High School Musical
High School Musical | |
---|---|
Pengarah | Kenny Ortega |
Penulis | Peter Barsocchini |
Dihasilkan oleh | Don Schain |
Dibintangi | Zac Efron Vanessa Anne Hudgens Ashley Tisdale Lucas Grabeel Corbin Bleu Monique Coleman |
Sinematografi | Gordon Lonsdale |
Disunting oleh | Seth Flaum |
Diedarkan oleh | Walt Disney Company Buena Vista Pictures |
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
High School Musical (Muzikal Sekolah Tinggi) ialah suatu filem muzikal yang mengisahkan hasrat remaja yang ingin meneroka minat yang luar dari kebiasaan dan rutin. Filem ini memuatkan banyak lagu yang turut menyampaikan isi cerita. Cerita ini lebih bergenre romantik dan keremajaan serta gelagat pelajar sekolah. Filem ini disiarkan di Disney Channel dan memenangi Anugerah Emmy bagi Filem Asal Rancangan Disney dengan hasil koreografi oleh Kenny Ortega, Charles Klapow, dan Bonnie Story. Filem ini bakal mempunyai susulan iaitu High School Musical 2. Di Malaysia, Filem ini ditayangkan pada Ahad, 25 Jun 2006 jam 7:30 malam di Disney Channel Asia di Astro Saluran 61 (sekarang saluran 615). Kemudian, TV3 Malaysia ditayangkan pada 26 November 2006 pada jam 10 pagi.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Permulaan yang tidak disengajakan
[sunting | sunting sumber]Secara khususnya, cerita ini mengisahkan tentang Troy Bolton yang merupakan kapten pasukan bola keranjang sekolah yang aktif dan Gabriella Montez, seorang pelajar baru yang bijak dalam sains dan matematik, menghadapi cabaran untuk merealisasikan hasrat mereka. Mereka bertemu di sebuah parti ketika malam tahun baru dan mendapati mereka meminati muzik dan nyanyian apabila telah didesak untuk berduet karaoke. Mereka menyanyikan "Start of Something New" dan keserasian antara mereka timbul. Mereka sempat berkenalan dan bertukar nombor telefon sebelum berpisah.
Setelah bermula kembali penggal persekolahan, iaitu seminggu kemudian, ibu Gabriella dipindahkan ke Albuquerque, New Mexico, yang menyebabkan Gabriella turut berpindah ke Sekolah Tinggi East (East High) tanpa mengetahui yang Troy turut berada di sana sebagai kapten pasukan bola keranjang iaitu "East High Wildcats" bawah pemerhatian Encik Bolton, bapa Troy sendiri.
Miss Darbus yang merupakan guru kelas dan guru drama mereka mengalukan kembalinya pelajar dengan menggalakkan mereka untuk menyertai uji bakat bagi suatu persembahan muzikal yang memerlukan dua pasang penyanyi utama iaitu sebagai pasangan watak utama dan pembantu. Di dalam kelas pertama tersebutlah Troy mendapati yang Gabriella kini teman sekelasnya dan selepas kelas, mereka mendapati yang diri masing-masing ingin menyertai uji bakat walaupun masih berharap yang seorang lagi mengisi nama terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, kes telefon yang berdering di dalam kelas Miss Darbus menyebabkan beberapa palajar dikenakan kelas tahanan yang merupakan Sharpay, Ryan, Gabriella, Taylor McKessie, Chad Danforth dan Troy sendiri. Kelas tahanan yang dikenakan telah diadakan selepas kelas yang berbetulan berselisih dengan waktu latihan bola keranjang Troy dan Chad. Ini menyebabkan pertelingkahan antara Jurulatih Bolton dan Miss Darbus yang lantas menaikkan isu tersebut kepada pengetua. Perkara tersebut memberikan masa untuk pelajar-pelajar yang dikenakan tahanan itu berbincang termasuklah tawaran Taylor untuk Gabriella menyertai Kelab Dekatlon Akademik. Taylor mengetahuinya setelah Sharpay dan Ryan mendapati yang Gabriella amat berkebolehan dalam akademik dan pintar. Hal tersebut juga membolehkan rancangan Sharpay untuk 'menyingkirkan' Gabriella dengan membantunya menyertai pertandingan akademik tersebut sebelum Gabriella atau Troy merampas harapannya menjadi bintang dalam pementasan muzikal musim sejuk nanti.
