Ikan (makanan)
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.
Penyediaan
[sunting | sunting sumber]Makanan laut boleh disediakan dengan berbagai-bagai cara:
- dihidangkan secara mentah (misalnya sasyimi);
- diawetkan melalui memerap (misalnya escabeche), menjeruk (misalnya ikan hering jeruk), atau menyalai (misalnya ikan salmon salai).
- dimasak melalui membakar, menggoreng (misalnya ikan dan kentang goreng), menggril, merenih (misalnya air celuran), atau mengukus.
Banyak teknik pengawetan yang digunakan oleh berbagai-bagai budaya kini tidak diperlukan lagi tetapi masih digunakan untuk rasa dan teksturnya.
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Perbandingan nutrien dalam 100 g ikan putih atau ikan berminyak | |||
---|---|---|---|
Gizi | Ikan putih Ikan pollock Alaska[1] |
Ikan berminyak Ikan hering Atlantik[2] |
|
Tenaga (kcal) | 111 | 203 | |
Protein (g) | 23 | 23 | |
Lemak (g) | 1 | 12 | |
Kolesterol (mg) | 86 | 77 | |
Vitamin B-12 (µg) | 4 | 13 | |
Fosforus (mg) | 267 | 303 | |
Selenium (µg) | 44 | 47 | |
Omega-3 (mg) | 509 | 2014 |
Ahli pemakanan mengesyorkan setinggi-tingginya diet yang tetap mengandungi ikan kerana ikan, khususnya ikan air masin, mengandungi banyak asid lemak Omega 3 yang ramah jantung.[3] Ini diterka sebagai salah satu sebab utama mengapa orang Eskimo mengalami risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Bangsa Jepun dan orang Nordik juga dicadangkan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana memakan lebih banyak ikan dan makanan laut, antara sebab-sebab yang lain. Selain itu, diet Mediterranean juga mengandungi banyak ikan. Oleh sebab ikan juga dapat memanfaatkan kulit manusia, ahli pemakanan mengesyorkan bahawa ikan dimakan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
Intermediate Technology Publications menulis dalam tahun 1992 bahawa "Ikan menyediakan sumber protein yang baik berkualiti tinggi dan mengandungi banyak vitamin dan mineral. Ia boleh dikelaskan sebagai sama ada ikan putih, ikan berminyak, atau kerang. Ikan putih, seperti haddock dan seer, mengandungi lemak yang sangat sedikit (biasanya kurang daripada 1%) manakala ikan berminyak seperti sardin, mengandungi antara 10-25%. Ikan berminyak, hasil daripada kandungan lemak yang tinggi, mengandungi pelbagai vitamin lemak larut (A, D, E dan K) dan asid lemak penting, semua yang penting untuk badan sihat."[4]
Manfaat kesihatan
[sunting | sunting sumber]Penyelidikan sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa nutrien dan mineral dalam ikan, dan terutamanya asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan pelagik, yang elok untuk jantung, perkembangan otak dan pembiakan. Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia.[5]
Bahaya kesihatan
[sunting | sunting sumber]Ikan ialah makanan yang paling biasa menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan tercekik. Tercekik ikan bertanggungjawab terhadap kira-kira 4,500 kemalangan yang dilaporkan di UK pada tahun 1998.[6]
Alahan
[sunting | sunting sumber]Alahan makanan laut ialah hipersensitiviti kepada alergen yang hadir dalam ikan, dan terutamanya dalam kerang. Ini boleh menyebabkan reaksi keterlaluan sistem imun dan menyebabkan gejala fizikal yang teruk.[7] Kebanyakan orang yang mempunyai alahan makanan juga mempunyai alahan makanan laut.[8] Reaksi alahan boleh disebabkan oleh menelan makanan laut, atau dengan bernafas dalam wap daripada penyediaan atau masakan makanan laut.[9] Reaksi alahan makanan laut yang paling teruk ialah anafilaksis, kecemasan yang memerlukan perhatian segera. Ia dirawat dengan epinefrina.[10]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ United States Department of Agriculture (September 2011). "Nutrient data for 15067, Fish, pollock, walleye, cooked, dry heat". USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 24. Dicapai pada 22 July 2012.
- ^ United States Department of Agriculture (September 2011). "Nutrient data for 15040, Fish, herring, Atlantic, cooked, dry heat". USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 24. Dicapai pada 22 July 2012.
- ^ University of Michigan Health System.
- ^ Fellows P and Hampton A (Eds.) (1992) Fish and fish products Diarkibkan 2019-02-08 di Wayback Machine Chapter 11 in: Small-scale food processing - A guide for appropriate equipment Intermediate Technology Publications, FAO, Rome. ISBN 1-85339-108-5.
- ^ "Nutritional Aspects of Fish Diarkibkan 2008-11-15 di Wayback Machine." Irish Sea Fisheries Board
- ^ "Accident Statistics : 1998 - Home and leisure accident report Summary of 1998 data p.16 Department of Trade and Industry (UK)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-30. Dicapai pada 2011-10-29.
- ^ National Institutes of Health, NIAID Allergy Statistics 2005 https://www.niaid.nih.gov/factsheets/allergystat.htm
- ^ "Allergy Facts and Figures," Asthma and Allergy Foundation of America http://www.aafa.org/display.cfm?id=9&sub=20&cont=518
- ^ "Seafood* (Fish, Crustaceans and Shellfish) - One of the nine most common food allergens". Canadian Food Inspection Agency. 2009-06-12. Dicapai pada 2009-06-21.
- ^ National Report of the Expert Panel on Food Allergy Research, NIH-NIAID 2003 http://www3.niaid.nih.gov/about/organization/dait/PDF/june30_2003.pdf Diarkibkan 2006-10-04 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Aquamedia, "Consumption of Fishery Products" retrieved from http://www.feap.info/economics/Tradebalance_en.asp Diarkibkan 2006-02-23 di Wayback Machine on 2007-09-17.
- Tidwell, James H. and Allan, Geoff L., "Fish as food: aquaculture’s contribution Ecological and economic impacts and contributions of fish farming and capture fisheries", 2001-11-15, retrieved from http://www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi?artid=1084135 on 2007-09-17.
- University of Michigan Health System, "Fish & Seafood" retrieved from http://www.med.umich.edu/umim/clinical/pyramid/fish.htm Diarkibkan 2007-05-26 di Wayback Machine on 2007-09-17.
- VegDining.com, "Frequently Asked Questions-Definitions" retrieved from http://www.ivu.org/faq/definitions.html on 2007-09-17.
- The State of World Fisheries and Aquaculture 2000, 2000, retrieved from http://www.who.int/nutrition/topics/3_foodconsumption/en/index5.html on 2007-11-17. World Health Organization.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Science Daily Benefits Of Eating Fish Greatly Outweigh The Risks, New Study Says
- Science Daily Experts Say Consumers Can Eat Around Toxins In Fish
- Scientific American Soy and fish protect from cancer: study.