[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Harmatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerebu harmatan yang mengelilingi Masjid Negara Abuja di Abuja.

Templat:Cuaca Harmatan ialah satu musim di benua kecil Afrika Barat yang hadir pada antara penghujung November dengan pertengahan Mac. Cirinya ialah angin pasat timur laut kering dan berdebu[1] yang juga dikenali sebagai harmatan yang bertiup dari Gurun Sahara merentasi Afrika Barat ke Teluk Guinea.[2] Namanya berkaitan dengan kata haramata dalam bahasa Twi.[3] Suhunya rendah[1] di kebanyakan tempat, tetapi mungkin juga tinggi[4] di sesetengah tempat, bergantung pada keadaan setempat.[5]

Harmatan bertiup semasa musim kering yang berlaku semasa bulan-bulan matahari paling rendah. Pada musim ini, permatang subtropika bagi tekanan tinggi kekal di Gurun Sahara pusat dan Zon Penumpuan Antara Tropika (ITCZ) kekal di Teluk Guinea. Pada pergerakannya merentasi Sahara, harmatan mengutip debu halus dan zarah pasir (antara 0.5 dengan 10 mikron).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Minka, Ndazo Salka; Ayo, Joseph (2014). "Influence of cold–dry (harmattan) season on colonic temperature and the development of pulmonary hypertension in broiler chickens, and the modulating effect of ascorbic acid". Open Access Animal Physiology (dalam bahasa Inggeris): 1. doi:10.2147/OAAP.S51741.
  2. ^ "Harmattan" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 22 Julai 2015.
  3. ^ Templat:Kutip kamus
  4. ^ Climate and Land Degradation (ISBN 3540724370, 2007): "At the southern fringe of the Sahara Desert, a special dry and hot wind, locally termed Harmattan, occurs."
  5. ^ Geographical Review (1919): "Knox writes of this wind : The Harmattan is experienced as a wind which blows, especially in the months of December, January, and February, from the NE. and is a hot wind in some localities and a cold wind in others, according to circumstances."

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]