Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IPC |
Cogan kata | Spirit in Motion |
Jenis/bentuk sah | Persekutuan sukan |
Keanggotaan | 176 Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Jerman, Inggeris, dan Perancis dan bahasa rasmi negara tuan rumah jika perlu |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 22 September 1989 |
Pengasas | Robert Steadward |
Pengurusan | |
Pengerusi | Andrew Parsons |
Presiden | Andrew Parsons |
Naib Presiden | Duane Kale |
Perangkaan | |
Hasil/pendapatan | 19,276,939 euro (2020) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bonn, Jerman |
Lokasi |
|
Koordinat | 50°43′10″N 7°6′58″E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC; Jawi: جاوتنکواس ڤاراليمڤيک انتارابڠسا ; bahasa Inggeris: International Paralympic Committee ; Jerman: Internationales Paralympisches Komitee ) ialah organisasi bukan keuntungan antarabangsa dan badan pentadbiran global bagi Pergerakan Paralimpik. IPC menganjurkan Sukan Paralimpik dan berfungsi sebagai persekutuan antarabangsa untuk sembilan sukan. Ditubuhkan pada 22 September 1989 di Düsseldorf, Jerman, misinya adalah "Untuk membolehkan atlet Paralimpik untuk mencapai kecemerlangan sukan dan menginspirasi dan mengujakan dunia". Tambahan pula, IPC ingin mempromosikan nilai-nilai Paralimpik dan mewujudkan peluang sukan untuk semua orang yang mempunyai kecacatan, dari peringkat pemain baru hingga peringkat elit.[1][2]
IPC mempunyai perlembagaan dan struktur yang demokratik dan terdiri daripada wakil-wakil dari 176 Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC), empat pertubuhan sukan antarabangsa untuk orang kurang upaya (IOSD) dan lima organisasi serantau. Ibu pejabat IPC terletak di Bonn, Jerman.[3]
Atas asasnya untuk menganjurkan Sukan Paralimpik dengan lebih cekap dan menyatukan pergerakan Paralimpik, empat pertubuhan antarabangsa yang digabungkan di bawah IOSD telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa bagi Organisasi Sukan Dunia untuk Orang Kurang Upaya (ICC) pada tahun 1982. Pada tahun-tahun yang akan datang, ICC disertai oleh pertubuhan-pertubuhan yang lain dan wujudnya keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi yang dipandu secara demokratik. Negara-negara yang mengambil bahagian dalam Pergerakan Paralimpik mengingini sebuah struktur yang demokratik dan menuntuk agar ICC meningkatkan perwakilan nasional dan serantau. Hal ini telah membawa kepada penubuhan IPC seperti yang diketahui pada hari ini. Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1994 yang dianjurkan di Norway merupakan temasya pertama yang dianjurkan oleh IPC.[4][5]
IPC berfungsi sebagai sebuah organisasi payung yang mewakili beberapa sukan dan kecacatan. Hal ini berbeza dengan pertubuhan sukan untuk orang kurang upaya antarabangsa lain yang biasanya terhad kepada satu sukan atau satu jenis kecacatan sahaja.
Perkataan "Paralimpik" berasal dari bahasa Yunani "para" ("di sebelah" atau "bersebelahan"). dan "Olimpik". Konotasi asal bagi suku kata "para" ialah kelumpuhan atau paraplegia. Tetapi oleh sebab Sukan Paralimpik mempunyai kumpulan kecacatan yang lain dan hubungan pertubuhan tersebut dengan Pergerakan Olimpik yang kian rapat, "para" lebih menekankan kewujudan kedua-dua pergerakan tersebut secara bersebelahan.
Lembaga Pengelola IPC yang terdiri daripada lima belas ahli bertanggungjawab untuk mengawasi IPC di antara mesyuarat-mesyuarat Perhimpunan Agung. Dr. Robert D. Steadward menjadi Presiden IPC yang pertama pada tahun 1989.[6] Pada tahun 2017, Andrew Parsons dilantik sebagai Presiden IPC dan beliau memegang jawatan tersebut hingga kini.
Bilangan atlet dan NPC yang mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik sentiasa meningkat, bersama dengan bilangan penonton. Sukan untuk orang kurang upaya kini berkembang pesat pada tahap kebangsaan dan antarabangsa.[7]
Senarai presiden
[sunting | sunting sumber]Setakat ini, terdapat tiga individu yang memegang jawatan Presiden IPC. Presiden pertama IPC merupakan Robert Steadward dari Kanada yang memegang jawatan tersebut dari 1989 hingga 2001. Beliau turut merupakan pengasas Dana Sukan untuk Orang Kurang Upaya Kanada.[8] Beliau digantikan oleh Sir Philip Craven, seorang atlet Paralimpik British dan bekas presiden Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Antarabangsa. Pada tahun 2017, beliau menyerahkan jawatannya kepada Andrew Parsons, naib presiden IPC dari 2013 hingga 2017 serta bekas presiden Jawatankuasa Paralimpik Brazil.[9]
Imej | Nama | Negara | Tempoh |
---|---|---|---|
Robert Steadward | Kanada | 1989–2001 | |
Sir Philip Craven | United Kingdom | 2001–2017 | |
Andrew Parsons | Brazil | 2017–kini |
Lembaga Pengelola
[sunting | sunting sumber]Lembaga Pengelola IPC terdiri daripada 14 ahli termasuk presiden dan naib presiden yang dilantik semasa Perhimpunan Agung.
