[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jawi, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan tanda menuju ke Jawi di Lebuhraya Utara-Selatan
Papan tanda menuju ke Jawi di Lebuhraya Utara-Selatan

Jawi atau nama lainnya Sungai Jawi (Jawi: جاوي, Cina: 爪夷) ialah sebuah bandar lebuh raya Pulau Pinang, Malaysia dan bandar penduduk sederhana di negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Nibong Tebal dan Sungai Bakap serta agak dekat sama negeri Kedah. Jawi berada dalam kawasan parlimen Nibong Tebal.Walaupun bandar ini kecil tetapi bandar ini ialah Pusat Pentadbiran bagi daerah Seberang Perai Selatan.

Perkhidmatan bank tidak banyak didapati di Jawi. Bank-bank terdekat selain di Jawi adalah di Nibong Tebal dan Sungai Bakap. Jawi dan Nibong Tebal juga merupakan pekan terakhir di Pulau Pinang. Kawasan seterusnya telah meliputi negeri Perak.

Jawi juga merupakan pintu keluar dari Kulim, Junjong dan Tasek. Sungai Jawi juga berdekatan dengan Sungai Bakap dan Nibong Tebal.

Bukit Jawi Golf Resort juga terletak di sini. Tol pekan Jawi juga merupakan laluan orang Kulim dari Kedah keluar ke lebuh raya Ipoh, Kuala Lumpur, dan Selatan sebagai jalan pintas semasa bercuti. Jarak Jawi ke Kuala Lumpur ini telahpun dipendekkan menjadi 300 km lebih sedikit selepas keluar tol.

Kemudahan Awam

[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam ialah :

  • Econsave Jawi
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan
  • Hospital Sungai Bakap
  • Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
  • Bank Islam Jawi
  • Pejabat Pos Sungai Bakap

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Perkampungan

[sunting | sunting sumber]
  • Kampung Jawi, Sungai Bakap