[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Irene Ng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Irene Ng
Kelahiran
Sze Ng (敏黃)

(1974-07-30) 30 Julai 1974 (umur 50)
PekerjaanPelakon, guru prasekolah
PasanganDavid Rosa (2008-)

Irene Ng (lahir Sze Ng (敏黃) pada 30 Julai 1974 di Pulau Pinang, Malaysia) adalah seorang pelakon Cina Amerika dikenali dengan watak Shelby Woo di The Mystery Files of Shelby Woo Nickelodeon, yang disiarkan dari 1996 ke 1999.

Ng pindah dari Malaysia ke Allentown, Pennsylvania pada 1989, pada usia 15 tahun, dengan ibu bapanya dan juga adik-beradik perempuan dan lelakinya. Dia menghadiri Sekolah Menengah William Allen di Allentown. Pada usia 16 tahun, dia ditemui oleh ejen televisyen apabila dia memenangi sebuah pertandingan ratu kecantikan remaja bandar Pennsylvania (Miss Metro Teen Pennsylvania).

Pada 1995 dia berlakon bersama Pierce Brosnan dalam Night Watch (filem 1995).

Ng telah berlakon dalam beberapa watak dalam All My Children dan Figure It Out. Dia telah menjadi tetamu lakonan dalam Law & Order dan Teen Angel. Dia juga telah bermuncul dalam beberapa wayang, termasuk The Joy Luck Club dan Heaven & Earth Oliver Stone.

Ng adalah seorang siswazah dari Universiti Harvard. Dia adalah bekas pekerja bank untuk Merrill Lynch, dan telah berkahwin dengan David Rosa pada Julai 2008.

  • The Sterling Chase - ( Cathy / 1999 )
  • Hard Men - ( Suki / 1998 / Union Generale )
  • Heaven And Earth - ( 1st Torture Girl / 1993 )
  • The Joy Luck Club - ( Lindo Usia--15 / 1993 / Intercontinental )
  • Rogue Trader Bonnie Lee
  • Alistair MacLean's Night Watch Myra Tang
  • Body Story II Jacey
  • Teen Angel Nia Chen
  • Membintangi Nickelodeon's "The Mystery Files of Shelby Woo" 1996
  • Peranan berulang dalam opera sabun (soap opera) siang ABC "All My Children" 1991

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]