- Andrew Parsons (Brazil), Presiden
- Duane Kale (New Zealand), Naib Presiden
- Debra Alexander (International Triathlon Union)
- Mohamed Alhameli (Emiriah Arab Bersatu)
- Marianna "Muffy" Davis (AS)
- Rita van Driel (Belanda)
- Sung Il Kim (Korea Selatan)
- Luca Pancalli (Itali)
- Leonel da Rocha Pinto (Jawatankuasa Paralimpik Afrika)
- Tim Reddish (Great Britain)
- Juan Pablo Salazar (Colombia)
- Yasushi Yamawaki (Jepun)
Pengerusi Majlis Atlet Paralimpik ialah Chelsey Gotell, seorang atlet renang Paralimpik. Beliau turut mempunyai hak undi dalam lembaga ini.[10]
Lembaga Kehormat IPC
[sunting | sunting sumber]IPC mempunyai sebuah lembaga kehormat yang terdiri daripada individu terkenal yang menyokong objektif IPC dan IPC akan menggunakan kepopularan mereka untuk menigkatkan kesedaran dan mengumpulkan dana.[11]
Lembaga Kehormat kini terdiri daripada:
- Puteri Margriet dari Belanda
- Grand Duchess Maria Teresa dari Luxembourg
- Victoria, Puteri Mahkota Sweden
- Putera Albert dari Monaco
- James Wolfensohn, bekas Presiden World Bank
- Maria Guleghina, penyanyi opera
- Puteri Haya Bint Al Hussein
- Thérèse Rein, Pengasas Ingeus
- Puteri Astrid dari Belgium.
Pertubuhan di bawah IPC
[sunting | sunting sumber]World Para Alpine Skiing
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Ski Alp Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaAlpineSkiing.org (Paralympic.org/alpine-skiing)
- Nama sukan: Para ski alp[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Alpine Skiing[12]
World Para Athletics
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Olahraga Dunia, Kejohanan Para Olahraga Eropah dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaAthletics.org (Paralympic.org/athletics)
- Nama sukan: Para olahraga[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Athletics[12]
World Para Dance Sport
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Sukan Tarian Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaDanceSport.org (Paralympic.org/dance-sport)
- Nama sukan: Para sukan tarian[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Wheelchair Dance Sport[12]
World Para Ice Hockey
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Hoki Ais Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaIceHockey.org (Paralympic.org/ice-hockey)
- Nama sukan: Para hoki ais[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Ice Sledge Hockey[12]
World Para Nordic Skiing
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Ski Nordik Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaNordicSkiing.org (Paralympic.org/nordic-skiing)
- Nama sukan: Para ski Nordik[12] (termasuk Para biathlon dan Para ski rentas desa)
- Nama bekas jawatankuasa sukans: IPC Biathlon & IPC Cross-Country[12]
World Para Powerlifting
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Dunia Para Powerlifting dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaPowerlifting.org (Paralympic.org/powerlifting)
- Nama sukan: Para powerlifting[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Powerlifting[12]
World Shooting Para Sport
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Menembak Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldShootingParaSport.org (Paralympic.org/shooting)
- Nama sukan: Para menembak[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Shooting[12]
World Para Snowboard
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Luncur Papan Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaSnowboard.org (Paralympic.org/snowboard)
- Nama sukan: Para luncur papan salji[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Snowboard[12]
World Para Swimming
[sunting | sunting sumber]Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Renang Dunia dan pertandingan lain.
- Laman web rasmi: WorldParaSwimming.org (Paralympic.org/swimming)
- Nama sukan: Para renang[12]
- Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Swimming[12]
Program The Paralympic Partner
[sunting | sunting sumber]Program penajaan The Paralympic Partner terdiri daripada penaja komersial Sukan Paralimpik yang berikut:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ International Sports Federations Diarkibkan 2016-08-19 di Wayback Machine, International Paralympic Committee (IPC)
- ^ Contacts - International Sports Federations (IFs), International Paralympic Committee (IPC)
- ^ "Andrew Parsons elected new IPC President". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. 8 September 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
- ^ "Governing Board". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. Dicapai pada 30 November 2017.
- ^ "Honorary Board". IPC.
- ^ "Former IPC President Dr. Robert Steadward to be Inducted into the Alberta Order of Excellence". Canada News Wire (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Oktober 2010.
- ^ Connolly, Eoin (28 Jun 2018). "IPC president Andrew Parsons on what lies ahead for the Paralympic movement". Sports Pro Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Jun 2018.
- ^ "Robert Steadward, builder" Diarkibkan 25 Disember 2009 di Wayback Machine, Canadian Paralympic Committee
- ^ "Andrew Parsons elected new IPC President". paralympic.org. International Paralympic Committee. 8 September 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
- ^ "Governing Board". paralympic.org. International Paralympic Committee. Dicapai pada 30 November 2017.
- ^ "Honorary Board". IPC.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "The IPC to rebrand the 10 sports it acts as International Federation for" (Siaran akhbar). International Paralympic Committee. 30 November 2016. Dicapai pada 13 December 2016.