[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hantu Nan Sempit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hantu Nan Sempit
PengarahAhmad Idham
PenulisAhmad Idham
Dihasilkan olehAzlan Shah Jaffril
Ahmad Idham
Dibintangi
Disunting olehShamsul Zain
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
5 Jun 2014
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Hantu Nan Sempit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan dan tulisan Ahmad Idham. Filem ini merupakan hasil gabungan daripada dua filem arahan Idham, Adnan Sempit (2010) dan Hantu Bonceng (2011). Ia dibintangi oleh Hazama, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek dan Jue Aziz, mengisahkan tentang Ady dnan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menunggang basikal, apabila dia tiba-tiba terlibat dalam kemalangan misteri. Adnan ditemui hilang tanpa dapat dikesan dan semua yang tinggal adalah motosikalnya di tempat kejadian kemalangan. Filem ini ditayangkan pada 5 Jun 2014.

Mengisahkan seorang mekanik bernama Ady yang bekerja di sebuah bengkel yang tidak laku membaik pulih sebuah motosikal yang mengalami kemalangan dan motosikal tersebut seolah-olah mempunyai rohnya sendiri. Ia bermula apabila motosikal yang ditimpa kemalangan tersebut datang ke bengkel dan pemilik bengkel itu, Ribut, menegaskan Ady membaiki motosikal tersebut sebaik yang boleh. Ribut mengalami masalah kekurangan pelanggan di bengkelnya dan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat bomoh atas nasihat rakannya, Suraya. Ady yang sering kecewa kerana cintanya ditolak oleh Nina, anak saudara kepada Ribut, selalu meluahkan rasa sedihnya bersama motosikal rosak itu. Sebaik sahaja motosikal itu dibaiki, Ady membawanya untuk uji dan motosikal itu tiba-tiba bertindak dengan sendirinya apabila diganggu oleh beberapa mat rempit yang cuba menganggu Ady.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Hantu Nan Sempit diarahkan oleh Ahmad Idham yang sebelum ini mengarahkan Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010) dan Hantu Bonceng (2011).

Penyanyi, Hazama diberikan peranan utama. Hantu Nan Sempit merupakan filem ketiga Hazama di bawah arahan Idham selepas Apa Celop Toqq... (2012) dan Lari (2013). Azlan Komeng mengendalikan koreografi dan berkhidmat sebagai penyelaras aksi, manakala Khairil Azreen Azmi diberi kepercayaan mereka bentuk poster.

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Hantu Nan Sempit ditayangkan pada 5 Jun 2014 dan telah mencatat kutipan lebih RM500,000 dalam tempoh seminggu tayangan.[1] Ulasan yang diterima amat positif. Hanan Mansor dari Sinar Harian berkata: "...Hantu Nan Sempit bukanlah berkisar tentang mat rempit dan lumba haram semata-mata, tetapi sebuah motosikal unik mempunyai perasaan terhadap tuannya."[2]

  1. ^ "Hantu Nan Sempit catat peningkatan luar biasa". Sinar Harian. 12 Jun 2014. Dicapai pada 28 Julai 2014.
  2. ^ Hanan Mansor (7 Jun 2014). "Apabila motosikal ada 'roh'". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Julai 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]