Uji bakat pementasan
[sunting | sunting sumber]Troy mencuri tulang daripada melakukan latihan bola keranjang ketika waktu terluang dan mengelakkan diri dari dijumpai Chad serta bapanya untuk menyaksikan uji bakat. Di sana, dia kemudiannya turut terserempak dengan Gabriella di sana yang juga mempunyai niat yang sama tanpa mengetahui bahawa mereka bakal bertemu. Mereka tiba ketika Sharpay dan Ryan Evans, adik beradik yang terkenal dengan penglibatan dalam drama sekolah, sedang diuji bakat.
Selepas tamat persembahan mereka berdua dan Miss Darbus mendapati tiada lagi yang ingin menyertai, mereka berdua di ambil sebagai watak utama. Walau bagaimanapun, Gabriella dan juga Troy membuat keputusan pada minit terakhir untuk menyertai tetapi malangnya mereka telah terlambat dan permohonan mereka ditolak akibat tawaran telah ditutup. Kemudian mereka dengan kecewanya memuaskan hati dengan menyanyikan lagu yang sama dinyanyikan oleh Ryan dan Sharkpay ("What I've Been Looking For") dengan diiringi alunan piano oleh penggubah Kelsi Nielsen. Tanpa mengetahui yang Miss Darbus mendengar nyanyian mereka, mereka telah diberikan peluang untuk uji bakat akhir bagi pementasan muzikal tersebut.
Gabriella dan Troy mula merasakan tekanan apabila tingkah laku mereka di anggap luar norma kebiasaan seorang remaja dan risau akan pandangan warga sekolah yang lain. Gabriella, yang dianggap super-bijak dengan otak geliganya ketika di sekolah lama dahulu, risau akan dianggap sebagai ulat buku juga di East High. Begitu juga Troy yang merupakan bintang sukan bola keranjang dan kapten pasukan. Tidak akan terlintas di fikiran sesiapa yang dia akan menjadi penyanyi. Keadaan bertambah rumit apabila Troy terpaksa membuat bapanya membenarkannya menjadi menyanyi dalam pementasan itu walaupun dia tahu yang betapa bapanya dan Miss Darbus sering bertengkar akan bezanya seni dan sukan. Tidak hairan jika Troy menghadapi masalah dengan bapa dan rakannya apabila dia dikatakan lebih cenderung dengan nyanyian berbanding bola keranjang lebih-lebih lagi pasukan mereka bakal bertanding dengan lawan mereka iaitu West High.
Tambahan pula, Ryan dan Sharpay, yang sentiasa membintangi segala drama muzikal sekolah, menjadi geram dan berhasrat untuk melakukan apa saja untuk menghalang Troy dan Gabriella daripada 'merampas hak' mereka dalam 'persembahan mereka'. Konflik bertambah teruk antara Sharpay dan Gabriella apabila berlaku kemalangan di kafeteria ketika pelajar yang lain mendedahkan yang mereka turut mempunyai konflik dalaman dengan perasaan mereka yang mereka juga mempunyai hasrat di luar kebiasaan atau kelompok mereka. Ia ditunjukkan dalam babak nyanyian yang rakan Troy dan Chad dari kelas drama dan pasukan bola keranjang menyukai masakan, ulat buku ingin melibatkan diri dengan tarian rancak dan budak luncur minat bermain selo (dalam pakaian formal)!
Gabriella berbincang dengan Taylor tentang apa yang patut dilakukan untuk menerangkan hal sebenar walaupun Taylor tak dapat mengaitkannya dan Chad amat marah dan kecewa dengan Troy dengan menuduhnya menjatuhkan sekolah hanya semata-mata melakukan sesuatu yang 'bukan dirinya'. Pada masa yang sama, Troy dan Gabriella sentiasa mencari masa dan peluang untuk berlatih dengan Kelsi tanpa mendedahkannya kepada sesiapapun terutama jurulatih, pasukan bola keranjang dan ahli Kelab Dekatlon. Walau bagaimanapun, semua orang kini sudah mengetahui akan hal sebenar.
