[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jeneral-Negara Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belanda

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Belanda



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
"Binnenhof", di mana dewan bawah dan atas Jeneral-Negara bermesyuarat. Menara tengah adalah pejabat perdana menteri.

Staten-Generaal (disebut ˈstaːtə(ŋ) ɣeːnəˈraːl ) adalah nama diberikan untuk badan parlimen kerajaan Belanda. Ia terdiri daripada dua dewan yakni Tweede Kamer ("Dewan Kedua") yang bawah dan terpenting dipilih melalui pilihan raya, dan Eerste Kamer ("Dewan Pertama" juga digelar sebagai Senat, bahasa Belanda: Senaat) yang atas dipilih secara tidak langsung oleh ahli perundangan peringkat provinsi. Bilik mesyuarat Jeneral Negara adalah di Binnenhof (Mahkamah Dalam) di Den Haag.

Badan ini asalnya menampung para wakil dari tiga darjat masyarakat (staat muf. staten jam. "kuasa"[1]) yang wujud di Belanda ketika masih di bawah pemerintahan Habsburg Sepanyol yang kemudiannya tergabung membentuk badan perwakilan memasing untuk setiap provinsi;[2] setiap badan wakil ini pula dihimpunkan dalam suatu Staten-Generaal atau Algemene Staten ("Persebanyakan Kuasa-Kuasa Negeri").[3]

Dewan Kesatria, di mana Jeneral Negara bertemu dalam sesi bersama untuk pembukaan rasmi parlimen pada Selasa ke-3 bulan September

Jeneral-Negara bertemu dalam sesi bersama sekurang-kurangnya sekali setiap tahun pada pembukaan tahun parlimen, apabila Ratu memberikan Ucapan dari Takhta pada Hari Prinsjesdag. Pada hari-hari istimewa, seperti apabila Jeneral-Negara mengundi mengenai perkahwinan seorang kerabat diraja, bila seorang raja dimahkotakan atau apabila seorang kerabat diraja meninggal dunia, kedua-dua dewan juga bertemu dalam sesi bersama (Bahasa Belanda: Verenigde Vergadering). Pengerusi Eerste Kamer menjadi pengerusi mesyuarat ini. Mesyuarat sebegini dilangsungkan di Ridderzaal (Dewan Kesatria) di Binnenhof, kecuali untuk pertabalan yang mengambil tempat di Nieuwe Kerk di Amsterdam. Pada waktu yang lain, kedua-dua dewan menjalankan mesyuarat secara berasingan.

Mengikut perlembagaan fungsi parlimen diberikan pada kedua-dua dewan, kecuali hak inisiatif dan pemindaan. Dari segi amalan Tweede Kamer menjalankan fungsi ini, kerana Eerste Kamer hanya bermesyuarat sehari seminggu. Sesi Bersama juga melantik raja jika tiada pewaris tahta dan pemangku raja pula tidak dapat melaksanakan kuasanya.

Error: tiada nama laman disertakan (help).

  1. ^ Badings, A. H. L. (1901). "staat". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 199. –, vermogen, koewâsa.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Unlike the Estates General of France, which were organised by estate.
  3. ^ Koenigsberger, H.G. (2001). Monarchies, States Generals and Parliaments: The Netherlands in the Fifteenth and Sixteenth Centuries. Cambridge U.P. m/s. 5–15.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]