[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Haji Yaakub Lorong Gajah Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji Yaakub Lorong Gajah Mati
Peribadi
Kelahiran1895
Kematian8 Disember 1956 (berumur 60–61)
AgamaIslam
WarganegaraMelayu
Anak
KawasanSemenanjung Tanah Melayu

Haji Yaakub bin Haji Ahmad (atau dieja Haji Yaacob) ialah seorang guru agama di Kota Bharu, Kelantan pada suku kedua abad ke-20 masihi.[1]

Latar belakang.

[sunting | sunting sumber]

Haji Yaacob dilahirkan di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu pada 1895. Kerjaya awalnya bermula sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan mengambil peringatan mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).[2] Mulai 1 April 1992, beliau dilantik sebagai guru di Madrasah Muhammadiah dengan gaji permulaan RM20 sebulan. Selepas 15 tahun, mulai 1 Julai 1938, beliau ditukarkan sebagai guru kitab di Masjid Muhammadi yang berperanan sebagai pusat pengajian pondok terpenting di Kelantan ketika itu. Gajinya meningkat kepada RM 28 sebulan. Seterusnya mulai 1 Januari 1940 bertukar ke Jami' Merbau al-Ismaili ( nama awal Maahad Muhammadi ) apabila pengajian kitab di Masjid Muhammadi berpindah kesitu. Gaji bulanannya ( sejak awal 1940 ) ialah RM34 dan beliau kekal berkhidmat disitu sehingga 1945.

Antara murid-murid harapannya tersenarailah nama nama seperti Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz ( Menteri Besar Kelantan sekarang ), Dato' Haji Ismail Yusoff ( bekas mufti kerajaan Kelantan), Tuan Guru Engku Haji Syed Hassan Lemal, Tuan Guru Haji Awang Nuh Beris Kubur Besar, Ustaz Wan Muhd Saghir Kg. Baru , Pasir Pekan , Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka) dan Tuan Guru Haji Ahmad Osman, Hutan Palas , Bukit Keplu , Kodiang (Kedah). Kewibawaan dan pengalaman luasnya sedemikian melayakkan beliau dilantik mengganggotai jemaah ulamak MAIK ( seawal 1932 ) beberapa penggal. Pada mulanya beliau termasuk pengikut Sidi Muhammad Al-Azhari (pengembang tarekat Ahmadiyah di negeri Kelantan) tetapi kemudian mengubah sikap iaitu setelah beliau berdamping dengan Maulana Tok Khurasan, guru perintis ilmu hadis di Kelantan.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Haji Yaakub meninggal dunia di Kota Bharu pada waktu fajar hari Sabtu 6 Jamadil awal 1376 bersamaan 8 Disember 1956 dengan meninggalkan antara lain tiga orang putera yang dikenali ramai :- Dato Haji Hussin ( ahli perniagaan ) - pewakaf Masjid Al-Muttaqin di Lundang dan Masjid al-Ihsan di Dusun Muda, Kota Bharu. Dato Haji Hassan ( Pengasas Pustaka Aman Press, Kota Bharu dan pewakaf Sekolah Islam Aman Kota Bharu ) Ustaz Yusoff Zaky @ Dato' Sri Setia Panglima Di Raja (pengarang terkemuka pengasas Pustaka Dian Kota Bharu dan Perterjemah Tafsir fi Zilal al- Quran.)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]