Rancangan besar
[sunting | sunting sumber]Chad memutuskan untuk memastikan Gabriella dan Troy berada di 'tempat yang sepatutnya' agar memastikan sekolah memperoleh kejayaan dalam setiap perlawanan dengan menghalang mereka daripada menyertai uji bakat tersebut. Dia bergabung dengan pasukan bola keranjang yang lain serta dengan Taylor McKessie dan Kelab Dekatlon Akademik untuk memerangkap Gabrielle agar dia menyangka yang Troy tidak mahu menyanyi bersamanya. Pasukan bola keranjang berjumpa dengan Troy di bilik persalinan dan mendesaknya hinggalah Troy menyebut yang Gabriella dan nyanyian tidak bermakna apa-apa kepadanya.
Dengan menggunakan komputer riba dan sambungan kamera video, mereka menghantar rakaman tersebut kepada Gabriella secara langsung yang menyebabkannya terkilan dan mula mengelakkan diri daripada Troy. Taylor dan Chad menyedari yang mereka melakukan kesalahan besar dengan menyakiti hati kawan baik mereka dan menghalang hasrat mereka demi kepentingan sendiri. Chad memberitahu Troy akan hal sebenar dan juga memberitahu mengapa Gabriella tidak bercakap dengannya lagi. Pada masa yang sama, Taylor dan pasukan Dekatlon turut meyakinkan Gabrielle tetapi malangnya dia tidak mempercayainya. Troy, yang mengetahui satu-satunya cara, pergi ke rumah Gabriella.
Walau bagaimanapun, Gabriella tetap mengelak. Selepas bercakap sedikit dengan ibu Gabriella, dia menyusup ke balkoni dan meyakinkan Gabriella yang dia tetap masih mahu menyanyi dalam persembahan muzikal tersebut. Gabriella beralah dan kini, dengan sokongan kedua-dua pasukan, meneruskan kembali latihan bersama Kelsi.
Muslihat lain
[sunting | sunting sumber]Segalanya berjalan lancar buat Troy dan Gabrielle sehinggalah Sharpay dan Ryan mengetahui perihal pertandingan yang akan disertai Gabriella dan Troy yang kedua-duanya berlaku serentak pada Jumaat, 3:30 petang. Mereka (terutamanya Sharpay sebagai presiden kelab drama) memujuk Miss Darbus (yang tidak mengetahui hal sebenar) untuk menukar masa uji bakat agar Troy dan Gabrielle tidak mampu menghadirinya lalu tidak terpilih. Miss Darbus bersetuju dan hal tersebut membuatkan Troy dan rakannya melancarkan rancangan baru. Apabila Gabriella dengan rakan ulat buku sepatutnya sibuk dengan Dekatlon, Taylor akan mencari masa sesuai untuk menghantar kod pengganggu (virus) ke kotak sumber kuasa elektrik yang menghubungkan gelanggang perlawanan di gimnasium dan akan menyebabkan papan tanda dan lampu tidak berfungsi. Kemudian, Taylor menghantar virus yang sama untuk membuatkan kelalang berhampiran yang penuh dengan bahan kimia melimpah. Ketika itu, peserta Dekatlon dan bola keranjang akan 'dipaksa' keluar dan Troy serta Gabriella akan segera ke auditorium untuk uji bakat.
Peluang
[sunting | sunting sumber]Sharpay dan Ryan baru menamatkan persembahan merekan dengan lagu "Bop To the Top" dengan hanya beberapa orang sahaja yang menonton. Miss Darbus kemudiannya memanggil Troy dan Gabriella, tetapi malangnya mereka masih belum sampai. Kurang daripada 2 minit kemudian mereka tiba tetapi Miss Darbus dengan dinginnya mengatakan yang mereka telah terlambat. Kumpulan dari pasukan dekatlon dan bola keranjang muncul kemudian dan memenuhi ruang auditorium. Miss Darbus yang terkejut membenarkan mereka berdua menyanyi lalu mereka mempersembahkan persembahan mereka bersama Kelsi yang mengiringi mereka.
Pada mulanya, Gabriella agak gementar tetapi Troy mengingatkannya agar menjadi dirinya yang sebenar. Mereka mendendangkan lagu "Breaking Free" yang membuatkan penonton, termasuk Miss Darbur, amat terhibur. Malah, Encik Bolton dan Puan Montez turut menyaksikannya dari belakang pentas dan bangga dengan anak mereka. Semua kini menyedari yang mereka berdua memang sesuai dalam nyanyian terutama sesuai sebagai pasangan duet.
