[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

John Milton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

John Milton (9 Disember 1608 – 8 November 1674) ialah seorang pemuisi, ahli polemik, ahli persuratan, dan pegawai kerajaan Inggeris di bawah Oliver Cromwell. Beliau menulis pada zaman perubahan keagamaan dan politik, dan masyhur kerana puisi epik bertajuk paradise Lost.

Puisi dan prosa Milton mencerminkan pegangan peribadi yang mendalam, perasaan yang amat sangat terhadap kebebasan dan penentuan diri, dan isu-isu serta pergolakan politik zamannya. Milton menulis dalam bahasa-bahasa Inggeris, Itali dan Latin dan mengecap kemasyhuran semasa masih hidup. Karyanya yang disanjung tinggi, Areopagitica (ditulis untuk mengecam penapisan sebelum penerbitan) merupakan satu-satunya penulisan yang mempertahankan kebebasan bersuara dan kebebasan pencetakan yang amat berpengaruh dan kuat dalam sejarah.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.