[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

  1. Ayat penyata:
  2. Ayat perintah
  3. Ayat tanya
  4. Ayat seru


  • Ayat aktif dengan kata kerja transitif
  • Ayat aktif dengan kata kerja pasif


Ayat pasif

[sunting | sunting sumber]

Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:

  • Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
  • Perkara itu sudah diselesaikan

adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Ayat perintah

[sunting | sunting sumber]

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan Harap-harap hari tidak hujan.


Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:


Ayat nafi

[sunting | sunting sumber]

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

  • Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
  • Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:

Ayat biasa Ayat nafi
Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.


Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:

  1. Bukankah orang itu guru kamu?
  2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
  3. Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa nama

[sunting | sunting sumber]

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:

  1. Ini bukan kucing.
  2. Malaysia bukan negara republik.
  3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.

Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:

  1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
  2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.

Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

  1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
  2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.

Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi

[sunting | sunting sumber]

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:

  1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
  2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
  3. Malaysia bukan di benua Afrika.
  4. Buku ini bukan untuk anda.

Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku

[sunting | sunting sumber]

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya

[sunting | sunting sumber]

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

[sunting | sunting sumber]

1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

[sunting | sunting sumber]


Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?


Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.   Menggunakan partikel "kah"

[sunting | sunting sumber]

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?


Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3.   Menggunakan pelbagai kata

[sunting | sunting sumber]

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Kata Ayat tanya
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?
Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa Mengapa kamu datang lambat hari ini?. Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?


Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

[sunting | sunting sumber]

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

  • Tetamu sudah tibakah?
  • Buah itu sudah masakkah?
  • Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

  • Tetamu sudah tibake?
  • Buah itu sudah masakke?
  • Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang

[sunting | sunting sumber]

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang
Ayat inti Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.
Ayat tanya Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan? Belum makankah kamu?
Ayat pasif Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.


Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti

[sunting | sunting sumber]

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan

[sunting | sunting sumber]

Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

  1. Ayat dengan ayat
  2. Subjek dengan subjek
  3. Predikat dengan predikat
  4. Adverba dengan adverba
  5. Objek dengan objek.
  6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.


Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan
Ayat dengan ayat Abu amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya.
Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
Subjek dengan subjek Ali suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis.
Ali dan Ahmad suka makan manggis.
Predikat dengan predikat Mereka menghadiri ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Adverba dengan adverba Saya akan menghabiskan kerja itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa.
Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
Objek dengan objek Ibu membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar.
Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan - Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.


Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:

  1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
  2. Polar tidak percaya.

Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:

Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

Ayat pancangan

[sunting | sunting sumber]

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:

  • Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
  • Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
  • Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.