[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hutan paya gambut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imej satelit untuk pulau Borneo pada 19 Ogos 2002 yang menunjukkan asap daripada pembakaran hutan-hutan paya gambut.

Hutan paya gambut merujuk kepada kawasan hutan tropika dan subtropika yang terdapat di belakang hutan paya laut menghala ke darat di mana terdapat tanah lembap khusus berisi gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies utama yang terdapat di kawasan ini ialah pokok meranti. Kawasan-kawasan hutan ini yang luas telah dibalak pada kadar yang tinggi.

Pada sepanjang dekad yang lalu, kerajaan Indonesia telah menyalir sebilangan hutan paya gambut di pulau Borneo untuk dijadikan tanah pertanian. Tahun-tahun kering pada 1997-8 and 2002-3 mengakibatkan kebakaran-kebakaran yang besar di dalam hutan-hutan paya gambut. Sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah mendapati bahawa hutan-hutan paya gambut merupakan suatu simpanan karbon yang penting untuk planet ini, dan kebakaran-kebakaran pada 1997-8 telah membebaskan sehingga 2.5 bilion tan karbon, dengan kebakaran-kebakaran pada 2002-3 membebaskan lagi antara 200 juta hingga 1 bilion tan karbon ke dalam atmosfera.

Kawasan ekologi hutan paya gambut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]