Kemeriahan penamat
[sunting | sunting sumber]Pasukan Wildcats kembali ke gim setelah bekalan kuasa kembali pulih dan memenangi perlawanan dengan jaringan kemenangan oleh Troy yang memberikan mereka mata 68-67. Ketika Wildcats meraikannya, Gabriella memberitahu Troy yang mereka turut memenangi dekatlon. Sharpay kemudiannya datang kepada Gabriella dan mengucapkan tahniah kerana mengalahkannya dan dia boleh menganggapnya sebagai pengajaran untuk mengenalpasti kesilapannya sendiri dan mengucapkan break a leg (patahkan kaki) yang menakutkan Gabriella hinggalah Sharpay memberitahunya yang istilah tersebut bermaksud "selamat berjaya" dalam dunia teater.
Chad telah mengajak Taylor untuk menemu janji dan Kelsi turut mempunyai teman lelaki baru, Jason Cross yang membantu Kelsi menjaringkan bola setelah menguraikan rambut Kelsi yang tersimpul di dalam topi. Kini, semua menyedari yang setiap orang mampu membuat apa yang mereka mahukan dan tidak perlu mengikut dengan apa yang dikatakan orang. Dengan falsafah baru tersebut, seluruh warga sekolah memutuskan yang masing-masing perlu saling menyokong (termasuk Miss Darbus dan Encik Bolton) dan akhirnya semua pelajar menari dan menyanyikan "We're All in This Together."
Selepas kredit, Sharpay kelihatan di gim, memuji biskut Zeke dan Zeke mengatakan sebagai ayat akhir: "I might even bake you a crème brûlée (Saya mungkin akan buatkan kamu crème brûlée)," yang membuatkan Sharpay memeluk Zeke dengan keseronokan yang mungkin Zeke telah menambat hatinya.
Watak-watak High School Musical
[sunting | sunting sumber]Watak utama
[sunting | sunting sumber]Troy Bolton
[sunting | sunting sumber]Troy Bolton (dilakonkan oleh Zac Efron) ialah protagonis lelaki dalam cerita ini dan kapten pasukan bola keranjang East High Wildcats. Sahabat akribnya Chad Danforth. Pada sebuah parti Tahu Baru di tempat peranginan ski, dia tertekan menyanyi lagu 'Start of Something New' bersama Gabriella Montez; sebelum itu, dia hanya bernyanyi di dalam bilik mandi.[1] Troy terpisah antara bola keranjang dan bernyani; dia sebenarnya ingin bernyani bersama Gabriella (seorang perumpuan yang dia sukai), tetapi ahli pasukannya menjahukan Troy daripada nyanian dengan tekanan kumpulan dan juga penipuan kerana mereka risau ia akan melibatkan peluang mereka memenangi kejohanan bola keranjang nanti, kerana Troy anak jurulatih pasukan, kapten Wildcats, dan pemain utama. Troy juga gemar bermain papan salju.
Gabriella Montez
[sunting | sunting sumber]Gabriella Montez (dilakonkan oleh Vanessa Anne Hudgens) ialah protagonis perempuan dalam cerita ini, yang menyukai Troy Bolton dengan diam-diam. Dia seorang pelajar yang pemalu dan cerdik. Pada mulanya, dia bertemu dengan Troy apabila dia terpaksa berduet bersama Troy di sebuah parti Tahun Baru terletak di sebuah tempat peranginan ski. Dia terjumpa dengan Troy lagi sekali, bila dia berpindah sekolah sama Troy di Albuquerque, New Mexico. Dia teragak-agak memberitahu sesiapa pun tentang pencapaian terdahulunya, namun mereka mendapat tahu tentang Gabriella, dengan Internet, bahawa Gabriella pernah memenangi beberapa pertandingan akademik. Sebelumnya, dia seorang ahli koir gereja, tetapi terpengsan akibat renungan para penonton di gereja itu sementara dia bernyani solo. Dia juga menolong East High memenangi Dekatlon Akademik.
Sharpay Evans
[sunting | sunting sumber]Sharpay Evans (dilakonkan oleh Ashley Tisdale) ialah antagonis High School Musical. Sharpay orang hidung tinggi yang selalu mahu mengikut kehendak hatinya. Dia suka menguasai orang dan abang kembarnya Ryan. Dia menguji bakat bersama Ryan bagi muzikal musim sejuk sekolah menentang Troy dan Gabriella.
