 di Wayback Machine ,原住民族委員會,2023年6月27日查閱.
  2. ^ 原住民族委員會全球資訊網 (2010-12-20). "原住民族16族簡介". 原住民族委員會全球資訊網. Dicapai pada 2024-06-19.
  3. ^ Chia-chen, Hsieh; Wu, Jeffrey (15 February 2015). "Amis Remains Taiwan's Biggest Aboriginal Tribe at 37.1% of total". FocusTaiwan.tw (dalam bahasa Inggeris). The Central News Agency. Dicapai pada 30 April 2015.
  4. ^ "Table 28: Indigenous Population Distribution in Taiwan-Fukien Area", National Statistics, Republic of China, Taiwan: Directorate General of Budget, Accounting and Statistics, Executive Yuan (DGBAS), diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2007, dicapai pada 30 August 2006.
  5. ^ Olson, James Stuart, An Ethnohistorical Dictionary of China, Google.
  6. ^ "Ami", Ethnologue.
  7. ^ plbi-03-08-05 1..11 (PDF), PLOS journals.
  8. ^ HPGL (PDF), 64, Stanford, 2001, m/s. 432, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-02-14, dicapai pada 2015-02-01 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]