[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Juruanimasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juruanimasi
Juruanimasi bereksperimen Norman McLaren melakar pada filem pada tahun 1944.
Pekerjaan
NamaJuruanimasi
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
kemahiran
Bidang pekerjaan
Animasi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Juruanimasi (juga dalang)[1] ialah artis yang mereka berbilang imej bergelar bingkai atau kerangka, dan kerangka kekunci yang membentuk ilusi pergerakan iaitu animasi apabila dipaparkan dengan secepatnya. Juruanimasi bekerja dalam pelbagai bidang termasuk filem, televisyen, permainan video, dan internet. Biasanya, sesuatu kerja animasi memerlukan kerjasama beberapa orang juruanimasi. Kaedah-kaedah mereka imej atau kerangka untuk hasil animasi bergantung pada gaya kesenian dan bidang juruanimasi berkenaan.

Artis-artis lain yang menyumbang kepada kartun animasi selain juruanimasi, termasuk pelukis susun atur (yang mereka latar belakang, pencahayaan, dan sudut kamera), artis papan cerita (yang melakarkan panel-panel aksi berdasarkan skrip), dan artis latar (yang melukiskan "suasana"). Lebih-lebih lagi, pelakon suara, pemuzik dan lain-lain lagi diperlukan untuk memperkayakan lagi hasil animasi.

Bidang khusus

[sunting | sunting sumber]

Antara pengkhususan bidang bagi juruanimasi termasuk juruanimasi watak (yang tertumpu pada pergerakan, dialog, lakonan watak dsb.) dan juruanimasi kesan khas (yang menganimasi apa-apa selain watak; selalunya kenderaan, jentera, dan fenomena alam seperti hujan, salji dan air).

Artis perantaraan dan pembersihan

[sunting | sunting sumber]

Di studio-studio lebih besar, setiap juruanimasi dibantu oleh beberapa orang pembantu, iaitu "inbetweeners" dan "cleanup artists", yang membuat lakaran antara "key pose" yang dilakarkan oleh juruanimasi, serta melakar semula mana-mana lakaran yang terlalu kasar. Biasanya, seseorang artis yang baru diambil kerja ke dalam kategori ini, sebelum boleh mengorak langkah ke taraf juruanimasi sepenuhnya.

Dahulu kala, proses animasi ini amat sulit memakan masa yang amat lama; setiap kerangka dalam babak yang disediakan dilakar dengan tangan, kemudian disusun dalam helaian-helaian seluloid untuk disurih dan diwarnakan. Selepas itu, seluloid tersebut dikumpulkan bersama dan dirakam dalam filem, satu kerangka sekali.[2]

Kini, sudah ada bermacam-macam kaedah animasi. Kartun masa kini boleh direka menggunakan mana-mana kaedah yang sesuai, kebanyakannya menggunakan komputer agar proses animasi lebih cepat dan cekap, sekaligus membolehkan kerja juruanimasi lebih mudah dan kreatif.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mansor Puteh (1989). Glosari Perfileman. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 21.
  2. ^ "How A Cartoon is Made" http://www.sci.fi/~animato/cartoon/cartoon.html Diarkibkan 2006-09-25 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]