Ryan Evans
[sunting | sunting sumber]Ryan Evans (dilakonkan oleh Lucas Grabeel) ialah adik kembar dan pasangan melakon Sharpay Evans.
Chad Danforth
[sunting | sunting sumber]Chad Danforth (dilakonkan oleh Corbin Bleu) ialah ahli kumpulan Wildcats sahabat akrib Troy.
Taylor McKessie
[sunting | sunting sumber]Taylor McKessie (dilakonkan oleh Monique Coleman) ialah ketua kelab sains East High, yang bersaing dalam Dekatlon.
Watak lain
[sunting | sunting sumber]- Ms. Darbus
- Coach Bolton
- Kelsi Nielsen
- Zeke Baylor
- Jason Cross
- Martha Cox
Alih Bahasa Malaysia
[sunting | sunting sumber]Filem High School Musical ini telah dialih-bahasa kepada Bahasa Melayu.
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]- Troy - Dafi (AF5)
- Gabriella - Mila (AF5)
- Chad - Aizat (AF5)
- Taylor - Marsha Milan Londoh (AF3)
- Sharpay - Nana (AF1)
- Ryan - Kaer (AF2)
- Miss Darbus - Fauziah Nawi
- Coach Bolton - Rosyam Nor
Trivia
[sunting | sunting sumber]- High School Musical merupakan tempat kedua tertinggi bagi rancangan di Disney Channel yang terkini dengan 7.7 juta penonton tetapi setelah dilintasi oleh The Cheetah Girl pada 24 Ogos 2006, iaitu 7.8 juta penonton. Kedua-dua filem diarahkan oleh Kenny Ortega.
- Di UK, High School Musical ditayangkan pada 22 September 2006 di Disney Channel (UK) dan menarik seramai 1.8 juta penonton. Ini adalah 10 kali lebih besar daripada kebiasaan yang selalunya hanya 150,000 to 250,000 penonton.[1] Diarkibkan 2006-11-02 di Wayback Machine
- High School Musical merupakan filem pertama yang boleh dimuat turun di iTunes dengan harga $9.99. Bahagian muzik juga boleh dimuat turun dengan harga yang lebih rendah.
- Corbin Bleu pada asalnya telah diuji bakat untuk peranan Troy Bolton tetapi telah diberikan watak Chad.
- Matthew Underwood atau Zoey 101 telah ditawarkan watak tersebut tetapi oleh kerana terikat dengan kontrak bersama Nickelodeon, dia terpaksa menolak
- Pasukan bola keranjang dinamakan Wildcats seperti dalam Lizzie McGuire, 7th Heaven, dan Life is Ruff. Pihak sekolah lawan, West High, adalah Knights.
- Walaupun muzikal disetkan di Albuquerque, New Mexico, kebanyakan filem dibuat penggambarannya di Salt Lake City, Utah, di sekolah yang nama sebenarnya East High School. Salt Lake City juga mempunyai West High, tetapi West High dalam cerita adalah Murray High School, yang berada di pinggir Salt Lake.
- Lagu yang dinyanyikan oleh Troy dalam filem bukanlah kesemuanya dinyanyikan oleh Zac Efron. Memandangkan Zac adalah penyanyi bariton, dia tidak mampu mencecah not tinggi. Dia hanya menyanyikan pada bahagian permulaan dan penghujung lagu.
- Satu-satunya lagu yang dinyanyikan oleh Andrew Seeley adalah "Getcha Head in the Game".
- MADtv melakukan ajukan jenaka High School Musical dalam episo perdana musim kedua belasnya yang ditayangkan 16 September 2006
- DVD High School Musical hinggakan pihak Disney melancarkan 2-cakera DVD bertajuk High School Musical Remix yang dimuatkan tambahan baru termasuk dua lagu remix.
- High School Musical telah tersenarai dalam Guinness Book of World Records bagi Lagu Paling Berjaya dalam Runut Lagu.[2]
- Telefon dalam filem: Gabriella mempunyai Palm Treo 650, Troy pula 6260, Sharpay mempunyai T-Mobile Sidekick II, dan Ryan mempunyai Motorola Razr V3i.
- Filem ini telah dibukukan.
- Dalam lagu "Get Cha Head in the Game" dua ahli pasukan wildcats berlanggar satu sama lain.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Laman rasmi
- (Inggeris)Laman rasmi Disney Channel Asia Diarkibkan 2009-02-28 di Wayback Machine
- Lirik Lagu